08 Disember 2013
Puding Roti bakar dengan sos kastard ~ senang~
25 November 2013
Resepi cheesecake leleh ~ senang sedap
Asal tensyen buat assigement, tensyen isi pbs jer hakak bantai buat kek... aduaiii bisa gemok gini hihihi...
Bukan apa.. terapi diri..ubat hilangkan stress
okeh la... erin belanja korang resepi
Cheese cake leleh sedap ni ye
**100 gram tepung hong kong
(Erin guna tepung kek)
**60 gram tepung jagung
100 gram gula halus
2 sudu makan ovelet
4 biji telur ayam
2 biji telur kuning
50 gram air sejuk (dari peti ais)
1 sudu teh baking powder
75 gram mentega (dicairkan) erin guna minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
Cara:
Bahan yang bertanda* di ayak dulu...
Pukul sampai gebu baru masukkan minyak jagung. Sebatikan.
boleh campurkan pewarna dan perasa yang anda inginkan.... strawberry ataupun coklat. Erin letak lemon emolco.
Bakar dalam oven pada suhu 150'C selama 45 minit.
250g cream cheese
120g susu pekat manis
50ml UHT Whipping cream
pukul whiping creame sampai kental. Lepas tu masukkan creame cheese, putarkan, dan masukkan susu. Adunan ini memang cair
Untuk hiasan:
cheddar cheese, diparut halus
Kek yang masak tadi sejukkan dulu kemudian bahagi pada 2 keping,. tuangkan cream cheese
di atas kepingan pertama. Lapiskan dengan kek, tuang semua baki cream cheese tadi.
Parutkan cheddar cheese di atas kek... siap
Enjoy your cheese leleh
09 November 2013
Resepi Hokkaido Cup cake ( kek cawan hokaido )
07 September 2013
Resepi tiramisu senang dan mudah
15 Julai 2013
resepi :Heavenly Milo with oreo jelly ( puding oreo)
24 Jun 2013
Belanja resepi pop cake ~ How to make pop cake choclate
Coklat Pop Kek
07 Mei 2013
Japanese Cheese Cake gebu gebas
- Griskan acuan 9 inci / Lapik kertas serap minyak.
- (Keluarkan krim keju dari peti 1 jam lebih awal) Masukkan krim keju, minyak jagung, gula kastor dan susu segar ke dalam periuk. Cairkan dengan cara double-boiler. Kacau hingga pekat.
- Masukkan kuning telur, pes lemon dan yogurt. Kacau hingga sebati. Angkat periuk dari api dan sejukkan.
- Satukan bahan B dan pukul hingga kental dan gebu.
- Tuangkan adunan keju yang telah sejuk ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung kek dan gaul sebati.
- Kemudian masukkan adunan (B) tadi dan gaul perlahan hingga rata.
- Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan.
- Bakar kek secara 'steam-bake' ~bakar di atas air panas.
- letak loyang yang lebih besar dan berisi 1/3 air pastu baru letak loyang kek atas air tu dan bakar dalam oven.
- Bakar selama 1 1/2 jam suhu 160 darjah celcius.
- Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
- Gunakan kaedah water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.
- Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.
- Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.
- Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.
- Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.
- Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.
- Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.
20 April 2013
Bila Encik Suami bagi "Cinta Tiga Segi"
24 November 2012
Lempeng cinta hati
| lempeng cinta |
15 November 2012
Kek Karemel Pelangi ~ Resepi Dapur Oren
Loyang saiz 22 cm
(A) - Bahagian Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan..biar gula hancur & warna tukar jd perang, jangan sampai hitam nanti pahit. Ratakan ke seluruh loyang.
(B) - Bahagian Atas (Karamel)
1/2 tin susu cair, akan jadi nipis macam dalam gambar. Boleh letak 1 tin untuk lebih tebal.
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
(C) - Lapisan Kek
3/4 cawan gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
45ml minyak masak
(D) - Cara Buat Merinque
6 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)
Cara membuat:
- Untuk bahagian karamel, kacau semua bahan sampai sebati. jangan bagi berbuih, nanti tak cantik karamel.
- Tapis dan tuang dalam loyang berisi gula hangus. Tak payah bakar, biar je.
- Untuk lapisan kek, pukul telur, gula, air dan minyak sampai gula hancur.
- Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam adunan. pukul/ kacau sampai sebati. Ketepikan.
- Untuk meringue, pukul telur putih sampai jadi foam, ringan dan bila terbalik tak jatuh. masukkan krim tartar, pukul sebentar.
- masukkan gula, pukul sampai hancur.
- Masukkan meringue ke dalam adunan kek tadi. bahagikan pada beberapa warna.
- Sendukkan tiap warna 1 senduk berulang-ulang sampai abis.
- Panaskan oven 160 darjah, bakar secara double-boiled/ water bath selamat 50-60 mintit.
- Dah masakkan, sejukkan dalam oven selama 10 minit. Biarkan tepi loyang sedikit jarak.
- Terbalikkan, dan lap air lebihan dari karamel supaya tak diserap kek.
- Sejukkan lagi sedap.
- Untuk meringue, jangan campur bahan2 tersebut sekaligus, kalo tak pukul 14jam pon takkan kembang2
- Water bath ialah cara membakar dalam oven dengan mengisikan sedikit air dalam bekas letak loyang, ataupon masukkan air dalam loyang lebih besar, then letak loyang kek.
- jangan risau bila nak masukkan adunan kek dalam karamel, sebab adunan tepung akan terapung dengan sendiri tau. decorate je ikut kreativiti masing2, tak tepek2 je ke, pelangi ke, memanjang ke... ape2 pon boleh.
23 Julai 2012
Pavlova Senang & Sedap by Cikgu Pink
4. Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati..
** Jangan terus keluarkan meringue dari oven.. Biarkan pintu oven terbuka.. Biar meringue tu menyejuk secara perlahan-lahan dalam oven.. Kalau tak, kek tu akan turun dan leper macam lempeng..
4. Hias dengan buah-buahan segar yang siap dipotong..
28 Oktober 2011
Resepi kentang putar
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
27 Oktober 2011
resepi nasi jagung
NASI JAGUNG
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye~erin guna gagung betul-betul yang direbus
4 cawan beras basmathi ~erinn guna beraws biasa jer
4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
½ cawan susu cair
½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
kisar bahan yg bertanda *
Cara-cara
basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu
sangat best percayalah
23 Oktober 2011
Resepi puding buih
Puding buih
1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
UTK MEMBUAT KUAH:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..
Selamat mencuba..
and semestinya kompem jadi..












