CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

03 Disember 2010

Nasi Lemak lagi..

Boring layan nasi pagi, nasi gulai ayam, nasi kerabu
dan kegagalan mencari nasi lemak yang memenuhi citarasa tekak sendiri di Gua Musang ni..
Jadi, erin merajinkan diri yang memang MALAS tahap gaban.
Walaupon rumah kecil ku takde air (masalah tahun 80an huhuhu)
Aku gagahi jua untuk
~MASAK NASI LEMAK BEST~
Best la sangat kan hhahhahhahha




Resepi: google dari myresepi yer kengkawan..

Bahan-bahan ( 4-6 orang )

Bahan untuk nasi:-

  • 2 cawan beras
  • 1 cawan santan n 1 cawan air ( erin lebihkan santan ngan air sebab guna beras siam so jadi 1 1/2 santan, 1 1/2 air)
  • 1 helai daun pandan - disimpul
  • 3 hirisan halia
  • secubit garam

Bahan untuk sambal:-
  • 6 sudu besar cili kering mesin
  • 4 ulas bawang merah -ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk
  • 1 biji bawang besar -dihiris
  • segenggam ikan bilis (dibasuh, separuh darinya ditumbuk)
  • sedikit air asam jawa(erin tak letak pon)
  • sedikit belacan (Tak letak jugak)
  • garam n gula
Bahan sampingan lain :-
  • Ikan bilis goreng, telur rebus dan timun.

Cara-cara

  1. Campur semua bahan untuk nasi dan masak seperti nasi biasa.Guna dapur gas lagi best.. siap berkerak tu.. hehhehehee
  2. Tumis bawang besar, masukkan bawang2 yg ditumbuk, cili mesin, belacan dan ikan bilis yg ditumbuk..hingga sedikit garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan air asam dan separuh lagi ikan bilis yg sudah dibersihkan tadi.
  4. Masukkan garam n gula. Masak sehingga agak pekat.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Nampak gambar pun dah tau best..nak sikit

eRiNsZ berkata...

sila...sila.. i memBibik kan diri today yeeehaaa...

Tanda Kenangan