Salam penuh kasih sayang mommies..
Hahaha semedang cuti sekolah so mood ala ibu-ibu sudah kembali.
kali ni Erin nak share macam-mana cara nak bekalkan Susu Ibu (EBM) ke nursery atau rumah pengasuh
* (dalam entry ni kebanyakkan gambar adalah hasil google, erin tak ambil gambar barang and EBM sendiri sebab batry camera belum charge hihihih)*
1. Pastikan Nursery atau rumah pengasuh ada peti sejuk. Dan ada ruang yang sesuai untuk simpan susu. Kalau tak yakin dengan peti ais (penuh dengan daging dll) lebih baik hantar EBM sekali dengan cooler box atau cooler bag. Jangan lupa icepack sekali yer..
ni contoh yang erin dah google:
(yang colour coklat tu naufal guna isi EBM)
Ni pulak ice pack nyer:
Ice pack lebih tahan lama tahap sejuknya berbanding cube ice. Icepack ni pun boleh guna banyak kali, selagi tak bocor.
Erin guna jenama jingle jungle gak, sebab murah sikit.
Tips ke 2
2. Stok EBM erin tak la banyak sangat sampai penuh peti, tapi biasanya cukup untuk Naufal.
Jadi, apa yang Erin buat pam hari ni untuk bekalkan pada hari Esok.
Naufal biasanya minum 3 botol X 3.5oz
(tahun depan kena bekalkan 4oz x 3 botol)
jadi, hari ni Erin akan pam dan simpan 3.5oz dalam setiap botol.
(Biasanya dapat 3 atau 4 botol)
3 botol erin simpan dalam freezer bahagian chille (cair je tak beku kan)
kita namakan ni FRESH EBM (sebab tidak di frozenkan)
1 botol lagi Erin bekukan sebagai stok.
So esok, erin cuma bawak 3 botol yang cair tu ke nursery,
nursery tak perlu nak cairkan sebab FRESH EBM tu dah memang cair.
Dan kalau tak habis. EBM tu akan erin bekukan untuk stok.
(ke nursery)
Nanti nursery hanya akan panaskan botol yang nak digunakan ajer dan masuk dalam botol Naufal.
Pernah juga terjadi Fresh EBM tak cukup
huhuhu biasanya kalau time period atau time banyak kerja.
Produk sangat merudum atau tak sempat pam 3x.
Jadi masa nilah stok EBM yang beku tu akan digunakan.
Erin cairkan dulu EBM frozen tu dan labelkan nombor 1.
(tak perlu panaskan, nak guna baru panaskan)
biar cair dalam keadaan sejuk.
Frozen EBM yang dah cair ni perlu dihabiskan dalam masa 24jam dan tak boleh beku..
sebab tu Erin tulis nombor 1, yang lain tu Fresh EBM.
so kalau tak habis tak la membazir.
Fresh EBM boleh di bekukan
Tips ke 3:
Bagi yang simpan EBM guna plastik.
Erin guna juga untuk frozen EBM.
Erin akan penuhkan plastiktu dengan nilai oz yang maksima untuk elakkan pembaziran.
Untuk memudahkan nursery / pengasuh. Erin cairkan dulu Frozen EBM ni dan sukat masuk botol mengikut sukatan yang diminum naufal.
Biasanya 1 pek ni untuk 2 botol.
Jadi labelkan botol 1, dan 2.
INGAT EBM YANG DAH DICAIRKAN TAK BOLEH DIBEKUKAN SEMULA.
Kalau berbaki juga, erin akan suruh Naufal habiskan di rumah.
Sementara tu Erin boleh pam untuk buat stok hihihi.
Ok ni botol yang naufal guna.
EBM yang dah dipanaskan nursery akan masukkan dalam botol ni.
Naufal tak minum dari storage botol.
Ada juga baby yang bleh minum terus dari storage bottle.
Lagi senang, masukkan je puting dan terus nyut nyut..
Sekian saja tips untuk hari ini
Majulah penyusuan susu ibu untuk anak-anak kita
Salam penuh khasiat:
hahahahaha
2 ulasan:
sama botol naufal n sofia..tp sofia kaler pinklah sb gugurl..maa merah dulu siap kena print cara2 handle ebm kat pengasuh..tapi now dua1 letak nursery..senang cket sbb kat nursery mmg tau dah cara handle ebm n ada peti sejuk.senang cket tak payah angkut cooler beg..cuma tag nama,tarikh n jumlah oz..
Time kasih for the info.. baby sy baru 27 days. tgh belajar pasal EBM.. lagi sebulan lebih nak balik ofis :)
Catat Ulasan