Kategori: Bersalin Secara Normal
Tarikh Lahir Anak: 5 Febuari 2011
Sekadar cerita Jurnal Penyusuan yang tak seberapa dari yang tidak pernah bermimpi hingga kepada jatuh hati pada Dunia Susu Ibu seorang ibu a.k.a cikgu pink yang sntiasa belajar...hihi
Wawww satu berita yang amat menggembirakan bila dapat tahu preggie untuk kali ke 2
exited dan sangat teruja...
macam first baby gak erin ngan mr jep memang exited beli kelengkapan baby
(tipu...sbnarnya.. berpada-pada maklum ler account smakin panjang~upsss hutang yang smakin berjela haha)
beli baju baby.. mitten, booties, baju.. baju..baju..
botol susu
and pergi SERVEY SUSU FORMULA
yang terbaik
dan siap decide nak bagi susu A*****
(sungguh TAK ADA KESEDARAN LANGSUNG UNTUK BAGI SUSU IBU)
sedih bukan?
Perjalanan bermula dari Gua Musang ke Muadzam Shah
memang tekad dan matlamat nak bersalin kat Muadzam
so cuti raya Cina terus balik Pahang
shopping sakan di Kuantan dan terus ke Bukit Ibam
sempat berKontraksi secara palsu sehari
(sunggguh nevers sampai terpaksa panggil nurse yang oncall ke rumah seawal 4.00am)
hihi Naufal nak berkenalan dengan nurse Bukit Ibam yer
keesokkanya selepas memboncitkan perut dengan ABC disiang hari..
malam nyer mulalah episod berulang ke toilet..
menonton Raja Lawak dalam keadaan yang tidak tenang
di bawa menaiki Mr Blue ke Hospital Muadzam Shah
tak sempat habis Mr Jep isi borang~
lahirlah
Muhammad Naufal Jazli
2.05pagi ~ 5/2/2011
terpinga-pinga Mr Jep bila cik Nurse mintak baju baby
ape tak nye smpai kat hospital Erin terus ke labour room
jalan sudah on.. tunggu masa jer..
nurse tanya sesikit tup-tup rasa sudah mai hihi..
kalau eisya dulu 3 kali teran kali ni plak 5 kali teran..
fuhhhhh lega
teruja sebab tengok
Its a boy
hihih yeehaaaaaaaaa
and bila baby dah dibersihkan dan time for baby first meal
Allah Maha Besar
Pandainya anak ibu (^_*) syukur...
Bermulalah Jurnal Penyusuan
Seawal hari pertama, CABARAN pon bermula
cabaran 1. Sakit di ari-ari
Rasa merengat setiap kali menyusukan baby..
Kekadang sampai terjerit kesakitan~ Mama dan Mr Jep suruh banyakkan bersabar. Lama kelamaan rasa tu hilang dengan sendirinya..
cabaran 2 : cik n melecet
Perjalanan yang bukannya mudah..
saat yang paling mendugakan ialah hari ke 3 selepas Naufal lahir..
korang...korang...korang yang pernah beranak dan menyusukan anak sure taukan sakit hari ke 3 camne... melecet bagai...huhuhuhu... menitik air mata..
masa tu la asyik duk suruk Mr Jep beli FM kat kedai..
dan ayat nya "sabar la.... sabar... sikit jer.. sabar ea" "sabar ea... adik kecik sangat lagi"
kebetulan pulak botol susu yang kami belikan untuk Naufal BPA so.. memang tak la kan..
nak beli botol susu yang BPA Free kat kedai blakang umah ni memang tak ader la...
cabaran 3:
Cabaran yang sebenar ialah diri sendiri
seperti yang erin katakan tadi
Sejujurnya erin
tak pernah langsung bercita-cita untuk menyusukan baby Naufal secara ekslusif.
(maksudnya 100% susu ibu)
sungguh naif dan menyedihkan bukan..huhu
terasa mau lempang diri sendiri 88 kali huh
Kenapa Erin beria-ia nak campur susu formula (fm) untuk Naufal?
1. Saya kan kerja... jadi saya malas berulang-alik ke rumah pengasuh
2. Susah nak tinggalkan anak nanti kalau kena pergi kursus
3. Memang tak suka ar selak-selak baju bagi nenen kat baby
4. Saya memang jenis yang tak banyak susu
naif dan daif bukan?
Mujurlah erin ambil cuti 3 bulan jadi nak atau tak encik suami kata bagilah Naufal susu ibu sampai habis cuti.
emmm saya angguk setuju
Alhamdulillah dalam tempoh 3 bulan tu.. tuhan bukak kan pintu hati erin
bermula denga soalan
kemudian jem perkenalkan erin kepada geng KIM di facebook wawww.....
rupanya ke empat-empat masalah yang erin bagitau tadi ada jalan penyelesaiannya
malahan mungkin beribu masalah dalam Dunia Susu Ibu pon ada cara penyelesaiannya tau.
Rupanya susu boleh di pam dan dibekukan, dan tahan berbulan-bulan.
so apalagi pam dan bekukan.
bOleh antar kat umah pengasuh kalau kena pergi kursus pon ok... dah bole buat stok siap-siap.
Tak mau selak-selak?
Boleh prepare EBM siap-siap dari rumah.
Tak pon pakai ponco or nursing cover ~stylo beb~
waw nursing blouse pon banyak rupenyer
dan dari situ ku tanamkan azam
cheewahhh
~menyusukan Naufal 3 bulan
~ then lepas 3 bulan, di upkan lagi~ menyusukan Naufal selagi ada stok EBM dalam peti.
betul kata orang, tak kenal maka tak cinta
cabaran 4 bermula
stok dalam peti pernah ~zero
pernah terlalu stress (banyak kerja + pam rosak) dan tak mampu bekalkan susu yang cukup untuk Naufal di nursery
Sangat bertuah sebab bebudak (bebudak? hihi pemilik) Little Caliph Daycare sangat-sangat memberi semangat tau
. kalau ikutkan erin memang dah top-up kan fm untuk Naufal
malas nak susahkan bebudak nursery kalau Naufal nangis tak cukup susu
tapi dorang yang suruh besabar dan Erin boleh datang menyusu bila-bila masa~
sweetkan?
bertuah juga ada kawan depan meja(Kak Gee) bagi pinjam pam dia sementara tunggu Erin beli pam baru. Mujur juga kawan lama (Aina) pos kan pam pureen bateri dia sebagai ganti pam erin yang rosak~ alhamdulillah~
rupanya erin masih belum rela bagi Naufal fm selepas erin tau yang khasiat susu ibu jauuuuhhh lebih baik dari fm yang paaaaling mahal
maka bermulalah episod mencari cara untuk memperbanyakkan air susu
emmm teknologi di hujung jari di manafaatkan sepenuhnya
daripada cara tradisional hinggalah digital upppss moden
hihihi
minum horlick, makan cheese, makan halba, minum barli,
minum air pucuk betik (tipu... yang ni tak sanggup pahit wooo)
sampai ler makan supliment dari farmasi hingga bertemu dan jatuh cinta dengan shaklee Set B (with Alfalfa : Breastfeeding Set)
kemudian bertukar pam
dari manual (kengkawan kater pam minyak gas hihi)
hingga ke bateri~ mampu milik
mr jep kata: mesin rumput
akak kat skolah kata: blanderrr toongggg
hingga ler ke PISA yang membuatkan akaun ASB = 0
dan kebarangkalian untuk tiada baju raya melambung tinggi huhu
Cabaran 5: Tak ada tempat untuk pam di sekolah
memang la tak ada bilik khas saya bukan guru besar yang ada bilik sendiri
hanya ada meja sendiri dalam bilik guru yang dikongsi ramai-ramai...
hiihi
tapi saya adakan nursing room
dari sebuah stor pinggan mangkuk merangkap bilik sembahyang
erin kemaskan, bawak kipas sendiri dan buat sign yang comel kat pintu.
(tak caya? gambar belum boleh di upload memandangkan camera masih lagi rosak)
isyallah it will sikit masa lagi
korang boleh tengok bakal entry yang tajuknya
SK Sri Wangi sekolah mesra susu ibu
hehehe
Cabaran 6: Kata-kata orang sekeliling
emmm yang ni bukan cabaran besar apabila hati dan tekad sudah bulat ngeh-ngeh ngeh
Kalau orang tanya kenapa tak bagi susu formula?
Saya jawab je sebab nak jimat
orang lagi suka jawapan tu, berbanding kalau saya cakap bab khasiat hihi
mungkin lebih ramai yang kesian kalau saya kata saya semekin kot hihihi
sebab dorang terus diam.
Kalau orang suruh bagi makan, bagi itu, bagi ini
saya diam jer and senyum...dalam hati nyanyi
"senyummmm tak perlu kata apa-apa"
selagi dia tak suapkan apa-apa pada my brilliant Naufal its ok
6 cabaran selama 6 bulan menyusui Naufal ekslusif
Kesimpulannya:
Kalau hati sudah berbunga chenta...
cakap apa pun tak guna kan?
Kalau hati sudah tekad dan bulat
nak bagi susu ibu
Insyallah semuanya kita harungi..
Alhamdulillah syukur
siapa sangka minggu depan
5 Julai Naufal bakal bergelar
si hensem 6 bulan
sedikit cerita
(waw berpeluh nak buat karangan ni taw)
buat bacaan kawan-kawan dan ingatan untuk diri.
Tapi jangan pula riak dan takbur
Allah Maha berkuasa
dan saya hanya mau yang TERBAIK buat Naufal
biarpun sudah tertewas tanpa sedar semasa membesarkan Natasya