30 Oktober 2011
Wall Deco Budget Rendah
29 Oktober 2011
Tulisan eisya cantik?
wah wah wah.... lepas daku bagi korang muntah ngan resepi yang berderet-deret kali ni korang kena layan statement yang memang tak boleh blah hihhihiihi
Ini adalah entry ibu-ibu syok sendiri
dengan tema: anakku tercomel anak ku terhebat hihihi
TULISAN EISYA CANTIK
tak de la hebat sangat, hihihhi saguhati jer pon untuk pertandingan tulisan cantik hihihi
cikgu kesian kot hahahahha
walaupun tak la cantik sangat
(senget benget jer ibu tengok)
tapi okey la kan... dari yang tak pernah pegang pensel sekarang dah pun kenal dan boleh tulis a, b, c thanks a lot untuk teacher-teacher kat Tadika Bistari
semoga yang terbaik untuk si comel 4 tahun ni
~insyallah~
28 Oktober 2011
Resepi kentang putar
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
650 ml air
5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
1 biji bawang besar - cincang
1 batang saderi - cincang
40 gm mentega
20 gm tepung gandum
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
sedikit serbuk lada hitam
kicap pekat
garam
Cara-cara
Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
27 Oktober 2011
resepi nasi jagung
NASI JAGUNG
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye~erin guna gagung betul-betul yang direbus
4 cawan beras basmathi ~erinn guna beraws biasa jer
4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)
½ cawan susu cair
½ cawan gajus/badam yg telah dikisar
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sedikit halia*
2 sudu besar mentega
2 sudu besar minyak
2 helai daun pandan disimpul
sedikit garam
kisar bahan yg bertanda *
Cara-cara
basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.
panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.
masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.
stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.
stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.
***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu
sangat best percayalah
26 Oktober 2011
The best chicken chop
25 Oktober 2011
jom isi sppbs
24 Oktober 2011
demam Angry Birds
(pasaraya terbesar lagi serba lengkap~ uwexs)
23 Oktober 2011
Resepi puding buih
Puding buih
1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
1.75 liter air
9 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
UTK KUAH
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
UTK MEMBUAT KUAH:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
**Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..
Selamat mencuba..
and semestinya kompem jadi..
20 Oktober 2011
Purple dining room di Cute castle
19 Oktober 2011
Romper untuk menantu no 3 ~ aisyah
18 Oktober 2011
Puding jagung jelly
Yummeh? Mau try? of corse senang and confirm jadik
bahan-bahan dan cara-cara nya ialah:
1 cawan susu cair
1 cawan jagung krim
1 cawan gula
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastart
5 cawan air
~ campur semua dan masak sehingga mendidih dan pekat (kecuali jelly dan fruit coctail)
~ letak dalam bekas
then masak jelly pulak. Erin guna jelly perasa rasberry jenama nona.
Just follow jer cara-cara masak jelly tu kat belakang kotak, bila dah siap tuang atas puding tadi,
then letaklah fruit coctail dan hias la sesuka hati..
wink makan masa sejuk lagi yummeh dear...
08 Oktober 2011
Budget 2012
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.
Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
~ADA LANGKAH BIJAK DI SITU~
apapun alhamdulllah...
kini mengharapkan berita baik diwujudkan jawatan
Pembantu Guru utuk membantu kerja-kerja pengkeranian yang semakin menyimpang dari tugasan hakiki.
(Yang ni cikgu-cikgi jer paham)
kalau doktor ada nurse, ckgu juga perlukan cikgi hihihih
06 Oktober 2011
Kuma Milkshake
05 Oktober 2011
Syukur dengan rezki Nya
04 Oktober 2011
Roti Tisu sedap
03 Oktober 2011
Naufal with baby fresh food feeder
02 Oktober 2011
chiken chop homemade by dearie darling ~ Mr Jep
aihh dah macam blog masakan plak PinkheART ni hihihi
tarra
Bahan-bahan ( 2 orang )
- *UNTUK DIPERAP*
- 2 paha ayam (kalo suke, debone kan. kalo malas, biar je tulang nye) kami beliyang mg dah ready utk di chop kan hihi
- 2 ulas bawang putih (cincang)
- 1 cm halia (cincang)
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- 2 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos Lee & Perrins
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar madu
- garam secukup rasa
- *SOS BLACK PEPPER*
- 1/2 botol sos lada hitam
- 2-3 sudu besar sos tiram
- 3-4 cendawan butang (cincang)
- 1/2 biji bawang besar (cincang)
- garam/gula secukup rasa
Cara-cara
- gaulkan ayam dengan bahan perapan dan biarkan semalaman. Cucuk-cucukkan ayam dengan garfu supaya bahan perapan dpt diserap dengan elok.
- selepas diperap semalaman, sediakan non-stick pan untuk tujuan menggoreng ayam. Goreng dengan minyak yg sedikit saja dan tutupkan pan sehingga ayam dah separuh masak.
- balik-balikkan ayam sehingga masak (tapi jgn terlalu masak agar ayam tetap juicy).
- lebihan bahan perapan tadi boleh la dijadikan sos utk dituangkan ke atas ayam yg dah siap.
- tapi kalo rase tak cukup je sos marinate tu, boleh sediakan sos black pepper nya spt yang tertera di atas.
- caranya dengan memasak bahan2 sos black pepper selama satu minit dan adjust la kepekatannya dengan menambah sedikit air, garam dan gula secukup rasa. OK?