CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 Ogos 2012

Surat Untuk Guru Besar

Datin Sri Erin


(Alamat dirahsiakan atas dasar keselamatan).
__________________________________________________
Kepada:
Guru Besarku Yang Baik Hati.
(Alamat Sekolah dirahsiakan)
cett cam ler korang tak tau aku duk skolah mana kan hahah)                                       
2 OGOS 2012

Perkara:
KENAPA PERMOHONAN CUTI SAYA MESTI PERLU DILULUSKAN

Perkara di atas adalah di rujuk.

2.       Saya perlu bercuti pada 5 Ogos 2012 (Ahad) kerana, saya perlu melawat seorang ibu tunggal yang telah kematian suami pada 2 Ramadhan 5 tahun yang lepas. Sangat kesian ibu tunggal tersebut kerana masih belum berpeluang berbuka puasa bersama anaknya yang comel ini, besera menantu dan 2 cucu yang super comel. (aku n family la tu). Saya malas nak tulis cerita sedih panjang-panjang sebab saya takut kalau pihak tuan membaca cerita saya, tuan akan bagi extra cuti plak.. (weeehaaa... klo betul lagi suker hihih).

3.     Kalau pihak tuan berkata "cuti 2 hari pon boleh balik kampung kan" pihak saya pula akan bercerita panjang lebar tentang pertukaran unit antara kilometer, meter, centimeter, seterusnya milimiter....(wawawawah juta-juta mm gitu perjalanan ku). sesungguhnya perjalanan saya untuk pulang ke kampung dari GUA Musang ke BUKIT Ibam. amat lah mencabar. Sudahlah keluar dari GUA melalui 7 bukit, menuruni entah berapa anak sungai... tu blom kira lembah dan kuala lagi tu.~Kuala Lipis. Masuk plak ke Ladang kelapa sawit berbelas-belas ladang terpaksa saya lalui... Sungguh mencabar perjalanan saya.

4.     Justeru itu saya berharap agar  permohonan cuti sehari saya itu di LULUS kan.. (kesian, saya anak yatim) Jika tuan berbuat baik dengan anak yatim di bulan mulia ini, nescaya tuan akan beroleh pahala.


Sekian,
Terima Kasih.

Yang Benar,
Datin Sri Erin.


#p/s: Kalau tuan LULUSKAN cuti ini saya akan hantar Nealofa  upss PAVLOVA yang sedap tu ke rumah tuan. lallalalalalal SILA LULUSKAN.
(ini bukan format UPSR sila jangan tiru aaa)
YUmmehhhhhh

2 ulasan:

Cik Aqilah Wardah berkata...

salam Ramadhan.. kak... 6 Ogos tak cuti ke?? kan nuzul Qur'an.. :)

AZiE @ UMMI berkata...

ko wat PaVlova sendirike??!!

Tanda Kenangan