CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 Ogos 2012

Trunsfer Pahala


Al kisah rezeki terpijak, tersepak di penghujung Ramadhan 2012...
Dalam mengoperasikan diri.. upsss... mengoperasikan rumah
(kes bersih rumah sebelum cuti lama berhari raya)
Erin bermalas-malasan untuk masak..
kenkonon tak mo sepah-sepahkan dapur..

Mr Jep pon memainkan peranan nya membooking meja untuk kami berbuka puasa di hari-hari terakhir di Gua Musang. Kami booking kat Belanga Bistro.
Kenkonon nak makan siakap 3 rasa bagai...
Udah nyer azan dah berkumandang 15 minit makanan satu pon tak sampai.
Padahal Mr Jep dah pi oder dari pukul 6.30 lagi..
Mau tak hangin... tapi masih lagi sabar la, tak de adegan terbalik-terbalik meja bagai.
Tengok meja lain pon kebanyakkannya makanan memang tak sampai.
Muka sengsorang pon dah kembang-kempis duk tahan marah.
I memang jenis yang hangin sket bab urusan yang sepatutnya senang jadik susah ni....

Encik meja belakang kami muka memang masam giler... erin rasa memang berpotensi la, baling kerusi kat owner kedai... tup-tup family ni blah... bayar harga air jer...
Owner kedai tu datang kat kami then slow talk
 "cikgu nak tungggu ker? or nak cancle?"
adoiiii aiii why baru sekarng ma.....knapa tak pukul 6.30 tadi bgtau yg tak bole buat... adoiiii sungguh menguji tahap puasa ku...

dan keputusannya:
ofcorse ler cancle aper kejadahnyer nak tunggu, jam dah nak pukul 8.00, makanan tak dok.. takkan nak kami smayang maghrib kat kedai kot.
sudahnya.. balik rumah sembahyang Maghrib then berdesup ke kedai...
tak de makna nyer nak ke BELANGA BISTRO lagi.....
kami ke Family Seafood.

Wahh panjang tul mukadimah cerita-ceriti erin kan...
dan di family Seafood ni la kami tersepak rezeki.
sementara tunggu ikan siakap di tiga rasakan, 
Mr Jep ternampak note RM50 kat bawah meja sebelah.
(kebetulan meja memang banyak yang dah kosong, orang dah habis berbuka)

Mr Jep tunjuk kat Puan Isteri..
Puan Isteri kata ambik.
Mr Jep ambik.
Mr Jep kata, bagi kat tokey kedai.
Puan Isteri kata: JANGAN

oiiiiiii korang musti ingat Erin nak ambilk 50 hinggit ni beli tudung Fareeda tipu kat pasar malam kan?
amboiii koranggggggg....

Tahu tak kenapa Erin kata JANGAN.
Sebab Erin yakin tu bukan duit tokey kedai. 
1. Duit tu berlipat. Kalau duit tokey kedai takkan berlipat.
If kita nak bayar, mesti kita bukak duit tu kan?
2. Duit tu bawah meja... bahagian dalam, bukan kat tepi.
So erin rasa ni mesti kes tercicir ni. Mungkin masa nak keluarkan wallet ker...


Kepada pemilik RM50 yang keciciran di Family Seafood, Gua Musang pada 15/08/2012 (Rabu)
kami tak dapat pulangkan RM50 ini kepada anda.
Justeru itu, kami menDERMA RM50 ni ke dalam tabung Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, bagi pihak pemilik wang 50hinggit ini.
Semoga pahala itu di  trunsferkan ke dalam akaun anda.





2 ulasan:

Reena Onn berkata...

Alahai... bagus Erin ni, semoga sama-sama dapat pahala yang sewajarnya :)

Reena Onn berkata...

Eh, lupa nak ucapkan Selamat Hari Raya untuk Erin dan keluarga :)

Tanda Kenangan