CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 Oktober 2010

Teka Teki Dik Rizki

Jom main teka teki pulak kat blog:
.http://salldann.blogspot.com/.
~~~Teka Teki Dik Rizki~~~

Saya teka : 21 butir BELON hahahaha



Produk Lepas Bersalin

Setelah mengLIST bebarang yang perlu di shopping untuk 2nd NJ baby
sekarang ni turn ibu nyer lak men survey perawatan diri selepas bersalin.

pentingkan ubat-ubatan lepas bersalin ni...

Erin ni memang sangat-sangat la memilih bab ubat-ubatan ni
sebab:
SAYA TIDAK SUKA UBAT
ngeh ngeh ngeh

antara kriteria yang diberi perhatian ialah:
  1. Tidak pahit (kalo tak pahit bukan ubat namernyer)
  2. Tidak berbau pahit (pahit bau ker)
  3. Tak banyak
  4. tapi perlulah berkesan hehhehe
Setelah disurvey dan di shortlistkan maka 2 produk yang terbaik ialah:
~SENDAYU TINGGI
~LEESA FORMULA


JOM KITA GOoogle:

SENDAYU TINGGI ~'AMME COMPLETE
RM386.00(WM) / RM413.00(EM)

KEKAL JELITA, RAMPING MENAWAN SELEPAS BERSALIN
'Set Bersalin Sendayu Tinggi


1. AMMY 60 days pack (1-10)MYR34.50
2. AMMY 60 days pack (11-20)MYR34.50
3. AMMY 60 days pack (21-30)MYR34.50
4. AMMY 60 days pack (31-40)MYR34.50
5. AMMY 60 days pack (41-50)MYR34.50
6. AMMY 60 days pack (51-60)MYR34.50
7. AMMY MASSAGEMYR34.50
8. AMMY HEATMYR34.50
9. OIL OF TELONMYR17.00
10. TUMMY TONEMYR46.50
11. BODY TONEMYR46.50

Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas
Ringkasnya:'

Pakej lengkap dengan 11 produk luar dan dalam dengan formula yang lebih menyakinkan dan disediakan dalam bentuk mudah dibawa dan eksklusif untuk rawatan sepanjang tempoh 60 hari berpantang. •

LANGKAH PENGAMBILAN AMME COMPLETE
  1. Pengambilan produk 2 biji kapsul 3 kali sehari dalam 15 – 30 minit selepas makan mengikut botol yang telah ditetapkan. Sekiranya bayi yang menyusu badan mengalami cirit-birit dan ruam sila kurangkan dos kepada 2 biji kapsul untuk 2 kali sehari. Teruskan pengambilan dari botol 1 selepas hari yang ke 60 sekiranya masih berbaki.
  2. Amme Massage dan Amme Heat haruslah dicampurkan untuk tujuan mengurut dan tidak perlu dibilas dengan air.
  3. Campurkan Body Tone dengan air kemudian sapukan ke seluruh badan sehingga kering. Sental pada badan seperti skrub untuk menanggalkan daki dan bau badan. Kemudian mandi dengan air suam dan lap badan hingga kering.
  4. Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air atau perahan limau nipis dan sapukan pada perut. Biarkan kering sebelum memakai bengkung. Bagi pengguna yang melalui pembedahan, jarakkan sapuan sebanyak 2 inci dari jahitan. Sekiranya timbul ruam atau gatal, sapu secara tipis dan bancuh
  5. Langkah terakhir, Amme Heat disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stoking.
  6. Gunakan Menthazil untuk tujuan bertangas. Letakkan 1 paket Menthazil pada periuk bersama air yang mendidih dan duduk diatasnya selepas hari yang ke-20. Gunakan paket yang sama semas bertangas untuk hari yang berikutnya sehingga bau herba di dalam paket tersebut hilang. Amalkan bersauna pada hari ke-20. Ia baik untuk melangsingakan badan, mengeluarkan peluh masam dan toksin dalam badan. Ia juga berupaya mengeluarkan darah kotor dalam rahim.
* Dapatkan nasihat doktor bagi pengguna yang mempunyai alahan kulit.


Ni pulak set LEESA FORMULA



Set Bersalin Leesa Formula (ConfineMum Set Premium)

Set Bersalin Leesa Formula (ConfineMum Set Premium)

RM350.00

KEISTIMEWAAN SET CONFINEMUM

Formula yang inovatif.
Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.

Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.

Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut.

Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.

Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.

Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).
Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set ConfineMum Premium juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing menawan.

Ringkas dan mudah.
Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.

Praktikal dan tidak membazir.
Setiap produk yang ada dalam Set ConfineMum Premium semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.

'


KESIMPULANNYA:
SAYA YAKIN SAYA PILIH SET LEESA FORMULA
sebab:
ubatnya tak banyak, tak rumit ngeh ngeh ngeh

23 Oktober 2010

PAPA & BABY CONTEST

Jom join

anjuran: . Cute Mum.

Kali ni kite bagi babah & eisya pulak interframe kat blog pink ibu ni:
sweet kan?

My sweety little snow white tengah dok bergurau ngan babah nyer..



Nama Babah: Mr Jep ~ MOHD JAFNI
Nama Baby: Eisya~ NUR NATASYA JAZLINA
Umur Baby: 3 tahun 5 bulan




Gambar peganjur kat bawah ni pon sweet gak

mau join? klik banner ni yer



CONTEST MUNCUNG PALING MENAWAN SI KECIL


AMACAM?
Menawan tak mooncong si eisya ni?

NUR NATASYA JAZLINA ~ 3 TAHUN

mau join contest:

anjuran:

ibu ‘Arisyanaziq’ ~ Diary Perjalanan Hidupku ~




15 Oktober 2010

Yang menarik Belanjawan 2011

Tengok Belanjawan 2011 tak?
Sesambil lipat kain sempat gak menjenguk Dato Najib yang berbaju melayu pink itu kat TV.

Ape yang menarik perhatian erin ialah:

~ CUTI BERSALIN BERGAJI PENUH 90 HARI
alhamdulillah... suker.. suka.. suka...
rezeki anak ke 2 niehhh heehehe dapat la duk ngan baby lama sket kan..
sempatlah anak membesar n yakin sket nak dihantar ke pengasuh.

~ dapat bantuan khas RM500 on Disember
waloupon kami target 1 bulan gaji ~bonus ... tapi ok lah dari takde..
bleh arr buat buat tambah beli tilam bantal baby nanti.. huk huk huk


tapi satu lagi yang tak braper clear ialah pemansuhan PTK
(Penilaian Tahap Kecekapan) yang bleh lompat tangga gaji p1 ke p1 p3 tuuuu..
kalo balik smula pada sistem lama yang 100% di tangan pentadbir ~ hancusss lahh
TAK MERASA lah cikgu pink ni...
semoga sistem baru ni akan lebih telus kan?
(sejujurnya saya lebih suka PTK daripada penilaian di tangan manusia hahah)


yang lain-lain kena baca paper esok~Perut makin membesar,
Belanja pon bertambah besar,
Gaji tak besar-besar.



14 Oktober 2010

Lo'ching ~ sate ikan kelantan

Pernah tengok tak pakcik naik motor jual sate?
SATE IKAN kat sini dipanggil LO'CING

First time rasa dengan perut kenyang so tak berperasaan sangat.
Tapi malam tadi teringat-ingat pulak.
Esok kena berebut ngan bebudak sekolah kejar pakcik ni..



LO'CING
Rasa nyer? rasa ikan.
Cam keropok lekor yang dibakar
~SEDAP~


tapi tang kuah / sos nyer memang TAK SEDAP
(nampak tak yang kaler pink tu)
Rasanyer manis-manis.. cam tak kena jer.
Jadi pilihan sayaLO'CING tanpa sos


HARGA SECUCUK LO'CING= 20sen

*Untuk mereka yang datang bertandang ke Gua Musang musim menggundi ni, nasihat saya tanya harga dulu~ ramai yang cuba mengambil kesempatan di musim keemasan ni*





13 Oktober 2010

List barang keperluan our 2nd baby

Setelah mengecheck stok dan akhirnya berjaya mengeLISTkan barang-barang keperluan untuk baby kami yang ke: 2 insyallah

Jom kita tengok apa yang di LISTkan:

Divider untuk 2nd baby:
Namanyer dah ready: Must be NJ la kan...

BAJU BABY: 5 siang 5 malam
(cukup la kan untuk permulaan)
Lagipon baju eisya elok ngat lagi


Barang textile:


Barang Keras?
Wahhh barang keras gitu ngeh ngeh ngeh


Semua nyer disimpan dalam buku rahsia ini:
Buku ni pon reuse buku planning and List thing eisya dulu hehehe~

Wahhh tak sabarnyer nak shopping (^_^)



Tanda Kenangan