CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

27 Oktober 2011

resepi nasi jagung

macam yang dah dijanjikan kali ni cikgu pink akan tepek resepi side dish ~ chickenchop hari tu
so kita mulakan dengan nasi jagung okey

yang ni cheff mummy yang buat okey
(kami ni adil dan saksama sama-sama di dapur ~heheh sila percaya)

sebenarnya resepi daku google dari myresepi.com

NASI JAGUNG

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

1 tin jagung whole kernel (yg biji²) - ditoskan airnye~erin guna gagung betul-betul yang direbus

4 cawan beras basmathi ~erinn guna beraws biasa jer

4 cawan air (campuran air biasa + air jagung)

½ cawan susu cair

½ cawan gajus/badam yg telah dikisar

2 biji bawang besar*

3 ulas bawang putih*

sedikit halia*

2 sudu besar mentega

2 sudu besar minyak

2 helai daun pandan disimpul

sedikit garam

kisar bahan yg bertanda *

Cara-cara

basuh beras hingga bersih. dan rendam dlm lebih kurang 20-30 minit.

panaskan mentega dan minyak dlm periuk. kemudian tumiskan bawang putih, bawang besar dan halia yg telah dikisar. tumis hingga wangi dan garing.

masukkan campuran air dan daun pandan serta garam. didihkan.

stelah mendidih, masukkan susu, gajus/badam yg dikisar dan beras. kacau rata dan didihkan lagi.

stelah nasi hampir kering, masukkan jagung. balik² kan nasi dan tutup periuk. kecilkan api nye dan masakla hingga tanak.

***kalo tak suke jagung, leh digantikan dgn sayur campur. hidanglah nasi dgn bawang goreng, kismis atau badam/gajus yg telah digoreng dulu



sangat best percayalah



Tiada ulasan:

Tanda Kenangan