CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

12 September 2014

resepi coklat lava kek ~ sedap dan senang ... ala secreet receipy



Salam korang...
Semenjak dua menjak ni tekak asyik teringin kan Coklat Lava Kek..

Mula ler terbayang choc lava kat Pizza, Secreet Receipy la... Kenny Rojers la.. mane la nak cari kat gua musang nikan... 
So lets google dan jumpacresepi ni... tapi ade y diubah untuk menyenangkan haha..

Hidangan – 8 ketul kek coklat dalam foil cupcake tu

 Bahan-bahan:
5 sudu besar butter
1 bar cooking choclate / coklat masakan ( jenama van houtant)
3 biji telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko i guna van hountant gak
1 secubit garam
8 foil cup atau 4 ramekins – disapu butter
Cara penyediaan:
Panaskan oven – 200degree (atas bawah)

Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.
Kalau ada masa sejukkan dulu adunan di dalam freezer selama 5 minit namun kalau taknak boleh terus masuk oven.
Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Kalau tak nak masuk oven boleh steam. Atau boleh juga guna teknik “waterbath” kalau nak, tapi make sure pakai ramekins lah yer.  
Angkat dan biarkan sejuk dalam 1 minit 
Hidangkan dengan ais krim vanilla / creame 
Dengan sos coklat
Yummehhh beb




Yang cair di tengah tu lava nyer tau...
Best hangat hangat coklat gitu...

Tanda Kenangan