Rindu nak mengupdate blog di kala berpantang ni...
huhuhu tp erin tak boleh ngadap netbook ni lelama bisa pening kepala gue.
huhuhu..
Lagi pun berpantang sndiri ni letih sikit banyak yang nk diuruskan..
masa berpantangkan Naufal dulu.. siap boring lagi ngadap TV. Maklum ler berpantang kat umah mama.
Tapi kali ni berpantangkan Nilis kat rumah sendiri..
so ibu become busy yer laling..
emmm kali ni Erin nak cerita pasal
JAUNDICE a.k.a kuning @ demam kuning
Nilis pun kana tau masa hari ke 5.
Mumula nurse kata just sign jaundice jer..
insyallah tak ada apa-apa..
(aku pon lega la.. sbab eisya pun macam tu dulu.. 2 hari trus ilang)
tapi ada gak la yang duk pi tanya kat nurse yang datang check kat umah tu.. berkali-kali
"tak kuning ker?"kuning ni kan? kuning ker? kuning kan"
Last nya nurse suh pi klinik check darah baby..
Positif kan diri
"Ramai yang sayang Baby Nilis~ sbab tu ramai yang prihatin"
Nak nangis pon ada..nk marah pon ada..
Awat la ramai bnor yang gatai mulut..
(baru aku paham kenapa arwah tok aku dulu memang tak berapa gemar kalo org datang tgok baby dlm minggu pertama tau)
Huhuhuhu hasilnya Baby Nilis kena bawak pi check darah kat klinik.
Bila dah start check darah dia akan repeat bnyak kali tau..
Sedih tgok baby kna ketip kat kaki.
Aku yang kena ketip kat tangan time ngandung dlu pon rasa sakit.
(psttt... aku nk ketip kat mulut orang-orang yang gatai mulut~sngguh aku marah)
First check 135 tinggi tak tinggi, rendah tak rendah.
Maka bermulalah satu lagi masalah....
Memacam la yang nak di suapkan kat mulut baby.
Alahaiiiiiiiiii...
susah kan nak fahamkan mereka...mereka... dan mereka... yang terlajak faham
tak diikut salah.. nak ikut lagi salah.
(kalau jadi apa-apa laju jer i yang dpersalahkan...
''tu la ibu dia degil sangat''
''tak nak dengar cakap''
Contoh advice dari memacam orang:
1. Mandi daun inai
2. bagi makan lendir kacang buncis
3. Bagi baby minum air masak
4. bagi minum air zam-zam
sebelum i komen tentang petua-petua ni...
moh kita belajar dulu
APA ITU JAUNDICE / KUNING ni..
lepas tu baru lah tahu cara menangani nya..
psttttt for new mummy ~ jangan main ikut jerr semua yang orang kata
kekadang orang tua ni main ikut logik dorang jer
"ada yang bertul ada yang totally tak betul"
macam yang Erin cakap tadi
kebanyakannya ikut LOGIK
(bukan tak betul 100% tapi tu la.. ikut logik)
Demam Kuning atau juga dikenali sebagai Jaundice merupakan penyakit yang biasa menyerang minggu pertama bayi yang baru dilahirkan. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan.
Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundice tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejap sahaja dan ia tidak merbahaya. Jaundicenya akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja.
Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian yang lebih.
Jaundice boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Kebanyakan kes jaundice tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf & otak bayi. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy.
Jika bayi anda mendapat jaundice dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.
Salah satu PENAWAR TERBAIK untuk mengurangkan jaundice ialah SUSU IBU. Jadi buat ibu-ibu yang mempunyai bayi yang terkena jaundice, susukanlah bayi anda sekerap mungkin dengan susu ibu. Kerana apabila bayi jaundice kerap minum susuibu, maka bayi akan lebih kerap kencing atau buang air besar. Dengan cara ini bilirubin berlebihan dalam badan bayi dapat disingkirkan melalui air kencing dan najis bayi keluar dari badan. :)
#Nota : Bayi yang mengalami jaundice lebih kerap tidur. Jadi ibu-ibu perlulah mengejutkan bayi anda apabila sampai masa utk menyusu. Jangan biarkan bayi anda tidur lama kerana ini boleh menyebabkan jaundicenya lambat baik.
Punca-punca Jaundice Jaundice berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing. Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundice terjadi. Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundice.
Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor (warded). Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut: Bayi lahir pra matang Darah ibu dan bayi yang berlainan. Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundice Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan) Etnik Asia Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran