CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 Oktober 2011

Wall Deco Budget Rendah



Hihi before ni Erin dah tunjuk dining hall cutecastle yang in sweet purple kan?
Dining hall yang masih lagi dara ngeh ngeh ngeh...

hihihi dining hall tu masih lagi begitu.
Set kerusi makan yang sama, langsir yang sama, curtain yang sama,
atas meja masih lagi sama
(belom beli table runner)

Cuma kali ni nak tayang future wall yang telah di deco-deco deco....
Hajat di hati mau letak cubic wall tapi belum ada budget
(budget pun macam belum or takkan muncul dalam masa terdekat ni)
Nak di tepek kan cermin pun mau makan ratus-ratus jugak
jadinya

Tatkala budget semakin semput dan menyiput
daku menyelongkar kotak yang ku namakan: DECO ITEM
dan bertemulah daku dengan wall stiker

suatu ketika dahulu, bermodalkan RM5 daku membeli wall stiker ni.
Citarasa mesti la highclass biarpun budget lowclass hahahahahah

Usaha menepek wall sticker pon bermula
30 minit siap
tarra:
erin rasa cun, kalau tak cun pun sekurangnya bernyawa lah ruang ni kan.
Ada gak la suara sumbeng yang kata, cara tampalan tak kemas la, kertas stiker berkedut la...

Pada daku: okey la tu... ataupun ada orang nak sponser wall paper yang mencecah ratusan ringgit.
Adehh apalah yang bole diharapkan dengan RM5 kan?

okey la tu cantik di mata, senang di poket, lega di hati.....


tapi serius aku rasa cun kan?
silap ari bulan ramai lak yang kirim beli wall sticker ni hahahahah
(perniagaan di tutup sebab tak ingat beli kat kedai mana~rasanya pasar malam kot)


korang rasa cun tak?



and untuk korang yang bagi idea untuk mencun kan lagi dining hall ku ini thanks alot ya"
Insyallah andai dimurahkan rezeki daku akan tampal cermin kat sini hihihi
sementara tu...
bunga kembang semangkuk ni akan menemani kami sekeluarga hihihi

29 Oktober 2011

Tulisan eisya cantik?


wah wah wah.... lepas daku bagi korang muntah ngan resepi yang berderet-deret kali ni korang kena layan statement yang memang tak boleh blah hihhihiihi


Ini adalah entry ibu-ibu syok sendiri

dengan tema: anakku tercomel anak ku terhebat hihihi

TULISAN EISYA CANTIK

tak de la hebat sangat, hihihhi saguhati jer pon untuk pertandingan tulisan cantik hihihi

cikgu kesian kot hahahahha

walaupun tak la cantik sangat

(senget benget jer ibu tengok)

tapi okey la kan... dari yang tak pernah pegang pensel sekarang dah pun kenal dan boleh tulis a, b, c thanks a lot untuk teacher-teacher kat Tadika Bistari

semoga yang terbaik untuk si comel 4 tahun ni

~insyallah~

Tak sabar nak tengok eisya joget-joget 17 November nanti
sempena concert TBTT
so ibu dah siap charge handycam ngan standby DSC T77 pink ibu ni
lalalallalalala...


28 Oktober 2011

Resepi kentang putar


okeh gambar masih lagi yang sama daku malas nak upload hahahahah
kali ni resepi Kentang putar

memang best la kalo jadi tapi erin buat sedikit failled
kentang nya keras lor...
untuk kentang korang rebus ajer sampai lembut
pastu blend tak pon lecek kan ajer

dan untuk sos nyer:

Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

650 ml air

5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)

1 biji bawang besar - cincang

1 batang saderi - cincang

40 gm mentega

20 gm tepung gandum

1 sudu besar sos tomato

1 sudu besar sos tiram

sedikit serbuk lada hitam

kicap pekat

garam

Cara-cara

Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.

Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.

Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.

Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.

Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.


27 Oktober 2011

resepi nasi jagung

macam yang dah dijanjikan kali ni cikgu pink akan tepek resepi side dish ~ chickenchop hari tu
so kita mulakan dengan nasi jagung okey

yang ni cheff mummy yang buat okey
(kami ni adil dan saksama sama-sama di dapur ~heheh sila percaya)

sebenarnya resepi daku google dari myresepi.com

NASI JAGUNG

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye~erin guna gagung betul-betul yang direbus

4 cawan beras basmathi ~erinn guna beraws biasa jer

4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)

½ cawan susu cair

½ cawan gajus/badam yg telah dikisar

2 biji bawang besar*

3 ulas bawang putih*

sedikit halia*

2 sudu besar mentega

2 sudu besar minyak

2 helai daun pandan disimpul

sedikit garam

kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara

basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.

panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.

masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.

stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.

stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.

***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu



sangat best percayalah



26 Oktober 2011

The best chicken chop

(gambar masih lagi tertunggeng, siapa boleh tolong ajarkan camno nak rotate bagitau ea)

adehh makan lagi
dan makan- dan makan

saje jer nak tayang kat korang...
kami tidak lagi ke Kenny Rogers
(ceh konon)
sebab top chef kat cute castle ni boleh buat da best Chickenchop in town
(weeha..~ aksi bodek tahap ke lapan)

resepi chickenchop rasernyer dah ku keluarkan kat (sini)

next entry erin akan bagi resepi untuk side dish nyer ea...

okey la korang
masa sudah time

out ya
(pening melihat umah yang bersepah, ade tak pari-pari....
tolong la daku'')
huhuhuhuhu ~ menangis ala cinderella

25 Oktober 2011

jom isi sppbs

maaf korang
cikgu pink busy
isi markah bebudak tahun 1 dalam sppbs

jadi tak ada masa untuk blogwalking
and bos besar sudah memblock facebook
(sampai arini pon aku tak paham kenapa aku kena menerima hukuman NO FACEBOOK)
akan ku bawa ke mahkamah rayuan
kalo tak pon korang......jom twitter

hihihi okey daku sambung key in markah sambil meriba naufal
agaknya kalo bole bawak masuk pc dalam toilet
mau jer aku tulis ~meng key in markah sambil uuuhukkkuhuuukkk



adehhh busy yang daku buat-buat busy...
warghhh nyampah
kembalikan kehidupan ku untuk kembali mempunyai hobi.........huhuhuhuu
(sedang berkira-kira mau berhenti kerja.. tapi mau gaji ribu riban hahahahah)
sudah erin.... kembali ke alam nyata adoi


24 Oktober 2011

demam Angry Birds

adeh dari mana sebenar nya asal usul si angry bird ni?
Tetiber jer up kan... huhu

yang erin tau tetiba jer masa kat ECONJAYA
(pasaraya terbesar lagi serba lengkap~ uwexs)
eisya berkata: "ibu angry bird"
sambil tunjuk tangan nya yang panjang dan memuncungkan molot nyer...

aku cuma nampak benda bulat yang kaler merah jer
"sungguh tak comel " hahahaahhahahh

Tau pulak budak empat tahun ni bahawa senyer itu adalah angry bird
mujur la budak tu tak meroyan nak kan si angry birds merah itu
kalo tak mau lesap sekeping dua not kaler merah ibunyer hihhi...


balik rumah terus daku google
''ibu celik IT okey''

la...... game rupenyer
encik babah nyer pon gigih mendownload.

masyuk gak layan game ni
yang tak menahan si comot 4 tahun tu,
berebut ngan babahnya melayan si angry birds ni
adeh


maka bermulalah episod
DEMAM ANGRY BIRD
pantang jumpa barang yang ada karekter anry bird mula la sambar
(kekadang anak tak aper pon mak plak yang lebih hihihi)



dan bila ku mau buat planning untuk may hero punya 1st birthday (next year)
si kakak pon memilih theme ANGRY BIRDS
(huhuu sedangkan si ibu dah pon mengumpul material mickey mouse)

huhuuhuu jadiknya.. mengikut kuasa veto si kakak
theme untuk birthday party si adik ialah: angry birds lalaallaalalala

si ibu kedemaman
memikirkan budget hhihihi

23 Oktober 2011

Resepi puding buih

(huhuhu gambar tertunggeng)
apsal eak semua gambar yang di upload jadi tegak. walau pon fail asalnya dah di rotate.
Tak tau nak buat cam ner dah ngan gambar ni~ hhuhuh

okeh kal ni cikgu pink nak tepek resepi PUDING BUIH
(sekotak sabu basuh hahaha)

Puding buih

1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan

1.75 liter air

9 sudu besar gula

1 helai daun pandan ~ disimpul

6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah

1 tin fruit cocktail ~ optional

pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur

UTK KUAH

1 tin susu cair

2 tin air (guna tin susu cair)

7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..

2 sudu besar tepung kastard

1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td

2 helai daun pandan ~ disimpulkan

1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.

Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.

Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.

UTK MEMBUAT KUAH:

Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.

Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.

**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..

Selamat mencuba..


and semestinya kompem jadi..


20 Oktober 2011

Purple dining room di Cute castle

Setelah bekurun lama tak cerita pasal cute-Castle,
hari ni kita update siket yer..
tak mo tunjuk banyak-banyak sesikit udah ler

Ni dining room yang masih lagi belum siap 100% huhu
tak tau la bila nyer akan settle hikhikhik..

okey colour theme untuk CuteCastle nyer dining room semestinya purple + light grey


*night curtain printed purple flower ~dari nagoya~
harga mampu milik dan terus sambar hihihi

* string curtain~ erin guna yang tali-tali tu kaler light purple (beli kat nagoya gak)

*lampu purple~ semesti nyer beli kat kedai lampu murah yang penting sweet kan?

mana purple nyer lagi?

hihihihi futere wall " hot purple" tiada dalam gambar sebab masih lagi dalam proses renovation (english aku failled so abaikan ejaan yang salah ok)

dining hall yang masih lagi gersang kan?
ada beberapa part yang masih lagi belum siap

~ wall deco (calligaffi word mungkin doa / ayat 1000 dinar kot)
huhu ntah bila mau buat

~table runner (huhu blom jumpa material yang menangkap jiwa)

~cubic untuk future wall (budget blom ada so kiv dulu) kalo budget tak sampai-sampai gak tepek cermin je la nampak nya huhu


Any idea untuk mengHavoc kan lagi dining hall ni dengan budget siput-sedut?
sila komen...


19 Oktober 2011

Romper untuk menantu no 3 ~ aisyah




Haluuuuuuu mommies..
Jejari emas mummy pink yang dah lama tak

servis ni hihihi...
Mau test masih gold atau pon dah turun tahta jadi jejari silver plak ke hihi..


yehaaaaa

hihi tak de la projek gempak pon just jahit nama guna felt jer
untuk AISYAH (menantu nombor 3)
wink wink...
tersengeh Naufal ku itu lalalalala

18 Oktober 2011

Puding jagung jelly

Dah macam blog masakan la pulak Pink heART ni.. hhi
pengaruh TOP CHEF okey
lalallalalalalal....

Mau try puding jagung jelly?




Yummeh? Mau try? of corse senang and confirm jadik


bahan-bahan dan cara-cara nya ialah:

1 cawan susu cair

1 cawan jagung krim

1 cawan gula

1 cawan tepung jagung

1 cawan tepung kastart

5 cawan air



tambahan:
jelly
fruitcoctail
(atau hiasan lain)

~ campur semua dan masak sehingga mendidih dan pekat (kecuali jelly dan fruit coctail)

~ letak dalam bekas


then masak jelly pulak. Erin guna jelly perasa rasberry jenama nona.

Just follow jer cara-cara masak jelly tu kat belakang kotak, bila dah siap tuang atas puding tadi,

then letaklah fruit coctail dan hias la sesuka hati..

wink makan masa sejuk lagi yummeh dear...



08 Oktober 2011

Budget 2012

Menonton Pak Najib berbaju merah
di depan tv gedabak Mr Jep
sambil berbual dengan jiran tetangga dan melipat kain.
(sungguh multitasking kan aku?~supermak okehhh)
sesambil sekejap-skejap mr Jep tukar chanell tgok bola plak (Malaysia dibelasah 5~0)

natijah nyer:
bnyak yang aku termiss
dan aku ter TAK FAHAM
(tahun lepas aku melompat kegembiraan sebab boleh cuti bersalin 3 bulan)
tahun ni aku gagal membuat lompatan
~mungkinkah semuanya sudah terduga dek akal ku)

Yang aku paham dan mungkin berita baik untuk diriku:

1. YURAN SEKOLAH MANSUH.
(bukan ada anak sekolah rendah pon~ tapi gembira bagi pihak orang kampung dan kami para guru tak payah la letih-letih nak memujuk mak pak dan bagi notis bagai minta menjelaskan yuran sekolah)

2.NAIK GAJI
Naik la sikit gaji tahunan..... naik dlm RM 100 kot ~not sure

3.NAIK PANGKAT (Time-bassed)
Yang ni agak pening, before this 10 tahun skarang sudah 8 tahun sahaja.
Me sudah 10 tahun(tahun depan) so adakah seniority ku akan menjadi sebaris ngan budak-budak yang baru 8 tahun?
renung-renungkan......apapun rezeki~(mungkin tatkala berDGA41 hahaha)

4, PELUANG SAMBUNG DEGREE UNTUK GURU
Peluang sudah ada tinggal seruan sahaja.. ku seru...


5.One-off RM500 (sekeluarga)
bagi yang berpendapatan kurang RM3000 sebulan (kalo tak silap lah. almaklumler sibuk berbual ngan jiran-tetangga sambil menjeling si baju merah).
Alhamdulillah syukur bagipihak orang kampung dan pekerja swasta~ boleh la beli baju sekolah anak-anak kan?

6. Bantuan RM100 untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah
Bagus~ boleh la mak pak beli buku sekolah anak-anak, bukan bayar bil astro, beli langsir, bagai..

7.Vocer buku RM200 untuk pelajar IPTA /IPTS/ Matrikulasi dan tingkatan 6.
Bagus~ vocer buku.. tak ler nanti ada yang guna untuk beli seluar jeans berjenama huhu
sungguh kurang kesedaran! Guna duit bantuan untuk bermewah-mewahan..

psttt rasenyer yang nombor 6 (bantuan RM100) tu pon patutnya di beri dalam bentuk buku /kelengkapan sekolah


8.BONUS SETENGAH BULAN
Walaupun ciput... boleh la dari tak ada..
(disaat ni dilanda jeles dengan kengkawan yang bekerja swasta~ kekadang bleh sanggkut bonus 4 bulan gaji)
tapi okey la..
boleh bayar yuran semester 1 tadika eisya, beli baju sekolah tadika, beg sekolah eisya
(maklumlah tak ada bantuan untuk murid tadika~ perlu dikikis tabiat menunggu bantuan hihihi)

Pada cikgu Pink, budget 2011 "just nice"
heharap barang tak naik sebab subsidi dah diberi:


Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

~ADA LANGKAH BIJAK DI SITU~


apapun alhamdulllah...

kini mengharapkan berita baik diwujudkan jawatan

Pembantu Guru utuk membantu kerja-kerja pengkeranian yang semakin menyimpang dari tugasan hakiki.

(Yang ni cikgu-cikgi jer paham)

kalau doktor ada nurse, ckgu juga perlukan cikgi hihihih




06 Oktober 2011

Kuma Milkshake

Dah citer pasal makanan kali ni pasal air plak
bulan Ramadhan dah meninggalkan kita..
so ada pasaraya yang buat jualan murah-murah buah kurma kan?
korang beli tau..

Best sangat kalau buat milkshake

Senang jer

Kurma buang biji + susu penuh krim (uht) dutch lady(susu segar pon boleh)
dan grrrrrrr blender..

sungguh nyummehhh + ais


boleh juga jadik milkbooster untuk korang yang bf baby..

enjoy ya kurma milkshake bebeh


05 Oktober 2011

Syukur dengan rezki Nya

masih lagi in mood Wordless Wednesday


~Alhamdulillah Syukur dengan rezeki dari Nya

selalunya eisya mahukan PINK tapi kali ni Eisya "Nak kek kaler kuning"
sudah berubahkah hormon anakku

04 Oktober 2011

Roti Tisu sedap



Haluuuuuuuuuu
adehh mau tepek gambar makanan lagi..
mood minggu ni memang makan jer.

Ntah la ngaper lately ni erin sangat suka makan adeh
(budget, budget before this tak suke makan pilak hihi)

tapi tu ler...
asal sikit jer lapor...lapor..lapor
selera bertambun tambun hehehhheh

Diary Harianku:~
pagi ~ sampai sekolah sure perut menyanyi-nyanyi....
(kalo ader free Terjah kantin ler) hidangan: NASI

tengahari:~ Nasi jugak.. (slalu nyer tapau)
kalo tak sempat tapau... makan jer aper yg ader kat umah slalunyer yang frozen
Nugget ker, kntang ker, roti ker... yang penting kenyang

Petang:
Roti canai huhu
dan sekarang ni tengah mood Roti Tisu
Roti Tisu tersedap kat Gua Musang ni
korang boleh terjah kat
Gerai nombor 3 kat Dataran (depan bangunan persekutuan )
dekat area masjid
memang masyuk la............


03 Oktober 2011

Naufal with baby fresh food feeder




Naufal sudah mau menjadi si hensem 8 bulan
walaupun belum tumbuh gigi tapi dia dah mula nak masukkan makanan dalam mulut comel nyer
takut la pulak tercekik ker tertelan yang bukan-bukan plak.. so keadaan di rumah sangat-sangat berhati-hati.

hihi..
masa yang sesuai untuk makan buah-buahan yer anak bijak..

ape lagi ibu yang cumil ni shoping online ler di
dan daku telah pun terbeli Munchkin - Fresh Food feeder~


selamat sudah si bam bam Naufal gigit.
Dalam net tu ada epal merah yang dah di buang kulit..
so kita tak yah la risau kot tercekik epal tu ker.
tapi Naufal masih lagi boleh dapat rasa epal tu..
yeehaaa

model sepanjag zaman:


close-up rupa baby food feeder tu:

so.. all mommy yang anak nyer sudah 6 bulan sila beli yer
i tak jual~..

02 Oktober 2011

chiken chop homemade by dearie darling ~ Mr Jep


aihh dah macam blog masakan plak PinkheART ni hihihi

Sebenar nyer entry ni utk minggu lepas tapi tak sempat upload picture..
and semedang ada member yantg mintak resepi so di entry kan la kan senang...
Chicken chop ni ade lah hasil jejari kertu encik suami hhihi...
emmmm weehaaa... sedap wehh..
sedaplah (ini ayat bodek hihih)
coslow pon encik suami yang buat... side dish lain nan ado~ encik isteri tak brapa nak rajin time tu..
(weehhhh aku sebuk ngemas okeyy)


tarra


dan resepi ni sebenar nyer Mr Jep cilox dari myresipi.com klo nak try version lain pon banyak kat situ..

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *UNTUK DIPERAP*
  • 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye) kami beliyang mg dah ready utk di chop kan hihi
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 cm halia (cincang)
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos Lee & Perrins
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar madu
  • garam secukup rasa
  • *SOS BLACK PEPPER*
  • 1/2 botol sos lada hitam
  • 2-3 sudu besar sos tiram
  • 3-4 cendawan butang (cincang)
  • 1/2 biji bawang besar (cincang)
  • garam/gula secukup rasa

Cara-cara

  1. gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
  2. selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
  3. balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
  4. lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
  5. tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
  6. caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?



01 Oktober 2011

Dian BC Holiday Food Contest

hi there tak tau la.. penaja contest still proceed or not..
kerana daku sudah kelewatan memblogwalking..
almaklum la.. lama betul menchipsmore kan diri "sekejap ada skejap tak ada"

tapi daku nak jugak join...hope diterima ngeh ngeh ngeh



menarik kan?

and tarra....
its me with my lovely food


hihi ni gambar semasa mengandungkan my little Naufal
dan erin mengidam nak makan strawberry di Cameron Highland
dan alhamdulillah hajat ku itu tercapai

Meriah bukan? all in pink yummehh
Mak Buyung yang sangat bersemangat menerkam

.Saya love food tau.
Strawberry Milkshake, Strawberry Aiskrim and fresh strawberry with whipping cream
its so yummehh
semua ni kami nikmati di Big Red Strawberry cameron Highland
sangat best.. sambil makan bole tgok pokok strawberry and sayur-sayur yang menghijau..


dan rumah kebajikan yang saya cadangkan yang amat memerlukan bantuan ialah:
(rumah anak-anak yatim)

Italiano mood... with Spegettie Alfredo Portobello Seafood





Salam chantek di pagi Sabtu

ciao buongiorno (hehehaku translate dr google)

Pagi=pagi di hari cuti ni mau breakfast ala-ala italy oke
hhh
(yer ke itali? aku ni failled sikit geografi heheheh)
yeeha proudlt present Spegettie Alfredo Portobello Seafood by mommy erin

Resepi asal nyer:Fettucinne alfredo portobello with sausage and seafood

k)
tapi cam biasa lah, erin akan memandai-maindai ubah mengikut tahap peti sejuk and kepenuhan kabinet ngeh ngeh ngeh
Tengok dalam kabinet oren ader spegettie dan sos alfredo portabello yang smakin hampir ke tarikh luput nyer hehehe,

kes beli semasa konon-konon rajin ke dapur. Akhirnya tersadai...

Jadi nyer ku gantikan ajer fettucinne dengan speggetie.
Bahan-bahan yang diperlukan (ini resepi ku yer)
kalo tak sedap jangan marah...

Sedikit speggetie yang direbus kemudian ditoskan.
erin campur ngan sedit minyak masak...)


Untuk sosnya pula
2 ulas bawang putih di potong dadu
1 ulas bawang besar di potong dadu
1 tin sos alfredo Portobello campbells
sedikit susu segar (i guna UHT lalalaaaa)
2 ekor sotong yang dibuang kulitnya
15 ekor udang di buang kulitnya (tak letak)
2 batang sausage dihiris nipis (tak letak)
2 biji cendawan butang dihiris nipis (tak letak)
1 sudu minyak masak
Secubit garam

Caranya membuatnya.
Panaskan minyak dan tumiskan bawang sehingga naik bau dan kekuningan. Kemudian masukkan sotong dan juga udang. Apabila telah masak, masukkan sos alfredo portobello cambells dan susu segar. Kacau dan apabila mendidih, dan juga garam.

kalo gune fetucinne masuk terus dalam sos.... tapi erin guna speggetie and kat rumah ni kami slalu ada selera yang tersendiri (means sorang-sorang macam-macam cengkadak) so ku asingkan sos nyer.. nak makan baru letak..
yer la... kang sorang suka tambah cheese..
sorang lagi tambah sambal belacan wow...
sorang nk kuah berladung
sorang lagi plak nak yang kering-kering....
so nanti ko sendukkan jer sendiri...


enjoy ya''

komen: pada erin dia agak creamy sket (hihi da nama ponn alfredo portabello kan hihih
Mr Jep kata plak: kuat ngat rasa susu so next time kurang kan susu..

psttt as backup plan aku dah buat cekodok udang... hihi so ittaliano kan..

Tanda Kenangan