Wah wah mau berbuka puasa ala-ala London gitew hihihihii...
Sebelum puasa lagi erin da try resepi ni tau.
Tak mampu nak menahan tuntutan tekak ni ha...
Nak mengoder di bandaraya Gua Musang ni alamatnya...mimpi la dulu yer
(tapi lepas ni korang boleh oder dengan i hahahah)
Lagipon menggoogle harganyer mak aiiiii bole tahan....
Jadiknya baik la daku google resepi yer
Dah beberapa kali try resepi pavlova ni..
Cam biasa arr tagline resepi kat PinkheArt ni : best and gerenti jadi..
sukatan pon senang guna cawan dan sudu jer. Sangattt masyuk....
Mcam-macam versi da yang Erin buat. tema nyer: acer blasahhhhhh
Versi ala-ala mini cuppavlova comel kan?
ni plak mini pavlova dalam 4 inci gitu..
erin buat 2 lapis kes mau gemok lalalalaa
dah la membebel.. nah resepi ku tepek di sini.
Tak yah la korag nak oder bagai... buat sampai gemoooxs yer...
RESEPI PAVLOVA
bersama si hensem ku
Bahan-bahan
3 biji putih telur (telur mesti pada suhu bilik tau)
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh air perahan limau nipis atau lemon (gna cuka masakan pon bole)
1 sudu besar tepung jagung
Topping
1 cawan (240 ml) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-cara membuat meringue
1. Pukul putih telur menggunakan hand mixer dengan kelajuan perlahan sehingga adunan menjadi 'soft peak form'..
2. Dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sudu demi sudu sambil terus putar adunan.. Masa ni adunan akan bertukar menjadi seperti krim putih tapi belum lagi berkilat..
3. Teruskan putar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga krim tu bertukar menjadi putih berkilat..
4. Masukkan esen vanilla dan pukul sampai sebati..
5. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi sampai sebati..
6. Masukkan air perahan limau nipis atau lemon.. Gaulkan
7- Bentukkan meringue menjadi bulatan di atas kertas minyak..
Untuk membakar
1. Panaskan oven pada suhu 150' C 15 minit lebih awal.
2. Masukkan meringue tadi ke dalam oven.. Dalam lebih kurang 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C.. Bakar selama 1 jam..
** Bakar sehingga warna meringue bertukar menjadi perang muda..
** Jangan terus keluarkan meringue dari oven.. Biarkan pintu oven terbuka.. Biar meringue tu menyejuk secara perlahan-lahan dalam oven.. Kalau tak, kek tu akan turun dan leper macam lempeng..
Cara-cara membuat topping
1. Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental..
2. Bila whipping cream dah kental.. Masukkan gula dan esen vanila..
3. Masukkan whipped cream dalam plastik.. Simpan dalam peti ais beku sekejap. Nanti bila nak menghias baru keluarkan..
4. Hias dengan buah-buahan segar yang siap dipotong..
thanks pada tuan tanah ceritasyarafina kerana sudi berkongsi resepi (^_^) lebiu lah laling...
Jimat belanja i.
10 ulasan:
Rajin berpavlova di 1 Ramadhan ni..lepas ni boleh try resipi tu biasanya tempah je :D
waah sedapnye..
salam kenal, singgah dan follow sini ye
bebeh, mintak 2,3 cup sini..
hahah, terliur seh..
esp. stoberi tu, yummeh!
alangkah bestnyer kl dpt jd jiran erin yg super ghajen ni.. hehehhe
Emy~
try la emy... kalo tmpah mahal.. modal x smpai rm30 tp bole mkan smpai gemoxs hahahaha siap bole buat 2x lg..
Saleha~
Thanks darling... singgah selalu yer... kna try tau compem jadik
adehhh leily~...
hang ni memuji bagai.. meh bjiran dgan ku... aku bg k mkan kueh ko kner bg daku nasik n lauk-pauk hahahahhahha
moh ke gua musang kter berpavlova smpai pengsan
terima kasih singgah blog picisan kita.. terima kasih juga tolong bagi semangat.
nak tanya erin, masa nak buat marigue tu pakai kelajuan nombor berapa?
Saya beli je, belum ada kerajinan nak cuba buat sendiri.. :)
SALEHA~ memula tu perlahan jer.. dlm range 1 hingga 3.
bila masuk gula tu trus tkan maximum + turbo. (mixer syer cap ayam jer)
klo stil cair pkul lama sket tau...
Nur~ heheh klo bli kompem sedap kan hihihi... ni buat sndri kes tdesak.. mleleh la air liur nk dpt pavlova kat bandaraya ni ha.....
Catat Ulasan