Wahhh teruja aku mengupdate blog...
Maklum ler first time buat terus masyukkk menjadi tu..
Nampak idung ni kembang kempis nihh...
Sempena Birthday Eisya hari ni.
Ibu tak sempat nak tempah kek.
so menggigih kan diri membaking....
ohh selamat la duit ku lepas ni tak yah ler ke Secreet Recepiey bagai....
membaking di dapur oren jer la..
(cet sekali lagi budget rajin la sangaattttt kan)
okey resepi ni khusu untuk kak imah
(nak buat time hari guru katanya)
Macam biasa resepi yang ditepek kat blog ku ini...
mesti membawa tag line: Senang, sedap and confirm jadi
Resepi Kek Keju Jepun:
250 gm krim keju (cream cheese)~ erin guna yang jenama Tatura yg cam bantal golek
150g yogurt perisa asli
100ml susu segar (semestinya DutchLady)
70gm gula kastor
50gm mentega (tapi erin guna 50ml minyak jagung)
1 sudu teh lemon emulco (pes lemon)
80gm tepung kek ( diayak)
6 biji kuning telur gred A
Bahan B:
70gm gula kastor
6 biji putih telur gred A
1/4 sudu teh cream of tartar
Cara-cara:
- Griskan acuan 9 inci / Lapik kertas serap minyak.
- (Keluarkan krim keju dari peti 1 jam lebih awal) Masukkan krim keju, minyak jagung, gula kastor dan susu segar ke dalam periuk. Cairkan dengan cara double-boiler. Kacau hingga pekat.
- Masukkan kuning telur, pes lemon dan yogurt. Kacau hingga sebati. Angkat periuk dari api dan sejukkan.
- Satukan bahan B dan pukul hingga kental dan gebu.
- Tuangkan adunan keju yang telah sejuk ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung kek dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan adunan (B) tadi dan gaul perlahan hingga rata.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan.
- Bakar kek secara 'steam-bake' ~bakar di atas air panas.
- letak loyang yang lebih besar dan berisi 1/3 air pastu baru letak loyang kek atas air tu dan bakar dalam oven.
- Bakar selama 1 1/2 jam suhu 160 darjah celcius.
Tips untuk buat kek keju jepun / Japanese cheese cake ni:
- Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
- Gunakan kaedah water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.
- Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.
- Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.
- Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.
- Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.
- Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.
- Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.
Wahhh confirm jimat duit korang... RM80 untuk sebiji kek.... sedangkan modal hanya RM20.
dan sedap wehhhhhh
3 ulasan:
sedapnyaaa...... nak mintak resepinya tau...tp xtahulah bila leh siapnya....
comel betul muka dak comel 2 org tu..pandai tu wat muka....
Greetings! Very useful advice within this article! It is the little changes that
will make the largest changes. Thanks a lot for sharing!
My weblog ... Ray Ban Outlet
Catat Ulasan