CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

06 Mac 2011

@ Makanan Dalam Pantang

Kalau cerita orang dalam pantang mesti ler tak bole lari cerita pasal makan kan? Bab ni memang banyak la bercanggah antara berpantang cara tradisional dengan berpantang cara moden

kalau petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum).

Ohhh ini sangat la tidak boleh ikut yer sebab:

(kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah.

Okeh ni antara info yang erin dapat:

Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental.

Ikan yang patut dielakkan:

ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah

haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya:

Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung.

Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

~SEKIAN~

Teringat masa melahirkan eisya kat HTAA Kuantan..
erin lahirkan eisya pukul 2.02 pagi.. jadi pagi tu sangat sangat la lapar
dan sarapan pagi di hospital ~ 2 keping roti + 1 biji telur rebus
Erin bantai sampai licin


bila mama ngan auntie sampai dorang tengok kulit telur je yang tinggal.
Aper lagi.. bising la
"Awak makan telur? wehhh budak bertuah ni"

~mana ku tahu tak bole makan telur~
katanyer takut luka kat tempat jahit bernanah
(tapi hospital bagi jer kan)


Masa bersalinkan Naufal plak, menu makan tengahari kat hospital memang lauk orang bersalin lah.. tapi pencuci mulut nyer
SEPOTONG TEMBIKAI MERAH yang mengiurkan...

hahaga NASIB LA AKU TAK MAKAN
~tau..... sejuk kan?````

korang layan tak lauk orang bersalin?
bagus woooo klo mau diet hehehe


TAPI SAYA SUDAH RINDU AIR BATU a.k.a AIS




1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya kalau time bersalin mummy saya masak ikan kukus..letak halia banyak2..time tu lauk singgang pun layan..air semestinya air masak je la huhuhu..oranges elok juga erin..sabar2 air batu tu nanti buat badan lemah & bisa2 tau.Saya dulu 100 hari lepas bersalin baru minum air batu semula..sabar je la menahan

Tanda Kenangan