CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

21 Ogos 2010

Puteri Mandi (^_^)

Tengok rancangan "Dapur Istana" teringin lak nak buat... hehehe

setelah sekian lama akhirnyer berasap juga dapur ku itu hehehe.. tahniah untuk erin.
Di bantu oleh chef cute "miss eisya" berjaya memprojek kan "puteri mandi" kuang kuang

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • air secukupnya
  • pewarna makanan(hijau, merah)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 1/2 cawan gula - kalau suka manis boleh tambah
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Tepung pulut + air sedikit-sedikit sambil dikacau. Jadik macam doh.. tak melekat di tangan yer...
  2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warnakan. Erin buat merah, hijau dan kaler asal...
  3. Sementara itu, didihkan setengah periuk air.
  4. Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi.
  5. Puteri-puteri akan timbul bila dah masak. Boleh diangkat dan masukkan ke dalam semangkuk air untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.
  6. Untuk kuahnya, masak air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
  7. Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.
  8. Siap....


Boleh bagi kat jiran tetangga... sebab kami cuma bertiga jer.. lagi pon kuih- muih ni kita makan sesikit jer..........


psttt... ni versi buku.. kalo versiPahang guna gula melaka..
Rasenyer lagik best kalo buat yang versi Pahang muhahahaa

4 ulasan:

Lynn berkata...

bulan2 puasa ni buleh try.. buleh kasik kan jirann tertangga..

eRiNsZ berkata...

coba... jgan tak coba lynn...

josh healy berkata...

hi, hope it's ok to contact you here. we would love to include your blog on our giveaway search engine: giveaway scout (http://www.giveawayscout.com). have a look and if interested, use our online form to add your blog (http://www.giveawayscout.com/addblog/ ). thanks, josh

Iela Fazielah berkata...

simple je ye buat dia.. mcm buat buah melaka la pulak

Tanda Kenangan