CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

03 Mac 2011

Kenapa berpantang 44 hari ?


Pejam celik.. terbaring terlentang berguling
sudah 27 hari erin berpantang selepas hari pertama melahirkan Si Handsome Naufal.
Ni maksudnya 17 hari lagi sebelum tamat tempoh berkurung 44 hari

Tergerak hati mengoogle
Kenapa kena berpantang 44 hari?
dan daku telah terjah di sini.

Jadi info yang erin dapat ni adalah dari "cintaitumisteri" dan erin kongsi kan di Pink heart ini:

.Rahsia alam dan sifat kejadian manusia dilambangkan dengan angka 44 . Alam dikatakan mempunyai 4 penjuru dan setiap penjuru melambangkan unsur tanah, air, api dan angin. Dalam ilmu sufi,sifat kejadian manusia dilambangkan secara makrifat melalui keempat-empat unsur. Di setiap penjuru pula dibahagikan lagi kepada 44 dimensi dan di setiap dimensi dijaga pula oleh 44 malaikat dan mungkin inilah juga sebabnya kita sering mendengar lumrah masyarakat Melayu dahulu menyebut ‘selisih malaikat 44’ atau ‘simpang malaikat 44’.

Ilmu makrifat turut menyatakan perkaitan kejadian alam dan pergerakan cakerawala di mana 4 penjuru alam yang mengandungi 44 dimensi itu berhubung langsung dengan alam nyata. Kejadian manusia,berasal daripada tanah, bermula daripada perjalanan roh melalui 44 dimensi. Tanah ialah makam ketujuh daripada peringkat petala bumi. Justeru,deria rangsang manusia berkait rapat dengan pergolakan kejadian alam.

Proses kematian seseorang pula dikatakan bermula 44 hari sebelum kematiannya,iaitu dipercayai pintu dimensi telah terbuka dan ia menghubungkan alam nyata dan alam ghaib.

Dengan itu, konsep pemulihan seseorang perlu melalui pusingan yang sama dalam proses kejadian manusia,iaitu 44 hari sebagai waktu sempurna pulih sediakala.

Tempoh pantang bagi yang keguguran pula bergantung kepada usia kehamilan. Bagi yang keguguran di usia kandungan antara 2 minggu hingga 3 bulan,perlulah berpantang selama 30 hari. Di usia kandungan 4-5 bulan, pula berpantang selama 40 hari dan di usia kandungan 6 bulan dan ke atas , jumlah hari berpantang adalah 44 hari.

.

Sudah faham? kenapa dan mengapa?
so saki baki 17 hari ni korang layan jer la cerita
ORANG BERPANTANG ni yer
yer la takkan i nak cerita "sale sana sini kan"
tak pon takkan ler nak cerita holiday sana sini pulak kan
cerita kat skolah pon dah banyak ketinggalan ni..
cerita kat TV jer yang i tau hikhik hik
maklumler 24jam depan TV





Si Handsome dan Si Comel ku yang belum mandi pagi

6 ulasan:

azura samsuddin berkata...

ololo hensemnye Naufal, lebat rambut... xpe erin pejam celik pejam celik dah 44 hari, berpantang leklok tau ;)

eRiNsZ berkata...

zura~
mghitung hari ni heheheh
insyallah.

BAYU HEBAT SDN. BHD berkata...

tahniah...sedap nama Naufal ;)

Iela Fazielah berkata...

merah padam muka naufal... dah pandai cenyum

eRiNsZ berkata...

iela kt kg ni pnas tu yg mrah pdam muka hehehe tu pon duk bkipas 24jam

eRiNsZ berkata...

thanks joy..lama dah smpan nma tu sience 1st nite muhahahahaah

Tanda Kenangan