CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

06 Januari 2010

cabaran ber bisness

wahhh.. sejak bila plak erin tukar karier kan..
hehehee
cuba ber bisness kecil-kecilan..
(kebaya-kebaya kecik itew)

alhamdullilah semua oder telah sampai dan free gift untuk mereka juga sudah siap
jadik semua nyer telah ready untuk di pos ESOK.

sedang mempacking barang jualan...
daku keciwa kerana:
TERDAPAT SEDIKIT KECACATAN
pada kebaya yang berwarna:
(neves-neves pelanggan-pelanggan ku)
dalam timbunan baju itew
(cess tak de lah banyak mana pon)
baju yang mengalami kecacatan itu berwarna "BIRU"


(nampak cam OK jer....tapi mujur ler Erin perasan


akan KECACATANNYA:



sungguh Erin TAK PUAS hati...
tapi aperkan daya ku`

so tindakan Erin:
  1. Call bakal pemilik baju ini, ceritakan hal yang sebenarnyer
  2. Cuba tukar dengan stok lain ~ohhh suplier ku~(boleh ke tukar?)
  3. Sungguh saya tidak sampai hati untuk menjual barang yang sebegitew.
Alhamdullillah sudah di call pn shima dan dia memahaminya
Thanks a lot
~Pink heArt amat-amat memohon maaf~

oooohhh knapa daku di duga sebegitu

dan pelanggan-pelanggan yang lain
nantikan kebaya cute uall yer~
i'll sms the tracking number
(^_^)
ummuarghh


wahh musim Apple

hormon ku berubah lagi kali ni..
musim APPLE lak..

BERTUKAR
dari strawberry ke Apple
hehehehe

ni ler bebarang rumah yang telah bertukar perisa huhuhuhu


upss i tetap tak minat kaler ijou~please la..

tapi kalo ijou campur ngan pink masyuk jgakkan?
ohh tidak.. hormon ku brubah lagik


05 Januari 2010

tips HOW TO Free PUTING @ TITI


Satu berita baik yang nak dikongsi bersama dengan all mummy-mummy
EISYA DAH FREE PUTING@TITI

so no more puting-puting lagi...
alkesah.. 13 Disember lepas tergerak hati si ibu untuk mem FREE kan anak dara nyer dari
cik PUTING dan cik TITI

Cubaan Pertama:
Lumurkan Cik Puting @Titi dengan nescafe.
Bila eisya mntak puting.. bagi jer la sambil berlakon:

ibu: eisya, puting eisya dah kotor... yek-yek.. bau pon busuk.
eisya, tengok puting tu dan buat muka tak puas hati
eisya: yek.. wkkk busyuk..
(ala-ala nak muntah)
ibu: tak yah isap la yerk kotor
yess berjaya~eisya tak mo dah puting@titi lagi..

tapi dalam kol 3 pagi eisya nangis.. nangis.. nangis..
ibunyer terpaksa mengalah dan sumbat cik puting..
tu pon babah yang suruh~babah tak sampei ati huhuuhu

tapi tu ler kali terakhir eisya bersama PUTING@TITI nyer...
skarang TIDAK lagi...

kalo tanya mana puting?
jawap nyer: Kotor, busyuk yek yek...

tapi ader lak SPECIAL REQUES dari anak dara nieh..
dier nak TUTUP PEWUT..
heheee
BEFORE ni ,Puting klip tu kan..
diletakkan kat perut la.. pipi la.. smbil memuting b4 tido
so dier nak la
"TUTUP PEWUT" itew
di edit-edit kan oleh ibu nyer maka jadik la ini:

MEMORIAL KENANGAN untuk cik puting dan cik titi..





dan kini yang tinggal hanya lah.........

TUTUP PEWut




04 Januari 2010

korang... (^_^) say cheeeeSee

hehehe.. malu lak ngan mode: ala-ala tu
hehehehehe
now e"erin da pink heArt" dah Ok no more emo-emo
hehe positive bebeb

Ini semua adalah kerana

1st dei yang SURAM

itew telah berjaya di buang di ateh gunung
"CaMERON HIGHLAND"
korang tau 1 Januari yang sangat moody itew
erin telah berjaya membodek Mr jep untuk mendaki
Cameron Highland

Bertolak lepas Jumaat so weoll samapi lewat la sket.
Tak de taman yang di terjah and no shopping-shopping pon
(tapi sempat gak la memborong 2-paket stawberry, jagung ngan hehe my lovely roses laa..)
aper tah lagik nak jumpa ngan ONE-Z and family kat ateh tu..
( insyallah laen kali eak)

yang penting
ERIN PUNYA 1 TUJUAN BUANG HARI YANG SURAM
(wahh aku tak de la hari lpas nieh)

heheh
dan hasilya
MEMANG SANGAT_SANGAT MABELES s..

thanks alot Mr jep
i leBiu beb

korang layan la gambar yang sempat di snap
CHeeeeSeee

ibu vouge tak? ker eisya lagik vouge


tengok ni plak:

cam lelaki tua gatal ngan pompuan cute jerk~huhh


heheeh my paBeret ~ cendawan goreng Cameron mg BesT sesangat

Hasilnya
3 januari 2010
erin ke Sekolah ~dengan sangat IKHLAS

ni la anak murid cikgi PinK nieh..
~cumil tak?~


dan nieh Buah hati cikgu pink
gambar diambil pada:
1 Januari 2010
pukul menghampiri 5.00
i singgah kdai roti canai lepas abes meeting
~LAPORRR~

01 Januari 2010

1st dei yang SURAM


Permulaan new year yang tak begitu ceria.
Malahan hari yang lebih suram berbanding hari-hari lain.
(Walau pon ada hari yang suram.. hehhehe)


wahhh NEW YEAR yang tak begitu best kah?
Erin harap 1 Januari 2010
cuma 1 hari dari 365hari..
means saya ada 364 hari yang lebih ceria
~HOPE SO~

Skarang saya rasa cam tak tau nak buat aper
  1. Basuh kain ~ no mood
  2. Kemas rumah ~no mood
  3. Masak ~no mood
  4. Join contest kat blogspot ni ~ no mood
  5. chatting ~ juga no mood
  6. Berintenet ~ no mood

Erin perlukan TERAPI
  • MAKAN ~ makan banyak-banyak. Bila tension i mahu makan
  • SHOPPING ~ shopping la kat kedai mana pon.. kdai runcit pon boleh
  • JALAN-JALAN ~ kalou Mr jep baik hati ku mahu menghirup udara segar di cameron highland hari ni...
Yang penting ERIN mau buang TENSION ni jauh-jauh
WaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaA
Rasa mau nangis tapi air mata tak nak kuar.
Dia kumpul kat dada-sesak wehhhhhh
AKU MAU NANGIS TOLONG LEMPANG BOLEH?
~huhu teringat khidmat mereka bila saya rasa macam ni~

mereka lah tukang lempang saya bila saya rasa camni
  • Kak Gee~ masa kat Maktab Teknik
  • Kama ~ masa kat Teknik 2 Kuantan
  • Pidah ~masa kat SM Muadzamhuhu saya mau nangis...
(lepas tu saya akan jumpa rakan seJIWA~ yang tak payah cerita pon dia tahu saya sedeh)

Takkan nak suruh Mr Jep lempang?
Tangan dia besau wehhh

~SAYA MAU NANGIS~




31 Disember 2009

Berita Baik atau buruk?

Hye korang....
LETIH..
(tapi tak tau knaper letih ngat huhu)

Hari ni 1st day meeting untuk sesi 2010
Cuma duduk dan mendengar jer

13 orang guru ditukarkan ke skolah sbelah yang baru siap.
nama erin tak disenaraikan antara yang 13 tu.
~TAK TAU LA BERITA BAIK ATAU PUN TAK~
sebab
dalam 13 orang tu semua cikgu perempuan dari sesi petang
(before this erin dok sesi petang)
cuma Erin ngan Kak Da jer yang tak sangkut.
sedeh kan?

kerja tu bkan la satu malasalah
(yer ke? ha hahahhahahhahahahahahhahahhhhhh)
means bkan BIG PROBLEM la
sebab kerja tetap kerja kan..
(walou ponnnn)

yang menjadi masalah BESAR ialah;
K.A.W.A.N
huhu erin ni spesis yang susah nak dapat kawan
tapi kalo dah ngam tu mg sampei MATI la....
skarang? susah mau citer la...
cuma aku dan kak da yang tahu

~huhuhuhuhu raser cam baru posting jer~
tolong la motivasi kan diriku
hanya itu yang mampu.

tak kan la.. erin nak bkak skolah sendiri.
Pastu pilih geng sendiri jadi tenaga kerja kan?
(tapi kalo boleh cam tu SYOK kan?)

Photo Albums at WiddlyTinks.com

ni CRONY geng kamceng time kat MPTKL
~miss u all dear~



Ni plak geng kamceng time kat SMTSP
dorang panggil BUDAK DAJAL huhuhu

And masa kat SMMS pon ada geng gak..
heheh tapi gambar korang dalam kotak la...
aper arr NAM J*H*N*M cehh sampei ati kan..



Huhu tetiba rasa mau peluk kawan-kawan
huhuhuhuhuhuh
DIA JUGA KAWAN SAYA~KAWAN SAMAPI MATI

aku mau NANGIS~ SUMPAH

SALE ~Kebaya cute untuk kanak-kanak

sticky mood sampai 31 Dec 2009

PinkheArt nak berkongsi kegembiraan denga all mummy.
Cumil tak eisya dengan "CUTE KEBAYA"?



cantik kan? cumil sesangat and bergaya sakan.


okeh~ kebaya ni agak besar sket dengan eisya...
tapi erin beli gak sebab harganya
SANGAT-SANGAT MURAH CUMA RM45.00
then erin plan untuk pakai masa raya nanti





BAJU KEBAYA ~BERPOTONGAN DUYUNG
Singkat dihadapan, labuh di bahagian belakang

Bersulam manik dan labuci bermutu dibahagian depan, belakang dan lengan.

Ukuran baju:
Bahu ~ 12 inci
Labuh baju (depan bahagian tengah -butang) ~11 inci
Labuh baju (bahagian tepi) ~ 17 inci
Labuh baju (belakang) ~ 23 inci
Lengan ~ 13 inci


.KAIN ~BERPOTONGAN KEMBANG
Bergetah dibahagian pinggang dan ada kemasan yang berkilat.

Ukuran kain: 27 inci

..
SO, ALL MUMMY YANG BERMINAT DENGAN
"CUTE KEBAYA"
Erin boleh tolong belikan
(Kebetulan Mr Jep bermurah hati untuk tolong shopping on 31 Dec 2009 ni)
kalau korang nak email erin cepat yer..
ehemsz@yahoo.com.my
stok sangat-sangat terhad.



KEBAYA CUTE HIJAU ~RM45.00
(cuma ada 1 sahaja)



KEBAYA CUTE BIRU~RM45.00
(3 pasang sahaja)



KEBAYA CUTE PUTIH ~ RM45.00
(2 pasang sahaja)
tetapi kain berwarna coklat keemasan


KEBAYA VOGUE KRIM~ RM55.00
Kebaya vogue lebih sarat perinciannya dan materialnya lebih lembut
( 3 pasang sahaja)


CEPAT-CEPAT-CEPAT
email~ ym erin at;
ehemsz@yahoo.com.my
before 31/12/2009
Jika tiada stok mereka yang terawal membuat tempahan diberi keutamaan





Tanda Kenangan