CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

06 November 2018

Percutian 4hari 3 malam ke Tanah Minang ( Bukit Tinggi dan Padang Indonesia)

Throwback: Road to Tanah Minang
Banyak sangat nak diceritakan sampai tak tau macammana nak mula.. hahaha..

Ku namakan... #misimebelijiwa #menciptakenangan gitew hahahaa...
Terasa nak menulis di blog yg dah lama..usang hahaaa.. ingat ke lagi password pinkheArt ku itu.. ๐Ÿ˜‚.
1 November 2018 yang amat penat lagi memenatkan jiwa dan minda hahahaa...lepas sekolah begegas ke Perupok.. hantar anak-anak.. kemudian..
5.00pm naik bas dari KB- Gua Musang- KLIA2.
Pergi berdua bersama Mr Jep. Cabaran jugak sebenarnya... 1st time "bercuti" tinggalkan anak-anak.๐Ÿ˜ŠGelora dalam jiwa ni hanya Allah yang tahu.

Perjalanan ambil masa dalam 6 jam... boleh la.. ambil masa terluang berdua..
Flight pagi jam 7.20am.
Solat subuh di KLIA memang kena beratur... haha ruang solat/surau di balai pelepasan ni sempit sangat kot kna beratur lama la jugak..
Kami tak pergi berdua je.. kami join group sekolah.. kawan-kawan sekolah and geng #selpiitumesti pun join trip ni..


Flight dari KLIA ke Padang, Indonesia (Minangkabau airport) tak ambil masa yang panjang... sekitar 1jam 15 minit

Tak sempat tau nak menikmati Nasi Lemak Pak Nasir dalam penerbangan Air Asia tu...
Nasib teringat tips dari memberku Salhafiza... Sa kata kena makan cepat cepat.. sebab sedang elok dia hidangkan... makan.. habis.. trus landing time hahahaa...
sedap... 1st time makan masa flight dari KB ke KLIA hahhaa.. pedas..panas... kena makan laju laju.. elok-elok habis trus je mendarat hahaa... tapi nasi lemak ni memang best. Sarapan di awan biru gitew...






#roadtotanahminang part 1


17 Julai 2018

Blog usang masih berpenghuni

Hari ni keadaan kesihatan belum cukup baik untuk ke sekolah. Masih lagi mc. Bermalas-malasan di rumah... memandangkan masih belum cukup kuat untuk berdiri lama.. tergerak untuk menjenguk blog pink yang terbiar usang... hahaha...
Bukan tak ada info atau entry yang nak di kongsi.. tapi keterbatasan waktu.. sangat membataskan. Hehe..
Ill try my best untuk update ya.. thanks pada yang masih lagi mengunjungi pinkheART untuk mencari info /tips..
Spam pun belambak jugak yg tinggalkan komen huhuhuhu...

Sempat menyediakan sarapan dan bento buat anak-anak. Sebelum terus sambung berehat


Moga diberi kesihatan yang baik buat kita semua.... saya baik-baik aja.. esok dah boleh kembali bekerja.





02 April 2016

Mencari Saat Yang Terluang


Rindu mencatat di sini..
sejak wujudnya facebook blog comel ini terus menyepi.
Moga diberi sedikit ruang untuk kembali membebel di sini.

sekadar satu diary perjalanan yang semakin sibuk
lantaran tuntutan kerjaya yang kian membusut.
Mana suara yang menyatakan jadi cikgu itu tugasnya sikit beban yang digalas tak pernah membukit.
emmm
jadi cikgu, jadi ibu, jadi isteri, jadi anak..
buat telinga makin bingit.

biarkan ianya berjalan seiring rasa, secukup mesra.

12 September 2014

resepi coklat lava kek ~ sedap dan senang ... ala secreet receipy



Salam korang...
Semenjak dua menjak ni tekak asyik teringin kan Coklat Lava Kek..

Mula ler terbayang choc lava kat Pizza, Secreet Receipy la... Kenny Rojers la.. mane la nak cari kat gua musang nikan... 
So lets google dan jumpacresepi ni... tapi ade y diubah untuk menyenangkan haha..

Hidangan – 8 ketul kek coklat dalam foil cupcake tu

 Bahan-bahan:
5 sudu besar butter
1 bar cooking choclate / coklat masakan ( jenama van houtant)
3 biji telur saiz besar
3 sudu besar gula
3 sudu besar tepung
2 sudu kecil serbuk koko i guna van hountant gak
1 secubit garam
8 foil cup atau 4 ramekins – disapu butter
Cara penyediaan:
Panaskan oven – 200degree (atas bawah)

Cairkan mentega dan coklat bersama-sama secara “double boiler” , atau di dalam microwave sehingga cair dan kacau hingga sebati.
Gaul telur dan gula sehingga campuran berwarna kekuningan sekitar 3 minit sehingga gula larut.
Kacau campuran coklat panas ke dalam adunan telur dan pukul sebati. Ayakkan tepung, koko, dan garam. Kaup dengan spatula sehingga sebati. Sudukan ke dalam 4 ramekins atau papercup saiz besar yg tebal yg telah disapu dgn butter.
Kalau ada masa sejukkan dulu adunan di dalam freezer selama 5 minit namun kalau taknak boleh terus masuk oven.
Bakar selama 13 minit sahaja jangan lebih nanti tak jadi lava. Kalau tak nak masuk oven boleh steam. Atau boleh juga guna teknik “waterbath” kalau nak, tapi make sure pakai ramekins lah yer.  
Angkat dan biarkan sejuk dalam 1 minit 
Hidangkan dengan ais krim vanilla / creame 
Dengan sos coklat
Yummehhh beb




Yang cair di tengah tu lava nyer tau...
Best hangat hangat coklat gitu...

31 Ogos 2014

Salam Merdeka

Salam Merdeka.
Moga kita bersyukur dan sentiasa menghargai kemerdekaan.
Okey.. entry ringkas ni cikgu Erin nak kongsi sedikit aktiviti yang dilakukan bersama murid ahun 1
khusus untuk subjek Dunia Seni.


Banner Salam Merdeka
Hasil dari teknik capan. capan tapak tangan murid-murid tahun 1 bertemakan warna-warna Jalur Gemilang.


Bunga Merdeka:

Bunga bertemakan Jalur Gemilang.
Asalnya kipas tangan tapi masalah teknikal, murid-murid tudak membawa batang aiskrim jadi, ianya di ubah menjadi bunga merdeka.

Ditampal di tingka
p sebagai hiasan sempena Bulan Kemerdekaan

Salam Merdeka dari Cikgu Erin.
"Malaysia... di sini lahirnya sebuah cinta"







08 Disember 2013

Puding Roti bakar dengan sos kastard ~ senang~

salam sejuk... ualls
wahhhh gitu.. musim-musim hujan ni kan.. Pink heArt ni dah jadi cam blog resepi pulak hihihih

kali ni Erin belanja korang resepi puding roti pulak.. 
before ni Erin buat versi kering...

Kali ni Erin buat versi moist sket.
yummehhh 
tagline : Senang dan sedap

Bahan-bahanya:

UNTUK PUDING ROTI:

500ml susu segar (erin guna Ducthlady Full creame)
3 biji telur
1 sudu esen vanilla
8 keping roti
2 sudu butter
chocolate bar (Erin guna vochelle la..)
kalo nk tambah choclate cip ngan kismis pon boleh

Bahan-bahan SOS KASTART:
1 tin susu cair
2 sudu kastard
3 sudu gula
1 sudu kecil esen vanilla.

Cara-cara:
1. Rendamkan roti dalam susu dan butter.Erin hancur-hancurkan.
2. Pukul telur, esen vanilla dan gula. tuang dalam roti tadi.
3. Patah-patahkan chocolate bar.. then taburkan.
4. Bakar dalam oven. Erin guna suhu 180'  

Untuk buat sos kastard
Campurkan jer semua bahan-bahan tu, Kemudian masak sampai gula cair. Hati-hati  jagan sampai susu tu pecah-pecah.

Senangkan?
Selamat mencuba ualllll..

Erin hidangkan dengan chocale sos jugak..
so yummehhh

Tanda Kenangan