CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 Ogos 2010

Puding Raja

Bila mak byung mengidam makanan di kampung halaman..

Cet... terasa cam duk kat oversea pulak...
Dari ari Rabu lepas teringin nak menjamah "PUDING RAJA"
huhu sampaikan ari Khamis.. teraser kat molot ni ha.. menjejes air liur you..
so haruslah diusaha kan seberapa dayakan...
dalam edisi mengoogle maka terjompa lah resepi yang menyamai rupa asal "PUDING RAJA" pekan staile yer... ader memacam pesen rupenyer tapi ni yang paling perfect skali...

Alhamdulillah setelah di cooba hasilnya mabelesss 100% LULUS wahhh angkat periuk sendiri~
yang penting baby dalam pewut (ibu nyer sbenarnyer) sangaaaat puas hati.
hahah agak sememeh di situ yer~ (^_^)


Bahan-Bahannya :-

15 biji pisang emas, masak dan segar
1 tin susu cair
250 ml air
4 sdb tepung kastad, dibancuh dgn sedikit air
5 sdb gula
1 tin buah campuran, buang air sirapnya
100 gm buah prune kering

kacang gajus 1 paket

kismis sikit

minyak utk menggoreng
1/2 sdt garam

Jala emas (kalo tak de pon tak pe lahh~ susah nak cari kan)


Cara- cara :-

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang sehingga perang. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Tabur buah prune+ gajus + kismis ke atas pisang tadi. Ketepikan.
3. Masukkan susu cair, air, tepung kastad, gula dan garam ke dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan tidak berketul.
4. Kemudian tuang ke atas pisang tadi. Tabur buah campuran ke atasnya.
5. Untuk melengkapkan versi PUDING RAJA PEKAN~ tabur kuih jala emas di atas. Mujur la Mr Jep jumpa ngan jala mas ni kat pasar ramadhan gua musang ni..

so perfect la.. PUDING RAJA ku...

selamat mencoba..Tak cuba tak tau


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sedap..sedap puding tu nampaknya ye boleh try ni..Nak tanya ni..butik Peace tu awak beli kat KL ke??Area mana eh??

eRiNsZ berkata...

ooo...erin beli kat Kota Bharu..(KB MALL) klo Kota bharu ni ader 3 caw klo tak silap..

kalo kat kuantan kat kuantan plaza..

klo kat kl tak sure lak..
tapi resernyer cam pnah nampak..
dier punyer logo gambr daun.. pas2 tagline dier dari saiz sx hingga xxxxxL

eRiNsZ berkata...

emy~adik bgtau kat mlaka butil peace tu kt mlaka central area mydin / hari-hari...try la..

Tanpa Nama berkata...

cikgu..puding raja kat pekan,pahang baru real sedap..

hehe..walaupun sememeh,tapi terliur pulak tgk..:b

sall berkata...

Amboiii eisya. gadis kecil melayu terakhir ni comei2.

Tanda Kenangan