CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

14 Januari 2012

Wardina di rompak

Takziah dari saya buat Wardina bekas pengacara WHI.
Cerita Wardina di rompak dah pun tersebar di sana sini. Ramai juga blogger yang keluarkan artikel (kebanyakkannya dicedok terus dari http://www.wardinasafiyyah.com/

Apa yang Erin nak cerita kan disini betapa bertuahnya Wardina biarpun di timpa musibah.
dan kisah warga emas (ibubapa seorang teman saya yang turut di rompak).

Kejadian / musibah yang sama menimpa keluarga seorang teman
ibu dan bapa nya (warga emas) di rompak seawal jam 3 pagi di awal Januari lalu.
Kawasan perumahan merupakan kampung terpencil bukanlah perumahan mewah.

Dari dialek si perompak, warga tempatan dan juga mungkin orang sekampung (dialek pantai timur) dalam kekalutan memang keluarlah dialek kelantan pekat. Si bapa yang sudah tua di pukul di bahagian mata dan di toleh dahinya dengan pisau. si ibu yang tak berapa sihat di suruh menyerahkan semua barang kemas. Habis la semua barang kemas yang ada + duit tunai.
Banyak jugak la yang perompak tu dapat. Malas nak cerita berapa kerugian harta-benda.

Apa yang di kesalkan tatkala si anak menelefon balai polis berhampiran, boleh plak si pak polis suruh datang ke balai buat report dulu. Dan keluarga tersebut menerima kunjungan dari polis selepas hari hampir petang (sekitar 3 petang).

masa saya tengok gambar kediaman yang Wardina yang didatangi polis dan forensik.






Terdetik gak dalam hati ~ bertuah nya menjadi orang yang di kenali.
Andai di timpa musibah pasti nya pihak tertentu akan bertindak pantas dan cekap.

Berbalik semula pada kisah warga emas tadi,
menurut si anak tapak kasut penuh depan rumah, dan jalan ke kampungnya memang jalan mati.
Jadi kalau buat roadblock memang boleh check la sengsorang...
Tapi tu la, siapa lah mereka kan?
Mungkin kes ni cuma dipandang sepi memandangkan mereka bukan siapa-siapa....


dan erin pun tertanya-tanya dalam kes kecemasan macam ni pun memang prosedur kena buat laporan rasmi dulu ker, baru bertindak?


~cerita dan masa kejadian mungkin agak sedikit berbeza memandangkan erin dapat maklumat dari mulut ke mulut, tapi itulah gambarannya~
Betapa bertuah kita andai di kenali

Dan yang duduk di balai dan sesiapa yang cuba ambil mudah
"macam mana lah kalau musibah tu menimpa ibu dan bapa korang eak?"


huhuhu dalam cerita CSI tu 1 tapak kasut jer dah boleh kena tangkap..
huhhhh cerita semata-mata mungkin


Tiada ulasan:

Tanda Kenangan