CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 November 2012

Lempeng cinta hati


Serius wei.. korang ingat KARIPAP CINTA jer yang ade ni ha hakak nak bagi korang LEMPENG CINTA
lempeng cinta

see.... di dapur oren Erin segalanya mungkin wahhhhhh....

Sebenarnya ni lempeng tradisional versi super klasik.
Ingat lagi first time masak lempeng.. dengan susu segar bagai...siap ader sambal bagai.. sekali Mr Jep jebik jer,... bukan cam nie la kater nyer.

Baru ku tahu laki aku versi Klasik FM okey... Irama Malaysia gitu.
Yang nak nyer ala kampung gitu.

Sekarang ku sudah tahu...
Senang jer...
Aik korang nak resepi gak? Erin tau la ade yang tak tau macam mana nak buat lempeng versi kampung ni. (sebab aku pon google tau hahahahahahahhahah)

Resepi Lempeng Tradisi (a.k.a ala kampung)
Tepung
 sedikit Garam
sedikit Gula
Air secukupnya

Bancuh cam buat cekodok tu tapi biar cair-cair jer...
then melempeng la mengikut bentuk love di  non-stick pan..

Hidangkan bersama gula...

Siap..hahahah sedap wei makan panas-panas...







20 November 2012

Hadiah pilihan di Hari Guru

Sungguh tak sesuai entry ni di musim raya ni kan?
Hahahahhahah tak pe la,
Sebenarnya dah berzaman duk dalam draf hahahahha
heharap tahun depan kalau ader mak ayah yang google Hadiah yang sesuai Hari Guru,
kot-kot la sesat kat blog pink cikgu Erin ni ha.

(okey, agak bongkok ...huhuhuhuh kes nenek si bongkok 3)

Moh kita tayang hadiah hari guru 2012 dulu...
macam-macam ado kan.....
mug la.. cenderahati bagai... 
sayang gak korang kat cikgu kan..

Tapi yang memikat jiwa tahun 2012 ni ialah:
~Coklat (walaupon bukan Vochelle, tapi Cikgu Erin suka, sebab i peminat tegar coklat)
~Ros merah, huhuhu suker ros walau pun bukan pink
~Buku "Siti Hajar"

19 November 2012

Hajra Polka Dot


Hajra Polka Dot
Tudung termahal pernah pakai hahahaha tak sampai 3angka pon harga.
Hihihihi meh i nak promot sket
(ala ada sehelai jer pon)
tapi serius wei tudung mahal ngan tudung pasar malam ni ada kesamaan dan perbezaannya.

Akak cikgu hokey so ayat n data mesti TEPAT.

PERSAMAAN
Design~ Berlambak kat mana-mana kan? Warna tak yah cerita lah

PERBEZAAN
Kualiti kain sesangat la berbeza. Yang mahal ni memang masyuk... lembut and yang best nya tak panas. yang aku selalu beli tu memang la cun tapi menahan kepanasan aku ajer la yang tau...

Bior ler asal nampak cun katanya heheheehhehe

Jangka hayat 
Tidak dapat dipastikan bergantung kepada cara penjagaan korang.
Awning aku cam dah hancuss jer..
sebab termasuk dalam mesin basuh
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Upsssss erin masih belum bertukar profesion menjadi makcik penjual tudung yer.
kalau berminat ngan tudung Hajra ni sila cari reseller yang berdekatan.
Tak pon terjah je Jakel dalam tu mesti ada Hajra ni..

Cakap lebih tak guna.
I tak beli pun ada orang baik hati bagi hadiah
Cayang U lebih la darling
Sempena Hari guru katanya

18 November 2012

Geng ratu kebaya?

ehemsz...
sila vote ibu atau anak yang bergaya? hahaha
tiada talian hayat diperlukan.
Juga tiada hadiah diwarkan
sekadar entry pemanas setelah Pink HeArt hampir beku tanpa entry hahahaha..

Okey la ni.. gambar masa raya puasa lepas gila babas peram lama giler kan?

Kali ni Erin nak cerita kat mana korang boleh dapatkan kebaya ni.

Sebenarnya ni bukan edisi sedondon.
Kebaya dewasa + Kain pario ala songket 
tu Erin beli dekat butik Peace (ala yang banyak xxxxxxxxxx tu)~ singnboard kaler hijau kot.
akak-akak semua musti au tau harga kan? 
Beli masa ofer 1 set tu RM100 (berbaloi-baloi..) jimat la siket.

Kebaya kanak-kanak (eisya)
kebaya jer tau Erin beli kat Kebaya Zarina Ayu
harga RM69

kainnya Erin beli pariogold sama ngan ibunya RM29.90 then i jahit la sendiri..
huhuhhuii..

anak ngan emak bajunya sama jer harga adoiii
bikin lawan tokey ini.

Tapi cukup puas hati...
tak ler ibu jer yang bergaya sakan tup tup anak sememeh jer kan..
uppppppsssssssssssssss

jom berkebaya.
Mr Jep geleng kepala ~ya ampunnnnnnnnnn~
tahun depan dua-dua pakai jubah katernya..... hukhukhuk..
aku angguk tanda setuju sambil merenung tanah.
(tapi dalam hati berkata... Jubah pun harussssssssssssssssss Glamer hahaha)



17 November 2012

Bila MahaSiTua di dewan kuliah

Korang bayangkan terperuk di dewan kuliah dari pukul 8.00 pagi sampai 7.00 malam.
Apa akan jadi?
ha hambek ko..
tu la bila warga emas belajar.

Memang la ada break gila kalo tak rest, makan, solat, membuang bagai.
Mau tersumpah menjadi batu di situ.

Tipu ar kalau korang boleh concentrate 100% tanpa sikit pun terkucil.
I berani tabik spring la...

Sesekali bila tahap bosan melanda:

ni la kerja i dengan my laling Mr Jep.
Kami masih lagi berduet yer sehingga lah ke dewan kuliah.
Mestilah duduk sebelah-sebelah.
Nak malu apa halal okey.
Tapi idok ler ada aksi beriba-riba bagai...adehh


Ha ni senario bila rest time.
berlumba-lumba keluar.
Tapi Erin nak korang tengok botol air atas meja tu.
banyak kan.... bekalan oksigen tu tau,...

okey i sedang di dalam dewan kuliah sekarang ni...
semoga erin mampu untuk concentrate menerima ilmu yeahhhhhhhh

16 November 2012

Iklan Sunsweet

Iklan Sunsweet by My Sweetheart.
Heheheheh  blogger lain yang bertuah... blogger lain plak upload gambar iklan sunsweet hahahha
kes perasan tahap cipan ni...

Hehehe congrats untuk kak Ayu (http://ibuayahdamia.blogspot.com/)

pink heart? hagagagag tuah masih on d way lalala...
okey dari tersimpan dan terperap di dalam lappy ku upload kan

 gambar KEMENANGAN EISYA
hahaha
yang totally compem tak MENANG hahaga
(result dah keluar okey)
 

kamo menang di hati ibu SAYANG~
psttt: buat iklan dalam album sendiri jer la....
jadik model ibu dan babah

15 November 2012

Kek Karemel Pelangi ~ Resepi Dapur Oren

Halu darling...
sudah lama dapur korang tak berbau wangi?
 moh main masak-masak di musim cuti bersama anak-anak korang ea...
(gambar 100% from oven dapur oren ku)
Resepi yang ku tepek di sini compem jadik so... gunakan tanpa was-was...
Happy Holiday Darling

Resepi Kek Karamel Pelangi (sukatan cawan) resepi dari purple-mommy

Bahan-bahan
Loyang saiz 22 cm
(A) - Bahagian Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan..biar gula hancur & warna tukar jd perang, jangan sampai hitam nanti pahit. Ratakan ke seluruh loyang.

(B) - Bahagian Atas (Karamel)
1/2 tin susu cair, akan jadi nipis macam dalam gambar. Boleh letak 1 tin untuk lebih tebal.
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
 * Optional 1 sudu besar tepung kastard

(C) - Lapisan Kek 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
45ml minyak masak

(D) - Cara Buat Merinque
6 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)


Cara membuat:
  1. Untuk bahagian karamel, kacau semua bahan sampai sebati. jangan bagi berbuih, nanti tak cantik karamel.
  2. Tapis dan tuang dalam loyang berisi gula hangus. Tak payah bakar, biar je.
  3. Untuk lapisan kek, pukul telur, gula, air dan minyak sampai gula hancur.
  4.  Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam adunan. pukul/ kacau sampai sebati. Ketepikan.
  5. Untuk meringue, pukul telur putih sampai jadi foam, ringan dan bila terbalik tak jatuh. masukkan krim tartar, pukul sebentar.
  6. masukkan gula, pukul sampai hancur.
  7. Masukkan meringue ke dalam adunan kek tadi. bahagikan pada beberapa warna.
  8. Sendukkan tiap warna 1 senduk berulang-ulang sampai abis.
  9. Panaskan oven 160 darjah, bakar secara double-boiled/ water bath selamat 50-60 mintit.
  10. Dah masakkan, sejukkan dalam oven selama 10 minit. Biarkan tepi loyang sedikit jarak.
  11. Terbalikkan, dan lap air lebihan dari karamel supaya tak diserap kek.
  12. Sejukkan lagi sedap.
More info:
  • Untuk meringue, jangan campur bahan2 tersebut sekaligus, kalo tak pukul 14jam pon takkan kembang2 
  • Water bath ialah cara membakar dalam oven dengan mengisikan sedikit air dalam bekas letak loyang, ataupon masukkan air dalam loyang lebih besar, then letak loyang kek.
  • jangan risau bila nak masukkan adunan kek dalam karamel, sebab adunan tepung akan terapung dengan sendiri tau. decorate je ikut kreativiti masing2, tak tepek2 je ke, pelangi ke, memanjang ke... ape2 pon boleh.

Ini hasil si ibu bersama eisya...weehaaaaaa

Tanda Kenangan