CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

26 Ogos 2012

Trunsfer Pahala


Al kisah rezeki terpijak, tersepak di penghujung Ramadhan 2012...
Dalam mengoperasikan diri.. upsss... mengoperasikan rumah
(kes bersih rumah sebelum cuti lama berhari raya)
Erin bermalas-malasan untuk masak..
kenkonon tak mo sepah-sepahkan dapur..

Mr Jep pon memainkan peranan nya membooking meja untuk kami berbuka puasa di hari-hari terakhir di Gua Musang. Kami booking kat Belanga Bistro.
Kenkonon nak makan siakap 3 rasa bagai...
Udah nyer azan dah berkumandang 15 minit makanan satu pon tak sampai.
Padahal Mr Jep dah pi oder dari pukul 6.30 lagi..
Mau tak hangin... tapi masih lagi sabar la, tak de adegan terbalik-terbalik meja bagai.
Tengok meja lain pon kebanyakkannya makanan memang tak sampai.
Muka sengsorang pon dah kembang-kempis duk tahan marah.
I memang jenis yang hangin sket bab urusan yang sepatutnya senang jadik susah ni....

Encik meja belakang kami muka memang masam giler... erin rasa memang berpotensi la, baling kerusi kat owner kedai... tup-tup family ni blah... bayar harga air jer...
Owner kedai tu datang kat kami then slow talk
 "cikgu nak tungggu ker? or nak cancle?"
adoiiii aiii why baru sekarng ma.....knapa tak pukul 6.30 tadi bgtau yg tak bole buat... adoiiii sungguh menguji tahap puasa ku...

dan keputusannya:
ofcorse ler cancle aper kejadahnyer nak tunggu, jam dah nak pukul 8.00, makanan tak dok.. takkan nak kami smayang maghrib kat kedai kot.
sudahnya.. balik rumah sembahyang Maghrib then berdesup ke kedai...
tak de makna nyer nak ke BELANGA BISTRO lagi.....
kami ke Family Seafood.

Wahh panjang tul mukadimah cerita-ceriti erin kan...
dan di family Seafood ni la kami tersepak rezeki.
sementara tunggu ikan siakap di tiga rasakan, 
Mr Jep ternampak note RM50 kat bawah meja sebelah.
(kebetulan meja memang banyak yang dah kosong, orang dah habis berbuka)

Mr Jep tunjuk kat Puan Isteri..
Puan Isteri kata ambik.
Mr Jep ambik.
Mr Jep kata, bagi kat tokey kedai.
Puan Isteri kata: JANGAN

oiiiiiii korang musti ingat Erin nak ambilk 50 hinggit ni beli tudung Fareeda tipu kat pasar malam kan?
amboiii koranggggggg....

Tahu tak kenapa Erin kata JANGAN.
Sebab Erin yakin tu bukan duit tokey kedai. 
1. Duit tu berlipat. Kalau duit tokey kedai takkan berlipat.
If kita nak bayar, mesti kita bukak duit tu kan?
2. Duit tu bawah meja... bahagian dalam, bukan kat tepi.
So erin rasa ni mesti kes tercicir ni. Mungkin masa nak keluarkan wallet ker...


Kepada pemilik RM50 yang keciciran di Family Seafood, Gua Musang pada 15/08/2012 (Rabu)
kami tak dapat pulangkan RM50 ini kepada anda.
Justeru itu, kami menDERMA RM50 ni ke dalam tabung Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang, bagi pihak pemilik wang 50hinggit ini.
Semoga pahala itu di  trunsferkan ke dalam akaun anda.





22 Ogos 2012

Rindu nak ber blog

Rindu nyer nak update blog huhuhuhuhuh
dah macam feel orang bercinta plak..

Korang pernah rasa tak?
Cam hati membuak-buak nak menulis, idea mencurah-curah...
gambar berlambak-lambak dalam folder tapi JIWA TAK ADA
huhuhuhuhuh sungguh sadis.

kalau orang bercinta..
Rindu membuak-buak... hati nak jumpa.. tapi jiwa ntah kemana huhuhu


HUhuuhuhu ni bukan kes jiwa kacau tapi dah macam hilang jiwa dah ni...
Okey la ku tamatkan entry sengal ni, dengan info berguna untuk korang:

Erin da Pink Heart sedang dalam 
proses menambah berat badan,
so sila lah goda diriku dengan entry makan-makan korang ya...

suker nyer baca blog korang yg sentiasa ber up-to-date update.
Akak tompang bace yer.... tompang ambik feel bagai..

13 Ogos 2012

Kad Raya Digital dari Pink Family


Haluuuuu
Dia mai dahhh... dia mai dahhh...
Ape yang mai? 
Hahahahha mood raya sudah mai.....


Erin Nurzarina Nana
Ampunkan salah dan silap kali jika ada yang terlanjur berbica di laman sesawang ni.
Sayang korang.
Sayang ukhwah antara kita......

Kalau bekesempatan mai Pahang / Kelantan calling calling ya...
boleh singgah  rumah

02 Ogos 2012

Surat Untuk Guru Besar

Datin Sri Erin


(Alamat dirahsiakan atas dasar keselamatan).
__________________________________________________
Kepada:
Guru Besarku Yang Baik Hati.
(Alamat Sekolah dirahsiakan)
cett cam ler korang tak tau aku duk skolah mana kan hahah)                                       
2 OGOS 2012

Perkara:
KENAPA PERMOHONAN CUTI SAYA MESTI PERLU DILULUSKAN

Perkara di atas adalah di rujuk.

2.       Saya perlu bercuti pada 5 Ogos 2012 (Ahad) kerana, saya perlu melawat seorang ibu tunggal yang telah kematian suami pada 2 Ramadhan 5 tahun yang lepas. Sangat kesian ibu tunggal tersebut kerana masih belum berpeluang berbuka puasa bersama anaknya yang comel ini, besera menantu dan 2 cucu yang super comel. (aku n family la tu). Saya malas nak tulis cerita sedih panjang-panjang sebab saya takut kalau pihak tuan membaca cerita saya, tuan akan bagi extra cuti plak.. (weeehaaa... klo betul lagi suker hihih).

3.     Kalau pihak tuan berkata "cuti 2 hari pon boleh balik kampung kan" pihak saya pula akan bercerita panjang lebar tentang pertukaran unit antara kilometer, meter, centimeter, seterusnya milimiter....(wawawawah juta-juta mm gitu perjalanan ku). sesungguhnya perjalanan saya untuk pulang ke kampung dari GUA Musang ke BUKIT Ibam. amat lah mencabar. Sudahlah keluar dari GUA melalui 7 bukit, menuruni entah berapa anak sungai... tu blom kira lembah dan kuala lagi tu.~Kuala Lipis. Masuk plak ke Ladang kelapa sawit berbelas-belas ladang terpaksa saya lalui... Sungguh mencabar perjalanan saya.

4.     Justeru itu saya berharap agar  permohonan cuti sehari saya itu di LULUS kan.. (kesian, saya anak yatim) Jika tuan berbuat baik dengan anak yatim di bulan mulia ini, nescaya tuan akan beroleh pahala.


Sekian,
Terima Kasih.

Yang Benar,
Datin Sri Erin.


#p/s: Kalau tuan LULUSKAN cuti ini saya akan hantar Nealofa  upss PAVLOVA yang sedap tu ke rumah tuan. lallalalalalal SILA LULUSKAN.
(ini bukan format UPSR sila jangan tiru aaa)
YUmmehhhhhh

01 Ogos 2012

DIA sayangkan saya

Di Bulan Ramadhan ni selain dari banyak memasak (wah wah rajin gitu)
Banyakkan lah muhasabah diri huhuhu...

Sebagaimana sebelum ni..
hihihi kalau daku jarang update blog tu makanya emosiku kureng stabil. 
Selain dari tuntutan kerja yang semakin menggila.

Bukan bebudak sekolah jer yang di beri ujian tau.
Sesekali SI DIA juga ingin menguji hambanya.

Diriku di timpa musibah..
Mungkin kecil bagi yang lain tapi besar bagi diriku awww hihihi...

Masa di timpa musibah seringkali hati pink ni tertanya-tanya 
"kenapa aku di uji... kenapa aku... kenapa aku..."
"aku tak kuat untuk menerimanya"

Rupanya....
Tuhan timpakan ujian bila DIA rindu akan kita.
(Mungkin dah lama aku tak mengaji, mengadu padaNya)
Seringkali bila diulit bahagia dan kesenangan kita lupa akan DIA.
Dan Dia memanggil kita agar kembali padaNya ~alhamdulillah~

malu gak kan bila ditimpa kesusahan dan musibah barulah berdoa pada Nya..
memohon itu dan ini. tapi bila senang, gembira lupa pula bersyukur.. huhuhuhu
cuai nyer la aku...

tapi percayalah SI DIA suka bila kita mengadu padaNya, memohon padaNya, berdoa padaNya.
Kerana SI DIA ingin kita dekat padaNya.

Thank You Allah 
kerana merindui daku.

Terbayang Lambaian Kaabah.
Terasa ingin sujud di hadapan kaabah dan mengadu padaNya yang merindui diri ini.
~doakan yang terbaik untuk erin~

Saya sering mendoakan yang terbaik buat sahabat-sahabat tersayang.


Tanda Kenangan