CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

02 Jun 2012

Menu ala malaysia di Birthday Party tema Minnie Mouse

Party lah sangat kan..hihihih

Entry kali ni Erin nak cerita tentang menu masa Birthday eisya yang lepas.


Tarrra...
menu nyer tak lah hebat sangat pon
Makanan ala-ala Malaysia yang korang boleh buat sendiri kat rumah.
Jimat kan...

Tapi Erin tempajugak hahaha...

Menu sambutan hari jadi ala Malaysia:

1. Mee Goreng (tempahngan makcik kantin sekolah 1 tray = RM60)
2. 2 bungkus nugget ayam (goreng sendiri)
3. Sebungkus kentang goreng
4. Bubur kacang (buat sendiri ~ resepi bubur kacang)
5. Apam polka dot (tempah ngan akak kat kuartesr hospital. Ni saiz dier besar. RM20 =80 biji)
6. Keropok ikan + keropok bunga yang kaler-kaler tu
7. Triffle ( buat sendiri ~ resepi dari mama tisya)


~cute castle ku blom lengkap dengan pinggan mangkuk bagai, so guna jer apa yang ada. Bakul hamper pon jadik. Lapik ngan tisu letak nugget + fries = wrap kan siap.




Besarkan apam dot-dot ni.. gebu
Kalo yang tengah in memang la apam polka dot yang kecik-kecik. tapi harga sama jer so 
baik ler i tempah yang gebu ni (bijak....bijak...)



Upppss lupa plak nak bagi tau:

Candys section ni:
Aneka gula-gula.
Okey menu untuk Candy Section:
1. Lolipop rainbow bunga
2. Jelly
3. Mashmellow
4. Spoon choc a.k.a coklat sudu (buat sendiri ~resepi spon choc)
5. gula-gula yang ada mint (utk orang dewasa)

(Sangat comel kan.. courfull ~edisi kembang hidung sendiri)


Gula-gula, sweets, candy ni erin beli kat kedai borong cina..
 (sangat murah berbanding harga kat kedai / pasaraya)
separuh masukkan dalam goodies bag. separuh lagi buat candy's section ni.

Balang jernih yang letak lolypop (minnie lolipolipop) tu Erin beli kat kedai 2 ringgit je. Sangat comel kan.
And 2 balang kaca yang tinggi. Erin letak jelly (minnie jelly-melly) ngan mashmello (minnie mello) tu beli kat kedai 5 ringgit. Berbaloi-baloi.

Yang letak spoonchoc dengan gula-gula tu balang kuih raya yang memang dah ada kat rumah ni.







Upssss air yer....
Air yang sangat senang.
Tema nya memang Minie Mouse yang bewarna "Pink, Merah dan Hitam"
Jadi, air senang yang jadi idaman hati ialah:

 
  Air sirap sedap dan air mineral water hahahah


Tak Birthday party la kalau tak ada kek kan...
Erin tempah kek 4 segi sebab senang nak potong.
Kek ni homemade by Kak Ya Taman Wangi.
Cikgu Erin memang banyak songeh nak reques macam-macam.. haha.
Sebenarnya ada a few cuppies dalam peti.. tapi Erin tak sempat nak deco-deco so kek jer la..
tapi anak dara ku dah senyum sampai telinga.

Okey ni serba-sedikit detail pasal food review masa 
Birthday  Party Minnie Mouse Eisya on 7 Mei 
yang lepas.

Moga boleh jadik panduan untuk mummy kat luar tu yang nak buat Birthday untuk anak-anak korang.

Next entry Erin cerita pasal decorasi masa sambutan hari Jadi yer



1 ulasan:

Sutera Emas berkata...

Erin....kreatifnya ko....untung eisya dpt mama mcm ko....bestnya!!...kalo dekat mesti aku dijemput join...ye ke???hehehe..moga eisya menjadi ank yg solehah..!

Tanda Kenangan