CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

30 Oktober 2011

Wall Deco Budget Rendah



Hihi before ni Erin dah tunjuk dining hall cutecastle yang in sweet purple kan?
Dining hall yang masih lagi dara ngeh ngeh ngeh...

hihihi dining hall tu masih lagi begitu.
Set kerusi makan yang sama, langsir yang sama, curtain yang sama,
atas meja masih lagi sama
(belom beli table runner)

Cuma kali ni nak tayang future wall yang telah di deco-deco deco....
Hajat di hati mau letak cubic wall tapi belum ada budget
(budget pun macam belum or takkan muncul dalam masa terdekat ni)
Nak di tepek kan cermin pun mau makan ratus-ratus jugak
jadinya

Tatkala budget semakin semput dan menyiput
daku menyelongkar kotak yang ku namakan: DECO ITEM
dan bertemulah daku dengan wall stiker

suatu ketika dahulu, bermodalkan RM5 daku membeli wall stiker ni.
Citarasa mesti la highclass biarpun budget lowclass hahahahahah

Usaha menepek wall sticker pon bermula
30 minit siap
tarra:
erin rasa cun, kalau tak cun pun sekurangnya bernyawa lah ruang ni kan.
Ada gak la suara sumbeng yang kata, cara tampalan tak kemas la, kertas stiker berkedut la...

Pada daku: okey la tu... ataupun ada orang nak sponser wall paper yang mencecah ratusan ringgit.
Adehh apalah yang bole diharapkan dengan RM5 kan?

okey la tu cantik di mata, senang di poket, lega di hati.....


tapi serius aku rasa cun kan?
silap ari bulan ramai lak yang kirim beli wall sticker ni hahahahah
(perniagaan di tutup sebab tak ingat beli kat kedai mana~rasanya pasar malam kot)


korang rasa cun tak?



and untuk korang yang bagi idea untuk mencun kan lagi dining hall ku ini thanks alot ya"
Insyallah andai dimurahkan rezeki daku akan tampal cermin kat sini hihihi
sementara tu...
bunga kembang semangkuk ni akan menemani kami sekeluarga hihihi

4 ulasan:

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ berkata...

cun ape..
wlpn murah tp sedap mata mandang.. =)

ZanaNordin berkata...

phewwitt
naik seri dinding tu bila dah di tampal ngan sticker bunga tu
tak kisah ler
murah ke mahal ker
yg penting kita pandai menggunakannya..kadang2..benda2 yg pada kita murah nie....rupa2nya nampak cantik..yg mahal tu pun belum tentu cantik...

MrS. F!zA berkata...

cun jgk wp murah..senang di poket tu yg best..hihihi

Emy Omar berkata...

Saya rasa cantik..cun apa,sgt match dgn wall paint kat blkg tu..cantik la colour purple tu.Berkenan. Nak code dia boleh

Tanda Kenangan