CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

24 Oktober 2010

Produk Lepas Bersalin

Setelah mengLIST bebarang yang perlu di shopping untuk 2nd NJ baby
sekarang ni turn ibu nyer lak men survey perawatan diri selepas bersalin.

pentingkan ubat-ubatan lepas bersalin ni...

Erin ni memang sangat-sangat la memilih bab ubat-ubatan ni
sebab:
SAYA TIDAK SUKA UBAT
ngeh ngeh ngeh

antara kriteria yang diberi perhatian ialah:
  1. Tidak pahit (kalo tak pahit bukan ubat namernyer)
  2. Tidak berbau pahit (pahit bau ker)
  3. Tak banyak
  4. tapi perlulah berkesan hehhehe
Setelah disurvey dan di shortlistkan maka 2 produk yang terbaik ialah:
~SENDAYU TINGGI
~LEESA FORMULA


JOM KITA GOoogle:

SENDAYU TINGGI ~'AMME COMPLETE
RM386.00(WM) / RM413.00(EM)

KEKAL JELITA, RAMPING MENAWAN SELEPAS BERSALIN
'Set Bersalin Sendayu Tinggi


1. AMMY 60 days pack (1-10)MYR34.50
2. AMMY 60 days pack (11-20)MYR34.50
3. AMMY 60 days pack (21-30)MYR34.50
4. AMMY 60 days pack (31-40)MYR34.50
5. AMMY 60 days pack (41-50)MYR34.50
6. AMMY 60 days pack (51-60)MYR34.50
7. AMMY MASSAGEMYR34.50
8. AMMY HEATMYR34.50
9. OIL OF TELONMYR17.00
10. TUMMY TONEMYR46.50
11. BODY TONEMYR46.50

Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas
Ringkasnya:'

Pakej lengkap dengan 11 produk luar dan dalam dengan formula yang lebih menyakinkan dan disediakan dalam bentuk mudah dibawa dan eksklusif untuk rawatan sepanjang tempoh 60 hari berpantang. •

LANGKAH PENGAMBILAN AMME COMPLETE
  1. Pengambilan produk 2 biji kapsul 3 kali sehari dalam 15 – 30 minit selepas makan mengikut botol yang telah ditetapkan. Sekiranya bayi yang menyusu badan mengalami cirit-birit dan ruam sila kurangkan dos kepada 2 biji kapsul untuk 2 kali sehari. Teruskan pengambilan dari botol 1 selepas hari yang ke 60 sekiranya masih berbaki.
  2. Amme Massage dan Amme Heat haruslah dicampurkan untuk tujuan mengurut dan tidak perlu dibilas dengan air.
  3. Campurkan Body Tone dengan air kemudian sapukan ke seluruh badan sehingga kering. Sental pada badan seperti skrub untuk menanggalkan daki dan bau badan. Kemudian mandi dengan air suam dan lap badan hingga kering.
  4. Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air atau perahan limau nipis dan sapukan pada perut. Biarkan kering sebelum memakai bengkung. Bagi pengguna yang melalui pembedahan, jarakkan sapuan sebanyak 2 inci dari jahitan. Sekiranya timbul ruam atau gatal, sapu secara tipis dan bancuh
  5. Langkah terakhir, Amme Heat disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stoking.
  6. Gunakan Menthazil untuk tujuan bertangas. Letakkan 1 paket Menthazil pada periuk bersama air yang mendidih dan duduk diatasnya selepas hari yang ke-20. Gunakan paket yang sama semas bertangas untuk hari yang berikutnya sehingga bau herba di dalam paket tersebut hilang. Amalkan bersauna pada hari ke-20. Ia baik untuk melangsingakan badan, mengeluarkan peluh masam dan toksin dalam badan. Ia juga berupaya mengeluarkan darah kotor dalam rahim.
* Dapatkan nasihat doktor bagi pengguna yang mempunyai alahan kulit.


Ni pulak set LEESA FORMULA



Set Bersalin Leesa Formula (ConfineMum Set Premium)

Set Bersalin Leesa Formula (ConfineMum Set Premium)

RM350.00

KEISTIMEWAAN SET CONFINEMUM

Formula yang inovatif.
Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.

Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.

Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut.

Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh.

Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.

Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran).
Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set ConfineMum Premium juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing menawan.

Ringkas dan mudah.
Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.

Praktikal dan tidak membazir.
Setiap produk yang ada dalam Set ConfineMum Premium semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.

'


KESIMPULANNYA:
SAYA YAKIN SAYA PILIH SET LEESA FORMULA
sebab:
ubatnya tak banyak, tak rumit ngeh ngeh ngeh

1 ulasan:

fariezz berkata...

mana2 pn ok janji kesihatan terjamin..=)

Tanda Kenangan