CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Memaparkan catatan dengan label susu ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label susu ibu. Papar semua catatan

08 Julai 2013

jom susun ebm dalam peti ais

Salam cantekkkk.
Wak cantik la sangat kan.

Okey semalam Erin dah keluar entry gambar peti aiskrim untuk simpan EBM Erin kan..
Alhamdulillah dalam tempoh sebulan Erin dapat kumpul 280oz.

So semangat untuk meminyahkan EBM ni dari peti ais dua pintu ke peti aiskrim (deepfreezer).

EBM ni peringkat awal ni Erin simpan dalam bekas dadih 3oz.
Sebab awal-awal baby tak minum banyak. Maklum lah perut kecik lagi.

Erin budget sehari Erin akan hantar 3 bekas ke nursery
3bekas X 3oz X 5 hari seminggu.
(erin cikgu so kerja sekerat hari jer)

Jadi, total untuk seminggu 15 bekas.
Erin masukkan dalam satu beg plastik. 
Ikut date yang terawal. Sebab stok ni yang akan keluar dulu
(Yang akan diguna dulu)



Then Erin label kan 
JUN 1 (15 bekas terawal yang dikumpul dalam bulan Jun)
JUN 2
JUN 3
JUN 4
JUN 5
JUN 6
Tutup stok untuk bulan Jun

Nie: keadaan dalam peti aiskrim.
Nanti senang Erin nak keluarkan stok seminggu untuk hantar ke Nursery.

Nanti Erin akan buat cara yang sama untuk susun stok JULAI.
Insyaallah cukup la stok EBM ni untuk tahun 2013.
Bulan 11, 12 nanti dah cuti,
.
Jadi jimat stok hihihi

06 Julai 2013

cikgu erin jual siskrim?

Peti Besi..
Memula peti ni sampai jenuh gak nak menjawab ngan jiran-jiran
(ceh macam la ramai ngat jiran.. sorang dua je pon)

"Cikgu Erin jual aiskrim ke?"


Ha, ni la peti nya.
Confirm la kan peti aiskrim kan.

Ehem... Erin tak jual aiskrim pon.
Cuma guna peti aiskrim ni untuk simpan EBM yang dah penuh kat peti ais..




Nak beli deepfreezer kami belum cukup budget.
Harga untuk deepfreezer pun kurang-kurang RM400 hingga RM600.
Emmm.. pening jugak tu.
Mujur la kawan Mr Jep pinjamkan peti aiskrim ni.
Alhamdulillah...
Semangat ni nak susun stok EBM dalam peti aiskrim ni.

Peti aiskrim ni pon sama kategori dengan deepfreezer kan?
Jadinya susu (ebm) ni akan tahan 6 bulan.

Punyalah besar peti aiskrim ni kan..

Heheheehe..


16 Februari 2012

Kembali bersiaran


Cikgu Pink kembali bersiaran setelah BERKURUNG sekian waktu.
Kenapa cikgu Pink tak update blog?
huhuhuhuhu memacam kjadian & perkara yang mnjadi sebab atau pun mungkin sekadar alasan.
Adakala nya erin diuji.. dengan musibah kecil...
(kecil pada orang lain, mungkin besar pada erin)


apapun semuanya telah kembali normal ~ alhamdulillah~
sekarang cuma masih lagi menghadapi 1 lagi ujianl.

Susu Ibu untuk naufal semakin kurang
(mungkin saat tension n emosi terganggu product jua merudum)

DOAkan SUSU IBU UNTUK NAUFAL KEMBALI MERIAH yer..

sori... gtg
mau terus mengepam~ powerpumping session~

sekadar gambar hiasan buat pembakar semangat.

07 Disember 2011

Doa & Zikir Banyakkan Susu ibu

Salam mommies....
ok erin nak share 1 lagi info..
Selalu ada kawan-kawan yang mngadu, kurang susu kan..
Dan kita akan try makan macam-macam as milkbooster.
Kali ni kita cuba plak 1 lagi milkbooster untuk banyakkan susu ibu iaitu zikir dan doa


Zikir:
Ya Matin sebanyak 70 kali

Erin jadikan kad dan laminate.
Letak dalam beg pam PISA ku.

Bahagian depan:

Bahagian belakang:
Doa:



Untuk lebih clear korang boleh print ayat yang kat bawah ni:

Selamat mencuba

06 Disember 2011

Tips hantar susu (susu perahan / ebm) ke nursery atau rumah pengasuh




Salam penuh kasih sayang mommies..
Hahaha semedang cuti sekolah so mood ala ibu-ibu sudah kembali.

kali ni Erin nak share macam-mana cara nak bekalkan Susu Ibu (EBM) ke nursery atau rumah pengasuh
* (dalam entry ni kebanyakkan gambar adalah hasil google, erin tak ambil gambar barang and EBM sendiri sebab batry camera belum charge hihihih)*


1. Pastikan Nursery atau rumah pengasuh ada peti sejuk. Dan ada ruang yang sesuai untuk simpan susu. Kalau tak yakin dengan peti ais (penuh dengan daging dll) lebih baik hantar EBM sekali dengan cooler box atau cooler bag. Jangan lupa icepack sekali yer..

ni contoh yang erin dah google:



(yang colour coklat tu naufal guna isi EBM)


Ni pulak ice pack nyer:

Ice pack lebih tahan lama tahap sejuknya berbanding cube ice. Icepack ni pun boleh guna banyak kali, selagi tak bocor.
Erin guna jenama jingle jungle gak, sebab murah sikit.



Tips ke 2
2. Stok EBM erin tak la banyak sangat sampai penuh peti, tapi biasanya cukup untuk Naufal.
Jadi, apa yang Erin buat pam hari ni untuk bekalkan pada hari Esok.
Naufal biasanya minum 3 botol X 3.5oz
(tahun depan kena bekalkan 4oz x 3 botol)
jadi, hari ni Erin akan pam dan simpan 3.5oz dalam setiap botol.
(Biasanya dapat 3 atau 4 botol)
3 botol erin simpan dalam freezer bahagian chille (cair je tak beku kan)
kita namakan ni FRESH EBM (sebab tidak di frozenkan)

1 botol lagi Erin bekukan sebagai stok.

So esok, erin cuma bawak 3 botol yang cair tu ke nursery,
nursery tak perlu nak cairkan sebab FRESH EBM tu dah memang cair.
Dan kalau tak habis. EBM tu akan erin bekukan untuk stok.


(ke nursery)
Nanti nursery hanya akan panaskan botol yang nak digunakan ajer dan masuk dalam botol Naufal.


Pernah juga terjadi Fresh EBM tak cukup
huhuhu biasanya kalau time period atau time banyak kerja.
Produk sangat merudum atau tak sempat pam 3x.
Jadi masa nilah stok EBM yang beku tu akan digunakan.

Erin cairkan dulu EBM frozen tu dan labelkan nombor 1.
(tak perlu panaskan, nak guna baru panaskan)
biar cair dalam keadaan sejuk.
Frozen EBM yang dah cair ni perlu dihabiskan dalam masa 24jam dan tak boleh beku..
sebab tu Erin tulis nombor 1, yang lain tu Fresh EBM.
so kalau tak habis tak la membazir.
Fresh EBM boleh di bekukan

Tips ke 3:
Bagi yang simpan EBM guna plastik.
Erin guna juga untuk frozen EBM.
Erin akan penuhkan plastiktu dengan nilai oz yang maksima untuk elakkan pembaziran.
Untuk memudahkan nursery / pengasuh. Erin cairkan dulu Frozen EBM ni dan sukat masuk botol mengikut sukatan yang diminum naufal.
Biasanya 1 pek ni untuk 2 botol.
Jadi labelkan botol 1, dan 2.
INGAT EBM YANG DAH DICAIRKAN TAK BOLEH DIBEKUKAN SEMULA.



Kalau berbaki juga, erin akan suruh Naufal habiskan di rumah.
Sementara tu Erin boleh pam untuk buat stok hihihi.





Ok ni botol yang naufal guna.

EBM yang dah dipanaskan nursery akan masukkan dalam botol ni.
Naufal tak minum dari storage botol.

Ada juga baby yang bleh minum terus dari storage bottle.
Lagi senang, masukkan je puting dan terus nyut nyut..



Sekian saja tips untuk hari ini
Majulah penyusuan susu ibu untuk anak-anak kita


Salam penuh khasiat:
hahahahaha

27 November 2011

Pengalaman Membesarkan Bayi




Hye mommies jom kali ni nak join contest dari Wonder Mum Shoppe kat FB..
Bertemu di Kumpulan Ibu menyusukan (yang sangat best tu)

Tema nya:
pengalaman anda yang paling mencabar ketika membesarkan anak anda yang masih bayi



Bestkan dapat Baby?
dan cabaran nya mestilah sangat best.
Huhhh susah juga nak memulakan..cerita sebab pada saya semua orang melalui pelbagai cabaran.
Yang membezakan sejauh mana kita terima sebagai cabaran...

Bagi saya membesarkan bayi secomel Naufal sama macam ibu-ibu lain..
Alhamdulillah saya tidak diduga dengan dugaan yang tak mampu saya hadapi.

Naufal bayi comel yang sihat, tidak merengek di tengah malam, senang kata tak banyak ragam.

Cuma pada saya, cabaran yang utama ialah dari diri saya sendiri tatkala
HATI SAYA NEKAD DAN BULAT UNTUK MEMBERIKAN NAUFAL SUSU IBU SEPENUHNYA
sehingga 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun insyallah
tanpa susu formula.

Ada masanya si comel saya ni asyik melekat, menyusu sehingga saya sering gagal menyelesaikan tugasan yang lain.
(hahahaha alasan untuk tidak memasak)
tapi memang pun, balik dari kerja
(guru sekolah rendah ~ habis kerja sekitar jam 2)
memang terus Naufal menyusu selalu nya hingga tertidur bersama ibu.
Dan saya pun sering kepenatan selepas itu
"Mujur dikurniakan encik suami yang sangat memahami"
sering melengkapkan, apa yang adakala nya terkurang
Kekadang menjadi tukang masak, ada kalanya ringan tangan membersihkan rumah
(wahh syahdu disitu).




Kekadang tu rasa stress and nak marah-marah kan bila baby tak nak dengan orang lain.
(Orang lain tak ade cik b cam ibu hahahhahahah)
Walaupun dengan babahnya.
Tapi tu la.. banyakkan sabar
(saya sendiri selalu kurang sabar~ jadi makan aiskrim lalalala)

emmm..
saya tak tau nak ceritakan apalagi kat sini.
Serius kekeringan idea.
hiihihihihii.


Apapun saya percaya

segala kepenatan dan keletihan itu terbayar dengan harga satu senyuman dari si comel yang puas menikmati susu ibu



30 Julai 2011

Peraduan Dunia Susu Ibu

Kategori: Bersalin Secara Normal
Tarikh Lahir Anak: 5 Febuari 2011


Sekadar cerita Jurnal Penyusuan yang tak seberapa dari yang tidak pernah bermimpi hingga kepada jatuh hati pada Dunia Susu Ibu seorang ibu a.k.a cikgu pink yang sntiasa belajar...hihi

Wawww satu berita yang amat menggembirakan bila dapat tahu preggie untuk kali ke 2
exited dan sangat teruja...
macam first baby gak erin ngan mr jep memang exited beli kelengkapan baby
(tipu...sbnarnya.. berpada-pada maklum ler account smakin panjang~upsss hutang yang smakin berjela haha)

beli baju baby.. mitten, booties, baju.. baju..baju..
botol susu
and pergi SERVEY SUSU FORMULA
yang terbaik
dan siap decide nak bagi susu A*****

(sungguh TAK ADA KESEDARAN LANGSUNG UNTUK BAGI SUSU IBU)
sedih bukan?

Perjalanan bermula dari Gua Musang ke Muadzam Shah
memang tekad dan matlamat nak bersalin kat Muadzam
so cuti raya Cina terus balik Pahang
shopping sakan di Kuantan dan terus ke Bukit Ibam
sempat berKontraksi secara palsu sehari
(sunggguh nevers sampai terpaksa panggil nurse yang oncall ke rumah seawal 4.00am)
hihi Naufal nak berkenalan dengan nurse Bukit Ibam yer

keesokkanya selepas memboncitkan perut dengan ABC disiang hari..
malam nyer mulalah episod berulang ke toilet..
menonton Raja Lawak dalam keadaan yang tidak tenang
di bawa menaiki Mr Blue ke Hospital Muadzam Shah
tak sempat habis Mr Jep isi borang~
lahirlah
Muhammad Naufal Jazli
2.05pagi ~ 5/2/2011
terpinga-pinga Mr Jep bila cik Nurse mintak baju baby

ape tak nye smpai kat hospital Erin terus ke labour room
jalan sudah on.. tunggu masa jer..
nurse tanya sesikit tup-tup rasa sudah mai hihi..
kalau eisya dulu 3 kali teran kali ni plak 5 kali teran..
fuhhhhh lega
teruja sebab tengok
Its a boy
hihih yeehaaaaaaaaa
and bila baby dah dibersihkan dan time for baby first meal
Allah Maha Besar
Pandainya anak ibu (^_*) syukur...

Bermulalah Jurnal Penyusuan
Seawal hari pertama, CABARAN pon bermula

cabaran 1. Sakit di ari-ari
Rasa merengat setiap kali menyusukan baby..
Kekadang sampai terjerit kesakitan~ Mama dan Mr Jep suruh banyakkan bersabar. Lama kelamaan rasa tu hilang dengan sendirinya..

cabaran 2 : cik n melecet
Perjalanan yang bukannya mudah..
saat yang paling mendugakan ialah hari ke 3 selepas Naufal lahir..
korang...korang...korang yang pernah beranak dan menyusukan anak sure taukan sakit hari ke 3 camne... melecet bagai...huhuhuhu... menitik air mata
..
masa tu la asyik duk suruk Mr Jep beli FM kat kedai..
dan ayat nya "sabar la.... sabar... sikit jer.. sabar ea" "sabar
ea... adik kecik sangat lagi"
kebetulan pulak botol susu yang kami belikan untuk Naufal BPA so.. memang tak la kan..
nak beli botol susu yang BPA Free kat kedai blakang umah ni memang tak ader la...

cabaran 3:
Cabaran yang sebenar ialah diri sendiri
seperti yang erin katakan tadi
Sejujurnya erin
tak pernah langsung bercita-cita untuk menyusukan baby Naufal secara ekslusif.
(maksudnya 100% susu ibu)
sungguh naif dan menyedihkan bukan..huhu
terasa mau lempang diri sendiri 88 kali huh

Kenapa Erin beria-ia nak campur susu formula (fm) untuk Naufal?

1. Saya kan kerja... jadi saya malas berulang-alik ke rumah pengasuh
2. Susah nak tinggalkan anak nanti kalau kena pergi kursus
3. Memang tak suka ar selak-selak baju bagi nenen kat baby
4. Saya memang jenis yang tak banyak susu


naif dan daif bukan?
Mujurlah erin ambil cuti 3 bulan jadi nak atau tak encik suami kata bagilah Naufal susu ibu sampai habis cuti.
emmm saya angguk setuju

Alhamdulillah dalam tempoh 3 bulan tu.. tuhan bukak kan pintu hati erin
bermula denga soalan
"Jem ko pakai pam apa?
kemudian jem perkenalkan erin kepada geng KIM di facebook
wawww.....
rupanya ke empat-empat masalah yang erin bagitau tadi ada jalan penyelesaiannya
malahan mungkin beribu masalah dalam Dunia Susu Ibu pon ada cara penyelesaiannya tau.

Rupanya susu boleh di pam dan dibekukan, dan tahan berbulan-bulan.
so apalagi pam dan bekukan.
bOleh antar kat umah pengasuh kalau kena pergi kursus pon ok... dah bole buat stok siap-siap.

Tak mau selak-selak?
Boleh prepare EBM siap-siap dari rumah.
Tak pon pakai ponco or nursing cover ~stylo beb~
waw nursing blouse pon banyak rupenyer

dan dari situ ku tanamkan azam
cheewahhh
~menyusukan Naufal 3 bulan
~ then lepas 3 bulan, di upkan lagi~ menyusukan Naufal selagi ada stok EBM dalam peti.

betul kata orang, tak kenal maka tak cinta
cabaran 4 bermula
stok dalam peti pernah ~zero

pernah terlalu stress (banyak kerja + pam rosak) dan tak mampu bekalkan susu yang cukup untuk Naufal di nursery
Sangat bertuah sebab bebudak (bebudak? hihi pemilik) Little Caliph Daycare sangat-sangat memberi semangat tau
.
kalau ikutkan erin memang dah top-up kan fm untuk Naufal
malas nak susahkan bebudak nursery kalau Naufal nangis tak cukup susu
tapi dorang yang suruh besabar dan Erin boleh datang menyusu bila-bila masa~
sweetkan?


bertuah juga ada kawan depan meja(Kak Gee) bagi pinjam pam dia sementara tunggu Erin beli pam baru. Mujur juga kawan lama (Aina) pos kan pam pureen bateri dia sebagai ganti pam erin yang rosak~ alhamdulillah~


rupanya erin masih belum rela bagi Naufal fm selepas erin tau yang khasiat susu ibu jauuuuhhh lebih baik dari fm yang paaaaling mahal

maka bermulalah episod mencari cara untuk memperbanyakkan air susu
emmm teknologi di hujung jari di manafaatkan sepenuhnya
daripada cara tradisional hinggalah digital upppss moden
hihihi
minum horlick, makan cheese, makan halba, minum barli,
minum air pucuk betik (tipu... yang ni tak sanggup pahit wooo)
sampai ler makan supliment dari farmasi hingga bertemu dan jatuh cinta dengan shaklee
Set B (with Alfalfa : Breastfeeding Set)

kemudian bertukar pam
dari manual (kengkawan kater pam minyak gas hihi)


hingga ke bateri~ mampu milik
mr jep kata: mesin rumput
akak kat skolah kata: blanderrr toongggg


hingga ler ke PISA yang membuatkan akaun ASB = 0
dan kebarangkalian untuk tiada baju raya melambung tinggi huhu
Cabaran 5: Tak ada tempat untuk pam di sekolah
memang la tak ada bilik khas saya bukan guru besar yang ada bilik sendiri
hanya ada meja sendiri dalam bilik guru yang dikongsi ramai-ramai...
hiihi

tapi saya adakan nursing room
dari sebuah stor pinggan mangkuk merangkap bilik sembahyang
erin kemaskan, bawak kipas sendiri dan buat sign yang comel kat pintu.
(tak caya? gambar belum boleh di upload memandangkan camera masih lagi rosak)
isyallah it will sikit masa lagi
korang boleh tengok bakal entry yang tajuknya
SK Sri Wangi sekolah mesra susu ibu
hehehe


Cabaran 6: Kata-kata orang sekeliling
emmm yang ni bukan cabaran besar apabila hati dan tekad sudah bulat ngeh-ngeh ngeh

Kalau orang tanya kenapa tak bagi susu formula?
Saya jawab je sebab nak jimat
orang lagi suka jawapan tu, berbanding kalau saya cakap bab khasiat hihi
mungkin lebih ramai yang kesian kalau saya kata saya semekin kot hihihi
sebab dorang terus diam.

Kalau orang suruh bagi makan, bagi itu, bagi ini
saya diam jer and senyum...dalam hati nyanyi
"senyummmm tak perlu kata apa-apa"

selagi dia tak suapkan apa-apa pada my brilliant Naufal its ok

6 cabaran selama 6 bulan menyusui Naufal ekslusif
Kesimpulannya:
Kalau hati sudah berbunga chenta...
cakap apa pun tak guna kan?

Kalau hati sudah tekad dan bulat
nak bagi susu ibu
Insyallah semuanya kita harungi..


Alhamdulillah syukur
siapa sangka minggu depan
5 Julai Naufal bakal bergelar
si hensem 6 bulan


sedikit cerita
(waw berpeluh nak buat karangan ni taw)
buat bacaan kawan-kawan dan ingatan untuk diri.
Tapi jangan pula riak dan takbur
Allah Maha berkuasa
dan saya hanya mau yang TERBAIK buat Naufal
biarpun sudah tertewas tanpa sedar semasa membesarkan Natasya




06 Mei 2011

Stok EBM untuk baby naufal

haluuuuu...
skodeng stok EBM dalam peti ais 58oz
syukur alhamdullillah rezeki my brilliant Naufal

tapi dalam masa yang sama risau sesangat.
cukup ke ni?

kalo tak ke mana-mana tahan la stok ni untuk bekal ke rumah Pengasuh 2minggu =10 hari lebih kurang. Kalo keluar jenjalan kurang ler lagi...

sebab erin guna susu yang frozen ni gak kalo pegi jenjalan.
Still ade problem BF in public..huhuhuhu...
kureng ler bab selak-selak in public ni
tapi sangat kagum bagi mereka yang berani n selamber okey.

Kena keep on pumping la kan untuk tambahkan stok.
Production tak seberapa.

paling banyak pon 1 session boleh dapat 5oz jer tu pon jarang.
selalunya 2~3oz jer..
dalam sehari lak boleh pam 2 kali jer
(kat rumah Naufal direct BF)
jadik purata total 1 hari bole la simpam 6oz.

Sedangkan stok yang perlu keluar sebagai bekal kat umah pengasuh 9oz.
1 kali Naufal minum 3oz
dan dari pukul 7.30am sampai 1.30pm tu Naufal minum 3 kali.
ni dari simulasi yang erin buat kat rumah la...

(wahhh cam blajar kat maktab dulu plak kan ada simulasi bagai)
hehehheheeh

berdebar gak kan nak hantar baby kat rumah pengasuh nanti.
heharap pengasuh naufal dapat la handle EBM ni





05 Mei 2011

3 bulan bersama susu ibu


Alhamdullillah
hari ni genap MUHAMMAD NAUFAL JAZLI
(yang fasih dan pemurah)
3 bulan

dan genap juga Naufal 3 bulan bersama susu ibu
kejayaan kecil bagi insan lain tapi SATU KEJAYAAN BESAR pada Erin
Sejujurnya erin tak pernah bercita-cita langsung pun untuk menyusukan baby Naufal secara ekslusif.
(maksudnya 100% susu ibu)

tapi tak sangka plak daku sekuat ini..
alhamdulillah
mungkin disebabkan perangai Mr Jep yang suka bertangguh bila erin suruh beli susu tepung mendatangkan kebaikan
(atau pon tu cara dia sebenarnya untuk elakkan isteri dia ni bagi formula milk (FM) pada baby baru itu.. hehheheh..)

Perjalanan yang bukannya mudah..
saat yang paling mendugakan ialah hari ke 3 selepas Naufal lahir..
korang...korang...korang yang pernah beranak dan menyusukan anak sure taukan sakit hari ke 3 camne... melecet bagai...huhuhuhu... menitik air mata..
masa tu la asyik duk suruk Mr Jep beli FM kat kedai..
dan ayat nya "sabar la.... sabar... sikit jer.. sabar ea" "sabar ea... adik kecik sangat lagi"
kebetulan pulak botol susu yang kami belikan untuk Naufal BPA so.. memang tak la kan..
nak beli botol susu yang BPA Free kat kedai blakang umah ni memang tak ader la...

OK saat tu Erin tanamkan target
"okey 44 hari nak susu kan Naufal secara ekslusif"

then masa otw dari pahang ke gua musang tu..
memang dah tanam hajat nak bagi fm botol kat Naufal
tapi bole plak Mr Jep lupa nak beli
(atau pon buat-buat lupa...hihihi)

okeyla.. dan masa tu daku tanamkan target baru:
90 hari menyusukan Naufal secara ekslusif
memandangkan cuti pon 90 hari kan....


dan hari ni genap 90 hari...
memang targetku sudah totally sampai
tapi sungguh... sayang pulak nak susukan naufal ngan FM..
jadi daku upkan lagi target Bonus:

Susukan Naufal secara ekslusif selagi stok susu dalam peti tu ada dan cukup untuk bekalkan pada pengasuh masa ibu kerja nanti

syukur ada 58oz dalam peti ais.
Tak semewah stok ibu-ibu lain tapi satu kebanggaan pada erin

semoga niat yang baik ni dipermudahkan (^__^)




Tanda Kenangan