CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

16 Jun 2013

Restoran Cikgu Nasi Ulam

Lagi entry yang betapa sekian lama dalam draf.

Cerita makanan favorite time pregnantkan Nilis.
memang baby made in Klate ni satu-satunya baby peminat budu gitu.

Sejak kawen ngan mamat Kelantan ni erin memang lah makan budu tapi tak la "hardcore" nyer killer.
Sekadar cuit-cuit jer.
Tapi time ngandungkan si Nilis Juliana.
selera memang totally out.
Tonggang-langgang jadinya.
Western Food memang out. tak bekenan langsung.
Tapi kalo bab makanan ala kampung.. perghhhhh menusuk jiwa.
Nak-nak lagi budu ngan ulam-ulaman.
ahaha..

Untuk memenuhi selera mak yong ni kat Kota Bharu ada satu kedai yang memang best la sangat.
Harga yang sangat berpatutan.

Restoran Cikgu Nasi Ulam
(kalau cikgu tak pi kedai cikgu siapa lagi kan)




Gambar: lunch time...
 Meriah kan? korang jangan la plak datang sini dengan harapan nak makan tom yam / kari kepala ikan bagai. Memang tak dok la...

Yang ada ialah menu kampung ala kelantan.
dan semestinya ulam-ulaman dan sambal.

harga sangat murah okey
~
kampung kraftangan korang google la sndri eak
tak pon pi page facebook

12 Jun 2013

Membebel di dalam pantang hahaha

Rindu nak mengupdate blog di kala berpantang ni...
huhuhu tp erin tak boleh ngadap netbook ni lelama bisa pening kepala gue.
huhuhu..

Lagi pun berpantang sndiri ni letih sikit banyak yang nk diuruskan..
masa berpantangkan Naufal dulu.. siap boring lagi ngadap TV. Maklum ler berpantang kat umah mama.
Tapi kali ni berpantangkan Nilis kat rumah sendiri..
so ibu become busy yer laling..

emmm kali ni Erin nak cerita pasal 
JAUNDICE a.k.a kuning @ demam kuning

Nilis pun kana tau masa hari ke 5. 
Mumula nurse kata just sign jaundice jer..
insyallah tak ada apa-apa..
(aku pon lega la.. sbab eisya pun macam tu dulu.. 2 hari trus ilang)

tapi ada gak la yang duk pi tanya kat nurse yang datang check kat umah tu.. berkali-kali
"tak kuning ker?"kuning ni kan? kuning ker? kuning kan"
Last nya nurse suh pi klinik check darah baby..

Positif kan diri
"Ramai yang sayang Baby Nilis~ sbab tu ramai yang prihatin"

Nak nangis pon ada..nk marah pon ada..
Awat la ramai bnor yang gatai mulut..
(baru aku paham kenapa arwah tok aku dulu memang tak berapa gemar kalo org datang tgok baby dlm minggu pertama tau)

Huhuhuhu hasilnya Baby Nilis kena bawak pi check darah kat klinik.
Bila dah start check darah dia akan repeat bnyak kali tau..
Sedih tgok baby kna ketip kat kaki.
Aku yang kena ketip kat tangan time ngandung dlu pon rasa sakit.
(psttt... aku nk ketip kat mulut orang-orang yang gatai mulut~sngguh aku marah)

First check 135 tinggi tak tinggi, rendah tak rendah.

Maka bermulalah satu lagi masalah....
Memacam la yang nak di suapkan kat mulut baby.
Alahaiiiiiiiiii...

susah kan nak fahamkan mereka...mereka... dan mereka... yang terlajak faham
tak diikut salah.. nak ikut lagi salah.
(kalau jadi apa-apa laju jer i yang dpersalahkan... 
''tu la ibu dia degil sangat'' 
''tak nak dengar cakap''

Contoh advice dari memacam orang:
1. Mandi daun inai
2. bagi makan lendir kacang buncis
3. Bagi baby minum air masak
4. bagi minum air zam-zam

sebelum i komen tentang petua-petua ni...
moh kita belajar dulu 
APA ITU JAUNDICE / KUNING ni..
lepas tu baru lah tahu cara menangani nya..
psttttt for new mummy ~ jangan main ikut jerr semua yang orang kata
kekadang orang tua ni main ikut logik dorang jer
"ada yang bertul ada yang totally tak betul"
macam yang Erin cakap tadi
kebanyakannya ikut LOGIK 
(bukan tak betul 100% tapi tu la.. ikut logik)

info copy paste dr blog vitamin rahsia

Demam Kuning atau juga dikenali sebagai Jaundice merupakan penyakit yang biasa menyerang minggu pertama bayi yang baru dilahirkan. Ianya kerap berlaku kepada bayi yang lahir tidak cukup bulan.

Namun sebenarnya hampir semua bayi baru lahir mengalami jaundice tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Pada setengah bayi, ia berlaku sekejap sahaja dan ia tidak merbahaya. Jaundicenya akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan yang ringkas sahaja.

Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh menjadi serius dan perlu diberi perhatian yang lebih. 

Jaundice boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda seperti bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Kebanyakan kes jaundice tidak merbahaya. Namun jika tahapnya adalah tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf & otak bayi. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebral palsy. 

Jika bayi anda mendapat jaundice dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu. 

Salah satu PENAWAR TERBAIK untuk mengurangkan jaundice ialah SUSU IBU. Jadi buat ibu-ibu yang mempunyai bayi yang terkena jaundice, susukanlah bayi anda sekerap mungkin dengan susu ibu. Kerana apabila bayi jaundice kerap minum susuibu, maka bayi akan lebih kerap kencing atau buang air besar. Dengan cara ini bilirubin berlebihan dalam badan bayi dapat disingkirkan melalui air kencing dan najis bayi keluar dari badan. :)

 #Nota : Bayi yang mengalami jaundice lebih kerap tidur. Jadi ibu-ibu perlulah mengejutkan bayi anda apabila sampai masa utk menyusu. Jangan biarkan bayi anda tidur lama kerana ini boleh menyebabkan jaundicenya lambat baik. 

Punca-punca Jaundice Jaundice berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di bawah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing. Ketika bayi dalam kandungan ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundice terjadi. Biasa berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundice. 

Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor (warded). Risiko adalah lebih tinggi untuk bayi mengalaminya jika mempunyai penyebab berikut: Bayi lahir pra matang Darah ibu dan bayi yang berlainan. Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundice Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan) Etnik Asia Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran 

07 Jun 2013

mood berpantang

 halu... all mommies..
Alhamdulillah sekali lagi diberi kesempatan untuk meneutralkan segala dose (^_^)



menu fav di kala berpantang

ikan panggang
sup sawi
lada hitam
nasi panas

06 Jun 2013

Hadiah hari guru + Hadiah hari ibu katanyer..

Suker nye hati... 
dapat reward dari incik suami...
hihihiihi (^_^)

nampak tak sengih sampai telinga ni..
~Madela Swing~ (idaman hati)



Wah wah wahhh ingatkan dapat hadiah yang boleh gantung di leher (hihihihi)
"Ni pun boleh gantung kat leher katanya" 
(^_^)





Hadiah hari guru dari anak-anak murid tersayang...

Cikgu kecik yang exited bukak hadiah weeeeeeeeeeeee

18 Mei 2013

Counting.... 10 days to go

Weehaaaaa....
lets counting darling..
Ari ni cikgu Errin nak ajar counting... tapi sampai sepuluh jerr.

( BBM Nombor untuk  murid tahun 1 by Cikgu Erin)

Kenapa yer cikgu Erin nak ajar sampai 10 jer?
Sebab.....

weehaaaaaaa
Erin sudah 9 bulan weiii..... 10 hari lagi baby  ~on d way ~ insyallah
28 Mei 2013



Moh tolong doakan Erin bersalin on the date 28 Mei 2013.
Daku kena exam 25, 26 Mei 2013..
(semoga baby baik di dalam perut ibu yer)
nanti baby teman ibu pi exam lalalallalala

2 Cinta Hati Ibu akan bertambah jadi 3

08 Mei 2013

Happy Birthday Eisya Darling


Happy Birthday Darling....
7 Mei 2007 hingga 7 Mei 2013 = 6 tahun sudah my little princess 
yang very the queenlady

huhuhu princess eisya mintak Birthday Party nak ajak kawan-kawan katanya huhuhuhu
ibu blom sempat nak setup  party lagi huhuhuh...
insyallah nextweek yerr..
so hari ni kami ber4 buat small celebration jer...

Lokasi terdekat dengan rumah
~Marry Brown~ hahaha








hahahahaa
 ibu pon cam tak caya jer cheese cake ibu menjadik weehaaaaa...

07 Mei 2013

Japanese Cheese Cake gebu gebas

Wahhh teruja aku mengupdate blog...
Maklum ler first time buat terus masyukkk menjadi tu..
Nampak idung ni kembang kempis nihh...


Sempena Birthday Eisya hari ni.
Ibu tak sempat nak tempah kek.
so menggigih kan diri membaking....

ohh selamat la duit ku lepas ni tak yah ler ke Secreet Recepiey bagai....
membaking di dapur oren jer la..
(cet sekali lagi budget rajin la sangaattttt kan)
okey resepi ni khusu untuk kak imah
(nak buat time hari guru katanya)

Macam biasa resepi yang ditepek kat blog ku ini...
mesti membawa tag line: Senang, sedap and confirm jadi
Resepi Kek Keju Jepun:
Bahan A:
250 gm krim keju (cream cheese)~ erin guna yang jenama Tatura yg cam bantal golek

150g yogurt perisa asli
100ml susu segar (semestinya DutchLady)
70gm gula kastor
50gm mentega (tapi erin guna 50ml minyak jagung)
1 sudu teh lemon emulco (pes lemon)
80gm tepung kek ( diayak)
6 biji kuning telur gred A
Bahan B:
70gm gula kastor

6 biji putih telur gred A
1/4 sudu teh cream of tartar
Cara-cara:
  1. Griskan acuan 9 inci / Lapik kertas serap minyak.
  2. (Keluarkan krim keju dari peti 1 jam lebih awal) Masukkan krim keju, minyak jagung, gula kastor dan susu segar ke dalam periuk. Cairkan dengan cara double-boiler. Kacau hingga pekat.
  3. Masukkan kuning telur, pes lemon dan yogurt. Kacau hingga sebati. Angkat periuk dari api dan sejukkan.
  4. Satukan bahan B dan pukul hingga kental dan gebu.
  5. Tuangkan adunan keju yang telah sejuk ke dalam mangkuk besar. Masukkan tepung kek dan gaul sebati.
  6. Kemudian masukkan adunan (B) tadi dan gaul perlahan hingga rata.
  7. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan ratakan.
  8. Bakar kek secara 'steam-bake' ~bakar di atas air panas.
  9. letak loyang yang lebih besar dan berisi 1/3 air pastu baru letak loyang kek atas air tu dan bakar dalam oven.
  10. Bakar selama 1 1/2 jam suhu 160 darjah celcius.

Tips untuk buat kek keju jepun / Japanese cheese cake ni:
  • Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
  • Gunakan kaedah water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.
  • Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.
  • Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.
  • Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.
  • Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.
  • Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.
  • Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.

Wahhh confirm jimat duit korang... RM80 untuk sebiji kek.... sedangkan modal hanya RM20.
dan sedap wehhhhhh 







Tanda Kenangan