CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

13 Januari 2010

Fruit tart again

Masih berkira-kira nak kuarkan entry aper...
knaper idea tak mo kuar niehhhh..... sel-sel otak seakan mngecut.. kering ahhh sudahhhh
erin masih lagi Ok cuma kekontangan idea berlaku...

Jadik bukak peti and suprise...
masih ada lagi belen-belen fruit tart..

hehehe fruit tart ni erin buat pastry nyer awal-awal.. time nak mkan baru bancuh dier nyer filling and letak fruit...

skill buat FRUIT TART ni smakin mabelesss sila tepuk tangan untuk saya hehehe
ada unsur-unsur riak dan kembang iding di situ..
wahaha Ok la bagi i yang tak pandai masak nie...

fruit tart ni mg dah berkali-kali erin buat and ni ler modal i time balik kampung hahah..
tak caya sila tanya onie rohani tu...

ok lahh i tepek resepi kat sini
(walou pon rasernyer dah pernah buat entry fruit tart before this)
slamat mencuba... klo erin yang tangan x berbedung ni bleh buat.. korang mesti lagi best tau..


.resepi nie d copy&paste dari myresepi....

BAHAN2 PASTRY:-

113 g mentega
75 g gula halus
1 biji telur Gred A + 1 kuning telur
250 g tepung halus ( tepung gandum )

BAHAN2 KRIM PASTRY:-
300 ml susu segar
3 biji kuning telur
50 g gula halus
20 g tepung gandum*
20 g tepung jagung*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh esen vanilla dan 2 camca besar mentega atau marjerin

BAHAN2 LAIN:-

Coklat cair secukupnya
Buah2an segar (ikut kegemaran masing2)
Jem aprikot atau piping jelly (kalau suka)

Cara-cara

  1. UNTUK PASTRY:- Dalam satu bekas, satukan mentega dan gula. Kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Masukkan telur dan terus mengacau hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil diadun menggunakan spatula hingga adunan menjadi doh yg lembut. Bungkus dgn plastik dan dinginkan dalam peti sejuk 2 jam.

  2. UNTUK KRIM PASTRY:- Panaskan susu hingga menjadi suam. Matikan api. Dalam satu bekas, satukan kuning telur, gula dan tepung yg telah diayak. Kacau menggunakan wisk hingga berkrim. Tuang susu suam sedikit2 sambil terus mengacau hingga susu habis dituang. Tenggekkan bekas berisi adunan tadi atas air mendidih dan terus mengacau hingga adunan berubah menjadi pekat dan licin. Matikan api dan masukkan esen vanila dan mentega atau marjerin. Kacau hingga sebati. Alihkan ke dalam bekas yg bertutup dan tutup rapat.

  3. Keluarkan doh dari peti sejuk. Ambil sedikit doh dan canai mengikut saiz acuan. Perlahan2 alihkan doh ke dalam acuan tat dan kemaskan. Buat hingga habis. Kemudian cucuk2 permukaan kulit tat dgn garfu.

  4. Masukkan acuan tat yg telah diisi dgn doh ke dalam peti sejuk, sementera menunggu oven panas (pada suhu 175C). Bakar selama 10 - 12 minit atau hingga kuning ke emasan.

  5. Bila masak, keluarkan kulit tat dari acuan dan sejukkan diatas redai.

  6. Sapukan bhg dalam kulit tat dgn sedikit coklat cair.Paipkan dgn krim pastri tadi. Banyak atau sikit bergantung pada kehendak masing2.

  7. Susun buah2an segar mengikut kreativiti masing2....tak kira buah2an tempatan atau buah2an import....Boleh juga disapu permukaan buah2an tadi dgn jem aprikot atau piping jelly utk nampak lebih berkilat. (erin x ltak pon)
.
chef and assisten cheff

2 ulasan:

EL berkata...

Heheh..aku nak pinjam 'assisten chef' ko jer leh x?..sah2 fruit tart tu mnjadi..comel tol..heheh

Tanpa Nama berkata...

[url=http://www.ganar-dinero-ya.com][img]http://www.ganar-dinero-ya.com/ganardinero.jpg[/img][/url]
[b]Estas necesitando informacion sobre como ganar dinero[/b]
Hemos encontrado la mejor pagina web en internet de como trabajar en casa. Como nos ha sido de interes para nosotros, tambien les puede ser de utilidad a ustedes. No son solo metodos de ganar dinero con su pagina web, hay todo tipo de metodos de ganar dinero en internet...
[b][url=http://www.ganar-dinero-ya.com][img]http://www.ganar-dinero-ya.com/dinero.jpg[/img][/url]Te recomendamos entrar a [url=http://www.ganar-dinero-ya.com/]Ganar-dinero-ya.com[/url][url=http://www.ganar-dinero-ya.com][img]http://www.ganar-dinero-ya.com/dinero.jpg[/img][/url][/b]

Tanda Kenangan