06 November 2013
Ayat Bila Dah Kalah
15 Julai 2013
Bonus Raya 2013 ?
24 Februari 2012
Isteri Baru Kekasih Lama
23 Januari 2012
Garmin bersuara seksi
14 Januari 2012
Wardina di rompak
|
08 Oktober 2011
Budget 2012
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
~ADA LANGKAH BIJAK DI SITU~
apapun alhamdulllah...
kini mengharapkan berita baik diwujudkan jawatan
Pembantu Guru utuk membantu kerja-kerja pengkeranian yang semakin menyimpang dari tugasan hakiki.
(Yang ni cikgu-cikgi jer paham)
kalau doktor ada nurse, ckgu juga perlukan cikgi hihihih
25 November 2010
Perempuan Mengandung dan toilet
MEMANG TIDAK DAPAT DIPISAHKAN
nak-nak lagi bila kandungan dah semakin membesar
laju jer raser nak terkucil tu..
Kalo time duk sesenyap kat rumah tu takpe la jugak
tapi time travell kekadang memang MASALAH NEGARA lahh
bagi yang cerewet tahap gaban lagi ler susahnyer untuk mencari toilet idaman hati.
Pepaham la toilet kat Malaysia ni punyer tahap KEBERSIHAN nya.
dan alkisahnyer....
hari Isnin lepas perjalanan dari Bukit Ibam ke Gua Musang
cam biasa lah singgah cari toilet 2-3 kali dan destinasi seterusnya ialah
PETRONAS CHEGAR PERAH, LIPIS
pepaham jer la keadaan nya..
nak kata OK tidak nak kata KO pon tidak
Musim cuti sekolahkan..
ramai lah orang-orang yang berhenti untuk melepaskan hajat kat toilet
Maka beratur la mak buyung ni...( i la tu)
lama la jugak..lepas sorang-sorang-sorang..
dalam tu ada 2 toilet yg boleh guna..
kira lepas toilet A keluar yang beratur depan masuk toilet A
kalo toilet B keluar.. yang depan masuk toilet B
(sistem yang senang~adil bukan)
tak payah cakap pon orang-orang pompuan ni bleh paham..
Kat barisan depan Erin ni ada lah 2 orang lagi
SORANG LAGI BUDAK dalam darjah 4 kot..
then baru lah erin yang cantik molek mengusung perut 7 bulan..
YANG AKU HANGIN 1 BADAN TU
Kebetulan plak Toilet B tu orang baru keluar..
mak aiii cantik nyer ko punyer muka..
ko ingat main touch n go ke..
terus jer POMPUIAN MENGANDUNG tu masuk ngan anak dier.
Sakit Atie aku
aper AKU NI HALIMUNAN KAH?
tak nampak ker orang yang tengah beratur ni????? $h!##
Makcik yang sakit perut tu pandang jer kat aku sambil buat muka sedih..
Cettt,...
Ini massage untuk pompuan mengandung itu:
WOI Cik Kak, timbang rasa lah sikit kalo ko nak terkucil pon.. tengok-tengok la orang lain jugak..
Masalah kita sama jer... malahan ader lagi orang lain yang lebih memerlukan pon sanggup ikut law...
Jangan gunakan perut besau ko tu untuk dapat lesen besar...
Dalam ati aku menyumpah.. mau ko branak nanti 8 kali terkucil ~ jahatkah?haha
Mintaklah aku dijauhkan dari SIKAP_SIKAP SELFISH sebegitu..
pssstttt aku sempat tengok plat keter dier "D" klate maghi tu..
VIOS KALER HITAM mujur aku tak ingat full plat number...
15 Oktober 2010
Yang menarik Belanjawan 2011
Sesambil lipat kain sempat gak menjenguk Dato Najib yang berbaju melayu pink itu kat TV.
Ape yang menarik perhatian erin ialah:
~ CUTI BERSALIN BERGAJI PENUH 90 HARI
alhamdulillah... suker.. suka.. suka...
rezeki anak ke 2 niehhh heehehe dapat la duk ngan baby lama sket kan..
sempatlah anak membesar n yakin sket nak dihantar ke pengasuh.
~ dapat bantuan khas RM500 on Disember
waloupon kami target 1 bulan gaji ~bonus ... tapi ok lah dari takde..
bleh arr buat buat tambah beli tilam bantal baby nanti.. huk huk huk
tapi satu lagi yang tak braper clear ialah pemansuhan PTK
(Penilaian Tahap Kecekapan) yang bleh lompat tangga gaji p1 ke p1 p3 tuuuu..
kalo balik smula pada sistem lama yang 100% di tangan pentadbir ~ hancusss lahh
TAK MERASA lah cikgu pink ni...
semoga sistem baru ni akan lebih telus kan?
(sejujurnya saya lebih suka PTK daripada penilaian di tangan manusia hahah)
Belanja pon bertambah besar,
Gaji tak besar-besar.
27 Ogos 2010
Jaga anak-anak kita ~ time shopping wehh
Entry ni saya copy dari facebook seorang teman untuk kita renung bersama
dalam KEMERIAHAN kita SHOPPING UNTUK RAYA ni
jangan sampai ALPA & LUPA
(juga ingatan untuk diri sendiri yang mempunyai seorang anak berusia 3 tahun... dan tersangat la aktif~ tak bole duk diam seminit....)
"SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...
Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JBS
Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.
Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.
Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.
Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.
Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.
Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas."Jom share macammana cara nyer supaya anak kita tak berlari ke mana-mana time shopping raya? RISAU JUGAK NIE
18 Mei 2010
Gua Musang Takde air
~huhh musim pepanas cam nie air plak tak ader~
bermandikan peluh dan air mata la kengkawan
dah 2 hari tak de air tp alhamdullilah weoll kat "white house" a.k.a rumah putih ni masih lagi belum kePUTUSan bekalan air..
1)kami cuma ber 3 ~
2)air tangki digunakan sejimat-jimatnyer (guna tisu pon bole.... muhahah)
3) tiada adegan masak-masak..
4) guna polisterin utk urusan minum-minum
5) Tak basuh baju...Basuh baju? sudah 2 bakul penuh....perlukah menyumbang ke dobi?
uhhhh semoga air kembali ada
~katanyer ader paip bocor~
sila tampal segera wahai Air kelantan
Kang aku sponser salotape~kamo mau?
Mujur kamu memberi khidmat air bergerak
(harus aku disembur dengan air yang berkelajuan 200km/j)
Itu bukan gambor laki i yang ensem tp itew ustaz sbelah rumah..
sebab: kami maner ader tong-tong banyak camtu..
yang ada hanyalah:
baldi, gayung, and botol mineral water...
kalo erin bawak keluar semua botol kenit-kenit tu..
mau cik abe air kelantan ni `gilis aku ngan tayar lori dier`
"upppsss... bleh tak tolong siram pook bunga saya?
Jawapan nyer: Kereta tak nak suruh basoh skali ker?"
~pertanyaan yang akhir itu hanyalah bermain di minda sajer~
sebab.. malas lah ak nak beramah mesra dgan EN AIR KELANTAN tu
Tido lebih baik dari i memikirkan masalah air ni~
07 November 2009
Gaduh, BERgaduh, TERberGaduh
tapi korang fahamkan maksudnya
erin tak risau langsung tentang BOLA
BOLA TETAP BULAT
~kalo tak bkan bola namanyer
~munkin jadik KOTAK atau PIRAMID~
erin juga tak pernah risaukan
tentang MENANG & KALAH
menang ke, kalah ke, aku tetap begini
lagipon tak mengikuti dari awal so..........
jgan jadik pak turut okeh.
or demam bermusim huhu
(walou pon aku mahu dia KALAH~ blagak sangat wehhh)
(~upps rahasia rumah tangga yang sume owang dah tahu~)
yang Erin risaukan tentang penyokong-penyokong dan umat manusianya
tolong la korang JAGA DIRI, JAGA JATI DIRI,
YANG DI PADANG MASIH DI PADANG
berguling ker, jatuh ker, terduduk ke, kat padang jer
jangan ler sampai yang kat luar ni
sampai bawak ke HOSPITAL atau BALAI POLIS
~minta dijauhkan semua itew okeh~
SO,
PESANAN dari PINK HEart:
" tak kesah lah sokong KLATE ke, NOGOGHI ke"
~no gaduh-gaduh okeh~
no tumbuk-tubuk
SEMANGAT KESUKANAN OKEH
tapi.................
kita tengok saper yang kena tido kat luar
hahahhahhahaahha
LU PIkir la sndiri
05 November 2009
tengok GADIS MELAYU
~Gadis Melayu~
tak mo komen banyak
bkan tgok selalu pon,
so tak mo komententang pesertanya
tapi sedeh ngan pengacaranya
kenapa ber I dan ber U
huhu
erin pon bukannya pengguna Bahasa Melayu
yang betul-betul baik
blog ni pon carca merba
tapi
kan lebih manis kalau pengacaranya menggunakan pilihan bahasa yang lebih baik.
CUKUP~
sekadar pandangan dari seorang WANITA MELAYU hehehe
(gambar dari cik google)
uppsss tentang pesertanya?
~no komen~
erin bukan sedara-mara mereka pon
so...............
NO KOMEN
tapi saya suka LIN~manis.
24 Ogos 2009
H1N1 versus B1N1?
09 Januari 2009
BoikOt U.s BoiKot Yahudi
SENARAI PRODUK /SYARIKAT ANTI-ISLAM/YAHUDI
Lately nie kiter dgar tentang kekejaman yang berlaku terhadap rakyat Palestin di Gaza. Dan macam yang dah kita tonton di tv tentera Zionis semakin mengganas.
Mungkin dengan kudrat yang ada kita tak mampu untuk pergi berjuang menggalas senjata... tapi kita sebagai umat Islam mampu memanjatkan doa dari yang MAha Esa. dan dengan cara lain kita juga mesti memboikot barangan keluaran uS dan Yahudi sebagai tanda protes kita pada kekejaman PERANG ini. Semoga usaha kecil kita ni membawa keberkatan. Insyaalah...
Selamatkan lah umat Islam dari Kekrjaman Yahudi..
SENARAI PRODUK /SYARIKAT ANTI-ISLAM/YAHUDI





