CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 Julai 2012

Jika DIA jodohku


Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….


Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…


Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…


Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku, 

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…


Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..


Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…


Adehh tak menahan wehhh..
Meleleh air liur aku nak berjodoh dengan Canon EOS1100D huhuhuhuhu
Dekatkanlah jodoh antara aku dan camera Yuna Yuni ni..

huhuhuhuhu
mengidam weiiiii

29 Julai 2012

Esoknya Tiada

Nak berkongsi cerita yang dah lama duk dalam draf hahaha...
Lama tul tak mengarang jadik kaku lah jejari halus ku nan ramping ni muhahahah

Di suatu ketika dulu... erin ke Hospita gua Musang (cet macam jauh jer padahal depan rumah )hahah..
Melawat seorang teman yang ditimpa musibah.
Macam biasalah... melawat orang yang sakit di hospital, bertanya khabar dan berbual apa yang patut.
Nak dijadika cerita, telinga erin menangkap perbualan si polan-si polan di katil sebelah.
wah super busy-body aku rupernyer. Bukan nak dengar ngat tapi dah memang dekat-dekat so tadah tlinga jer la.

Ikuti perbualan antara 
Si Pelawat (Ani ~bukan nama sebenar) dengan Si Pesakit (Sila juga bukan nama sebenar)
semesti nyer la perbualan dlm bahasa klate yer, nama pon Hospital Gua Musang takkan nak cakap Kedah plak kan.
Tapi erin da translate la yer. tak pandai lak daku nak mengeja dalam bahasa kelantan ni ha..

Ani: "Mujur la mu jatuh ke depan" 
Sila: Bakpo?
Ani: Tak, takut jadi macam budak skolah aku, dia jatuh pokok. Terbaring ke belakang.. 
       Tinggi gok la pokok   tu srupo tinggi hok mu jatuh ni.
Sila: Teruk ker?
Ani: Teruk tak teruk la, luka sesikit jer.. Memula tu bawak gi hospital doktor kata ok. 
       Bawak la balik kat rumah. Sampai kat rumah sehari tak berak tak kencing.Duk gitu jer la.

Tetiber jer si Ani yang rancak bercerita tadi terdiam. Aku tengok pon rupa cam serba-salah jer...

Sila: Pah tu guano?
Ani: ESOKNYA TAK DOK DOH (mati)

23 Julai 2012

Pavlova Senang & Sedap by Cikgu Pink

Wah wah mau berbuka puasa ala-ala London gitew hihihihii...
Sebelum puasa lagi erin da try resepi ni tau.
Tak mampu nak menahan tuntutan tekak ni ha...

Nak mengoder di bandaraya Gua Musang ni alamatnya...mimpi la dulu yer
(tapi lepas ni korang boleh oder dengan i hahahah)
Lagipon menggoogle harganyer mak aiiiii bole tahan....

Jadiknya baik la daku google resepi yer



Dah beberapa kali try resepi pavlova ni.. 
Cam biasa arr tagline resepi kat PinkheArt ni : best and gerenti jadi.. 
sukatan pon senang guna cawan dan sudu jer. Sangattt masyuk....

Mcam-macam versi da yang Erin buat. tema nyer: acer blasahhhhhh



Versi ala-ala mini cuppavlova  comel kan?






ni plak mini pavlova dalam 4 inci gitu..

erin buat 2 lapis kes mau gemok lalalalaa


dah la membebel.. nah resepi ku tepek di sini.
Tak yah la korag nak oder bagai... buat sampai gemoooxs yer...


RESEPI PAVLOVA
bersama si hensem ku

Bahan-bahan
3 biji putih telur (telur mesti pada suhu bilik tau)
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh air perahan limau nipis atau lemon (gna cuka masakan pon bole)
1 sudu besar tepung jagung


Topping
1 cawan (240 ml) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara-cara membuat meringue

1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi 'soft peak form'..

2. Dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.. Masa ni adunan akan bertukar menjadi seperti krim putih tapi belum lagi berkilat.. 

3. Teruskan putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga krim tu bertukar menjadi putih berkilat..


4. Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati..


5. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi sampai sebati..


6. Masukkan air perahan limau nipis atau lemon.. Gaulkan 

7- Bentukkan meringue menjadi bulatan di atas kertas minyak.. 

Untuk membakar

1. Panaskan oven pada suhu 150' C 15 minit lebih awal. 

2. Masukkan meringue tadi ke dalam oven.. Dalam lebih kurang 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C.. Bakar selama 1 jam.. 


** Bakar sehingga warna meringue bertukar menjadi perang muda.. 
** Jangan terus keluarkan meringue dari oven.. Biarkan pintu oven terbuka.. Biar meringue tu menyejuk secara perlahan-lahan dalam oven.. Kalau tak, kek tu akan turun dan leper macam lempeng.. 


Cara-cara membuat topping

1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental.

2. Bila whipping cream dah kental.. Masukkan gula dan esen vanila..

3. Masukkan whipped cream dalam plastik.. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak menghias baru keluarkan.. 


4. Hias dengan buah-buahan segar yang siap dipotong..

thanks pada tuan tanah  ceritasyarafina kerana sudi berkongsi resepi (^_^) lebiu lah laling...
Jimat belanja i.

10 Julai 2012

Berjodoh di tempat kursus

Wah... lamer nyer cikgu pink tak bersiaran yer....
Korang rindu tak..
ehem.. budget glamer la plak yer.

Hidup yang tak pernah sunyi dari cerita yang bersambung-sambung.
Hari ni cikgu pink  bersiaran dari PKG Gua Musang.
Kursus KSSR dan PBS Seni Visual Tahun 3
Dan Berjodoh dengan Puan Minie wahhh sronokkkk


Tanda Kenangan