CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

08 Oktober 2011

Budget 2012

Menonton Pak Najib berbaju merah
di depan tv gedabak Mr Jep
sambil berbual dengan jiran tetangga dan melipat kain.
(sungguh multitasking kan aku?~supermak okehhh)
sesambil sekejap-skejap mr Jep tukar chanell tgok bola plak (Malaysia dibelasah 5~0)

natijah nyer:
bnyak yang aku termiss
dan aku ter TAK FAHAM
(tahun lepas aku melompat kegembiraan sebab boleh cuti bersalin 3 bulan)
tahun ni aku gagal membuat lompatan
~mungkinkah semuanya sudah terduga dek akal ku)

Yang aku paham dan mungkin berita baik untuk diriku:

1. YURAN SEKOLAH MANSUH.
(bukan ada anak sekolah rendah pon~ tapi gembira bagi pihak orang kampung dan kami para guru tak payah la letih-letih nak memujuk mak pak dan bagi notis bagai minta menjelaskan yuran sekolah)

2.NAIK GAJI
Naik la sikit gaji tahunan..... naik dlm RM 100 kot ~not sure

3.NAIK PANGKAT (Time-bassed)
Yang ni agak pening, before this 10 tahun skarang sudah 8 tahun sahaja.
Me sudah 10 tahun(tahun depan) so adakah seniority ku akan menjadi sebaris ngan budak-budak yang baru 8 tahun?
renung-renungkan......apapun rezeki~(mungkin tatkala berDGA41 hahaha)

4, PELUANG SAMBUNG DEGREE UNTUK GURU
Peluang sudah ada tinggal seruan sahaja.. ku seru...


5.One-off RM500 (sekeluarga)
bagi yang berpendapatan kurang RM3000 sebulan (kalo tak silap lah. almaklumler sibuk berbual ngan jiran-tetangga sambil menjeling si baju merah).
Alhamdulillah syukur bagipihak orang kampung dan pekerja swasta~ boleh la beli baju sekolah anak-anak kan?

6. Bantuan RM100 untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah
Bagus~ boleh la mak pak beli buku sekolah anak-anak, bukan bayar bil astro, beli langsir, bagai..

7.Vocer buku RM200 untuk pelajar IPTA /IPTS/ Matrikulasi dan tingkatan 6.
Bagus~ vocer buku.. tak ler nanti ada yang guna untuk beli seluar jeans berjenama huhu
sungguh kurang kesedaran! Guna duit bantuan untuk bermewah-mewahan..

psttt rasenyer yang nombor 6 (bantuan RM100) tu pon patutnya di beri dalam bentuk buku /kelengkapan sekolah


8.BONUS SETENGAH BULAN
Walaupun ciput... boleh la dari tak ada..
(disaat ni dilanda jeles dengan kengkawan yang bekerja swasta~ kekadang bleh sanggkut bonus 4 bulan gaji)
tapi okey la..
boleh bayar yuran semester 1 tadika eisya, beli baju sekolah tadika, beg sekolah eisya
(maklumlah tak ada bantuan untuk murid tadika~ perlu dikikis tabiat menunggu bantuan hihihi)

Pada cikgu Pink, budget 2011 "just nice"
heharap barang tak naik sebab subsidi dah diberi:


Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.

Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.

Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50

Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35

~ADA LANGKAH BIJAK DI SITU~


apapun alhamdulllah...

kini mengharapkan berita baik diwujudkan jawatan

Pembantu Guru utuk membantu kerja-kerja pengkeranian yang semakin menyimpang dari tugasan hakiki.

(Yang ni cikgu-cikgi jer paham)

kalau doktor ada nurse, ckgu juga perlukan cikgi hihihih




1 ulasan:

Iela Fazielah berkata...

belanjawan kali ni kira ok la kan... ila suka part naik gaji yg dinaikkan tu..kalau x...aduhai...terasa mcm xnaik2...hehe

Tanda Kenangan