CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

15 November 2012

Kek Karemel Pelangi ~ Resepi Dapur Oren

Halu darling...
sudah lama dapur korang tak berbau wangi?
 moh main masak-masak di musim cuti bersama anak-anak korang ea...
(gambar 100% from oven dapur oren ku)
Resepi yang ku tepek di sini compem jadik so... gunakan tanpa was-was...
Happy Holiday Darling

Resepi Kek Karamel Pelangi (sukatan cawan) resepi dari purple-mommy

Bahan-bahan
Loyang saiz 22 cm
(A) - Bahagian Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk buat gula hangus)
*tabur gula dlm loyang & masak atas api perlahan..biar gula hancur & warna tukar jd perang, jangan sampai hitam nanti pahit. Ratakan ke seluruh loyang.

(B) - Bahagian Atas (Karamel)
1/2 tin susu cair, akan jadi nipis macam dalam gambar. Boleh letak 1 tin untuk lebih tebal.
3/4 cawan gula kastor
1/2 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
 * Optional 1 sudu besar tepung kastard

(C) - Lapisan Kek 
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
3/4 cawan gula kastor
3 biji kuning telur
135ml air biasa
45ml minyak masak

(D) - Cara Buat Merinque
6 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh krim of tartar (guna sudu KFC)


Cara membuat:
  1. Untuk bahagian karamel, kacau semua bahan sampai sebati. jangan bagi berbuih, nanti tak cantik karamel.
  2. Tapis dan tuang dalam loyang berisi gula hangus. Tak payah bakar, biar je.
  3. Untuk lapisan kek, pukul telur, gula, air dan minyak sampai gula hancur.
  4.  Ayak tepung dan baking powder, masukkan dalam adunan. pukul/ kacau sampai sebati. Ketepikan.
  5. Untuk meringue, pukul telur putih sampai jadi foam, ringan dan bila terbalik tak jatuh. masukkan krim tartar, pukul sebentar.
  6. masukkan gula, pukul sampai hancur.
  7. Masukkan meringue ke dalam adunan kek tadi. bahagikan pada beberapa warna.
  8. Sendukkan tiap warna 1 senduk berulang-ulang sampai abis.
  9. Panaskan oven 160 darjah, bakar secara double-boiled/ water bath selamat 50-60 mintit.
  10. Dah masakkan, sejukkan dalam oven selama 10 minit. Biarkan tepi loyang sedikit jarak.
  11. Terbalikkan, dan lap air lebihan dari karamel supaya tak diserap kek.
  12. Sejukkan lagi sedap.
More info:
  • Untuk meringue, jangan campur bahan2 tersebut sekaligus, kalo tak pukul 14jam pon takkan kembang2 
  • Water bath ialah cara membakar dalam oven dengan mengisikan sedikit air dalam bekas letak loyang, ataupon masukkan air dalam loyang lebih besar, then letak loyang kek.
  • jangan risau bila nak masukkan adunan kek dalam karamel, sebab adunan tepung akan terapung dengan sendiri tau. decorate je ikut kreativiti masing2, tak tepek2 je ke, pelangi ke, memanjang ke... ape2 pon boleh.

Ini hasil si ibu bersama eisya...weehaaaaaa

2 ulasan:

norh berkata...

lawanya kaler..mesti sedap sangat ni..

zino berkata...

nak yg dah siap masak je hehe

Tanda Kenangan