CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 Ogos 2010

Puding Raja

Bila mak byung mengidam makanan di kampung halaman..

Cet... terasa cam duk kat oversea pulak...
Dari ari Rabu lepas teringin nak menjamah "PUDING RAJA"
huhu sampaikan ari Khamis.. teraser kat molot ni ha.. menjejes air liur you..
so haruslah diusaha kan seberapa dayakan...
dalam edisi mengoogle maka terjompa lah resepi yang menyamai rupa asal "PUDING RAJA" pekan staile yer... ader memacam pesen rupenyer tapi ni yang paling perfect skali...

Alhamdulillah setelah di cooba hasilnya mabelesss 100% LULUS wahhh angkat periuk sendiri~
yang penting baby dalam pewut (ibu nyer sbenarnyer) sangaaaat puas hati.
hahah agak sememeh di situ yer~ (^_^)


Bahan-Bahannya :-

15 biji pisang emas, masak dan segar
1 tin susu cair
250 ml air
4 sdb tepung kastad, dibancuh dgn sedikit air
5 sdb gula
1 tin buah campuran, buang air sirapnya
100 gm buah prune kering

kacang gajus 1 paket

kismis sikit

minyak utk menggoreng
1/2 sdt garam

Jala emas (kalo tak de pon tak pe lahh~ susah nak cari kan)


Cara- cara :-

1. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pisang sehingga perang. Masukkan ke dalam mangkuk.
2. Tabur buah prune+ gajus + kismis ke atas pisang tadi. Ketepikan.
3. Masukkan susu cair, air, tepung kastad, gula dan garam ke dalam periuk. Kacau di atas api sederhana sehingga pekat dan tidak berketul.
4. Kemudian tuang ke atas pisang tadi. Tabur buah campuran ke atasnya.
5. Untuk melengkapkan versi PUDING RAJA PEKAN~ tabur kuih jala emas di atas. Mujur la Mr Jep jumpa ngan jala mas ni kat pasar ramadhan gua musang ni..

so perfect la.. PUDING RAJA ku...

selamat mencoba..Tak cuba tak tau


Jaga anak-anak kita ~ time shopping wehh

Entry ni saya copy dari facebook seorang teman untuk kita renung bersama

dalam KEMERIAHAN kita SHOPPING UNTUK RAYA ni

jangan sampai ALPA & LUPA

(juga ingatan untuk diri sendiri yang mempunyai seorang anak berusia 3 tahun... dan tersangat la aktif~ tak bole duk diam seminit....)




"SILA AMBIL IKHTIBAR ATAS APA YANG BERLAKU...
Tajuk : Helah Menculik Kanak-Kanak Di Carrefour JBS

Jika anda tiada anak kecil pun, tolong sebarkan maklumat ini kepada sesiapa sahaja... Kita tidak tahu entah siapa yang dapat diselamatkan dengan menghantar e-mel ini. Tolong beri sedikit masa dan hantar kepada kawan yang ada anak-anak dan cucu-cucu... Terima Kasih.

Kita mahu berkongsi apa yang berlaku hari ini semasa berbelanja di Carrefour JB. Seorang ibu sedang membongkok untuk membelek-belek daging, dan apabila berpusing mendapati anak perempuannya berusia 4 tahun telah hilang. Saya berdiri betul-betul bersebelahan dengan si ibu, sementara si ibu tadi terus memanggil-manggil anak perempuannya tapi hampa.

Saya meminta seorang pekerja lelaki Carrefour untuk umumkan kehilangan tersebut melalui sistem pembesar suara. Beliau terus melakukannya apabila diminta berbuat demikian, dan kemudian terus meninggalkan saya untuk membuat panggilan telefon. Panggilan itu untuk memaklumkan supaya semua pintu dan pagar dikunci menggunakan kata kod atau seumpamanya. Jadi mereka telah mengunci semua pintu dengan serta-merta.

Hanya 3 minit diperlukan untuk melakukannya selepas diminta.. Mereka menjumpai kanak-kanak perempuan itu 5 minit kemudian di dalam bilik air dalam keadaan masih khayal. Kepala budak perempuan itu sudah separuh dicukur, dan hanya berpakaian dalam. Ada sebuah beg mengandungi baju, pisau cukur, dan rambut palsu terletak di lantai bersebelahannya untuk menukar wajahnya.

Siapa pun yang melakukannya - iaitu mengambil lalu membawa budak perempuan ini ke dalam bilik air, cukur rambut dan tukar pakaiannya - melakukannya kurang daripada 10 minit. Ini bikin saya menggigil tak sudah-sudah. Tolong perhatikan anak-anak anda apabila berada di tempat luas di mana adalah senang untuk kita terpisah dengan mereka seperti di gedung beli-belah. Hanya beberapa minit diperlukan untuk melakukan semuanya. 5 minit lagi maka anak perempuan itu tentu sudah berjaya dibawa keluar.

Saya masih amat terkejut ada manusia yang sanggup melakukannya, apa lagi dalam masa hanya beberapa minit. Masa anak-anak kecil boleh berlari tanpa hirau telah berlalu. Budak perempuan itu kini selamat. Syukur ke hadrat Allah SWT, dan tahniah kepada pekerja Carrefour yang bertindak pantas."



Jom share macammana cara nyer supaya anak kita tak berlari ke mana-mana time shopping raya? RISAU JUGAK NIE

http://farm4.static.flickr.com/3664/3324770911_5250b4511a.jpg



21 Ogos 2010

Puteri Mandi (^_^)

Tengok rancangan "Dapur Istana" teringin lak nak buat... hehehe

setelah sekian lama akhirnyer berasap juga dapur ku itu hehehe.. tahniah untuk erin.
Di bantu oleh chef cute "miss eisya" berjaya memprojek kan "puteri mandi" kuang kuang

Bahan-bahan

  • 2 1/2 cawan tepung pulut
  • air secukupnya
  • pewarna makanan(hijau, merah)
  • 1/2 biji kelapa parut putih
  • 1/2 cawan gula - kalau suka manis boleh tambah
  • garam secukupnya
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Tepung pulut + air sedikit-sedikit sambil dikacau. Jadik macam doh.. tak melekat di tangan yer...
  2. Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan warnakan. Erin buat merah, hijau dan kaler asal...
  3. Sementara itu, didihkan setengah periuk air.
  4. Ambil sedikit adunan tadi, gentel bulat-bulat dan tekan sedikit tengahnya. Masukkan ke dalam air mendidih tadi.
  5. Puteri-puteri akan timbul bila dah masak. Boleh diangkat dan masukkan ke dalam semangkuk air untuk mengelakkan 'puteri-puteri' tadi melekat.
  6. Untuk kuahnya, masak air, gula,garam dan daun pandan. Kacau hingga gula larut.
  7. Kemudian masukkan kelapa parut putih tadi. Kacau hingga pekat.
  8. Siap....


Boleh bagi kat jiran tetangga... sebab kami cuma bertiga jer.. lagi pon kuih- muih ni kita makan sesikit jer..........


psttt... ni versi buku.. kalo versiPahang guna gula melaka..
Rasenyer lagik best kalo buat yang versi Pahang muhahahaa

09 Ogos 2010

Little colour Shop Lucky Draw

Jom join Little Colour Shop Lucky Draw
hadiah lucky draw sangaaat menarikkk


Dan kad ramadhan yang dah siap design

Wahhhh sungguh teruja... cumill nyerr..

Syarat2nya
sayer pilih kambeng gebuss ini:



  • Mengentry dan mengetag 3 org geng kambengcheng ~kamcheng okehh
  • dan slogan: "saya suka kambeng sebab..."
SAYA SUKA KAMBENG SEBAB ITEW KAMBENG BIRI-BIRI SANGAT GEBUSS, SAYA MAU CABOT BULU NYER BUAT BAJU RAYA~kelasss

08 Ogos 2010

Pin pin "hadiah kecik" on d way


Salam semua,
Alhamdulillah, erin kembali sihat dan kembali mengupdate blog..
dan
insyallah esok bakal mengepos "hadiah kecik"
untuk para peneka yang berjaya dalam
"SUKA_SUKA GIVEAWAY"


1st Prize
~asalnyer cuma mau bagi keychain dari "tempat holiday yang berjaya diteka itew tapi nampaknyer ada rezeki kecik lagi untuk korang hehehe~
Utuk Ila:
lemon tea tu bleh buat sahur or + ais minum taim berbuka,
fm ti plak sbagai inspirasi utk buat kuey raye ngeh ngeh



~SAGUdiHATI~
juga "hadiah kecik" yang tidak dirancang
semoga rezeki ini boleh di kongsi sefamily ngeh-ngeh ngeh...

Lemon Tea utuk bersahur or + ais bleh minum masa berbuka,
bookmark tu plak bleh guna as penanda time mengaji Al-Quran yer



Nantikan PosMen di depan pintu korang yer


pstttt entry baru on d way jugak yer...
banyak mau crita pada korang

07 Ogos 2010

anniversary-contest-by-maslinamansor

Happy Anniversary


~Mrs & Mr Jep~
  • Ceritakan pasal pasangan korang
My Lovely hubby... hahha Mohd Jafni..aka Mr Jep..
sorang yang sesangai sempoiii, pendiam (yer ker? kengkadang la)
love sport (slalu ler brebut astro ngan i huhuhu)
husben and my very best friend~ ever after~

crita chenta bermula kat MPTKL..
bermula dengan edisi gaduh-gaduh
aku benci ko...tak hingin tgok muka ko...
...encik kayu, kambing biri-biri....
tapi kini dialah teman skatil muhaha



  • Hadiah yang pernah diberi kepada pasangan.
wahhh kami nyer aniversary 4x stahun muhahaha.
Ni dikususkan Sempena aniversary Perkhahwinan



hehehe klo smpena aniversary weoll mgamalkan dasar
"SAMA_SERUPA" so haruslah 50%-50%

1st aniv~
Bercuti di Pulau Perhentian (perblanjaannya 50%-50% hehe)

2nd anv~
i bagi baby eisya muhahaahh

3rd aniv~
Sepasang jam tangan (design yang sama- i bg u, u bagi i lahh)

4th aniv~
baju batik sama design (pon i bg u- u bg i)

5th aniv~ 28 mei 2010 lepas...
ekonomi mrudum so weoll btukar-tukar hadiah yang value nyer RM5
(kenapa? ceritanya di sini )
so i belikan si dia boxer kotak-kotak cap ayam...harga RM4.90 + seposen gula-gula..


  • Ayat paling " Jiwang Karat " korang pernah luahkan pada pasangan.
Sayer ker? hik hik hik.. kami ni kartun-kartun sket.......
klo bab jiwang ni memng fail lahhh F9
"i'm not a superwoman.... but thanks for being my superman
and i will love u ever after biarpon u tak pkai spender kat luar" muhahahhaa

  • cadangkan 3 hadiah apa yang sesuai untuk hubby...( Jangan murah mahal sangat )
1. Hadiah yang sedondon-dondon...
2. T-shirt yang tulis MASLINA's hubby
3.Romantic dinner at home





Baby biru contest



Mari-mari join BABY BIRU CONTEST
klik kat (sini)

dan ku pertaruhkan
eisya in blue with babah's blue car

NUR NATASYA JAZLINA
3 tahun ++





Tanda Kenangan